Apakah itu EPSA?
Kumpulan INTAN telah memperkenalkan EPSA yang membawa maksud E-Pembelajaran Sektor Awam. Ia untuk mendorong kakitangan awam untuk sentiasa menimba ilmu sepanjang hayat dan para guru boleh mengumpul mata kredit SPLKM dengan mendaftar kursus di EPSA. Jadi, anda harus tahu cara untuk login EPSA, mendaftar dan penggunaannya. Jadi, anda perlu tahu cara-cara menggunakan EPSA login, dan pendaftarannnya.
Cara Mendaftar EPSA Sebelum Menggunakannya
Sebelum Login ke EPSA, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
Pertama sekali, sila layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Lihat di bahagian atas belah kanan untuk pilihan bahasa.
- Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English.
- Kemudian, dibahagian atas kanan, anda perlulah tekan butang Daftar.
- Sila gunakan alamat emel rasmi jabatan pengajaran untuk membuat pendaftaran. Sekiranya tiada, sila muat naik surat dari penyelia anda sebagai tanda pengesahan.
- Sila muat turun Surat Pengesahan Majikan jika perlu untuk daftar di laman EPSA.
- Jika anda tidak perlukan Surat Pengesahan Majikan, teruskan pendaftaran untuk pengguna baharu seterusnya.
- Pilih pengenalan diri samada MyKad atau Tentera/Polis.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Tentera/Polis
- Sila juga masukkan nama penuh mengikut Kad Pengenalan rasmi anda.
- Masukkan juga email rasmi yang diwajibkan.
- Setelah selesai, tekan butang Daftar.
Anda akan menerima emel untuk mengaktifkan akaun tersebut dalam masa 48 jam, bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Cara Login EPSA
Setelah selesai mendaftar, barulah anda boleh login ke laman EPSA.
- Layari laman web rasmi EPSA di sini: https://www.epsa.gov.my
- Klik pada Log Masuk.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan / Tentera / Polis di ruangan yang diberikan
- Sila juga masukkan Kata Laluan anda.
- Kemudian, sila tekan butang Log Masuk untuk login EPSA
- Kini anda sudah berjaya masuk ke dalam EPSA
- Jika di masa hadapan, anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
- Sila ambil maklum bahawa akaun anda akan dikunci selama 6 minit sekiranya gagal memasukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang betul sebanyak tiga (3) kali berturut-turut untuk tujuan keselamatan laman.
PERTAMA KALI LOG MASUK EPSA
3 Borang soal selidik akan dipaparkan jika anda pertama kali login ke EPSA. Anda boleh skip borang soal selidik ini dengan menekan butang langkau. Walaubagaimanapun, borang ini akan dipaparkan semula setiap kali login sehingga lah anda menjawab semua soalan sol selidik tadi.
EPSA UNTUK GURU-GURU KPM
Ini adalah sistem yang digunakan oleh guru untuk mendaftar kursus dan latihan untuk meningkatkan tahap pengetahuan guru berkenaan. Amat disarankan kepada golongan guru untuk memanfaatkan sistem EPSA bagi melengkapkan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan (SPLKPM)
CARA DAFTAR KURSUS EPSA
Anda boleh mendaftar kursus melalui katalog kursus, ikuti langkah-langkah dibawah untuk mendaftar:
- Klik ‘Log Masuk’ ke Portal E-Pembelajaran Sektor Awam
- Klik Menu ‘Katalog Kursus’. Disini, anda boleh melihat senarai kursus yang ada. Anda dibenarkan mendaftar satu kali sahaja bagi setiap kursus.
KAEDAH PEMBELAJARAN
Kaedah pembelajaran adalah secara online dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengiktirafkan 6jam kursus bersamaan dengan 1 hari. Jadi, jika kursus itu selama 12 jam ia besamaan dengan 2 hari.
Bahan multimedia digunakan sebagai bahan pembelajaran seperti suara, animasi, gambar, teks dan ianya memerlukan beberapa interaktif daripada pengguna. Selain itu, terdapat penilaian kendiri bagi menguji kefahaman pengguna.
Diharapkan panduan tentang cara-cara login EPSA ini dapat membantu anda. Hanya ikuti langkah-langkah yang kami berikan, pasti akan memudahkan urusan anda untuk log masuk ke laman web EPSA. Semoga bermanfaat.
Sumber :
https://keptennews.com/info/cara-login-epsa/
https://ecentral.my/epsa/