Now Reading
Cara-Cara Untuk Anda Tukar Nama Kereta

Cara-Cara Untuk Anda Tukar Nama Kereta

tukar nama kereta

Tukar nama kereta bukanlah urusan yang sering dilakukan, dan pasti terdapat perkara yang perlu kita tahu sebelum melakukan urusan tersebut. Anda ingin menjual kereta anda atau beli kereta yang sudah habis dibayar? Namun anda risau tentang cara-cara untuk tukar nama kereta? Anda sudah membuat kajian tetapi tidak jumpa cara cara yang mudah difahami? Jangan risau, kami akan membantu anda.

Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil

1. Pemilik baru atau pemilik asal perlu membuat pemeriksaan Puspakom.

Anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu dengan Puspakom. Anda perlu membawa kad pengenalan dan geran asal kereta atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC). Terdapat dua piilihan yang anda boleh pilih untuk buat pemeriksaan sama ada hadir ke pejabat Puspakom atau pasukan bergerak Puspakom datang ke rumah anda.

Jika anda memilih untuk membuat pemeriksaan di pejabat Puspakom, sila isi borang B5 dan tunggu sehingga proses pemeriksaan siap Sila semak harga untuk buat pemeriksaan di www.puspakom.com.my

2. Pemilik asal perlu membuat urusan di JPJ

Pemilik asal wajib hadirkan diri ke pejabat JPJ dan bawa kad pengenalan. Mereka akan diminta untuk mengisi Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3).

Kemudian, pihak JPJ akan mengambil cap jari biometric ‘thumbprint’. JPJ juga akan keluarkan slip menunjukkan urusan tukar hak milik telah selesai. Sila pastikan slip ini diserahkan kepada pemilik baru. Oleh itu, urusan untuk tukar nama kereta oleh pemilik asal kini sudah selesai.

1. Sebelum pemilik kereta menghantar ke Puspakom, pastikan kereta mengikut standard yang ditetapkan bagi memudahkan proses.

2. Pemilik lama perlu mendapatkan salinan/gambar IC pemilik baru dan serahkan geran kepadanya.

3. Bawa salinan/gambar tersebut ke Puspakom

4. Beritahu pihak JPJ anda ingin menukar hak milik kereta tersebut. Pihak JPJ akan meminta anda untuk mengisi Borak JPJK3(Pind. 1/2014) iaitu Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor secara sukarela oleh Pemunya Berdaftar/Pemunya Baru

5. Geran tidak diperlukan kerana telah diberi kepada pemilik baru, pemilik lama akan dapt surat salinan. Selepas anda mengisi borang, tunggu giliran anda seterusnya.

3. Pemilik baru perlu membuat urusan di JPJ

Urusan cap jari ‘thumbprint’ di JPJ oleh pemilik asal, road tax dan insurans akan terbatal secara automatic setelah pemilik asal menyelesaikan urusan tukar. Jadi, dinasihatkan agar pemilik baru untuk memperbaharui insurans terlebih dahulu atas nama sendiri. Jika insurans sudah diperbaharui, pemilik yang baru boleh terus memperbaharui road tax.

Pihak JPJ akan mengeluarkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) baru yang telah ditukar hak milik. Pemilik baru perlu mengisi Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3) seperti pemilik asal.

1. Pemilik baru perlu menyelesaikan segala urusan dalam masa 7 hari selepas pemilik asal selesai dengan urusan di Puspakom.


2. Pastikan anda membawa Kad Pengenalan (IC), geran, insurans, dan roadtax kereta untuk memudahkan urusan menukar roadtax nanti.


3.  Isi kan borang tukar hak milik dan pembatalan roadtax terlebih dahulu. Kemudian proses tukar hak milik boleh diteruskan.


4. Tunggu giliran selepas borang diisi. Selepas proses thumb print selesai, serahkan borang dengan bayaran sebanyak RM100. Tunggu dalam 5 minit dan selesai.

Selepas itu, pemilik baru perlu membeli insurans untuk kereta tersebut, kerana insurans lama berada dibawah nama pemilik yang lama.

Perkara Yang Perlu Dibawa Untuk Urusan Menukar Nama Kereta

Untuk pemilik asal:

  1. Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)

Untuk pemilik baru:

  1. Kad Pengenalan (MyKad)
  2. Geran asal kenderaan atau Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
  3. Laporan pemeriksaan PUSPAKOM yang asal
  4. Slip cap jari ‘thumbprint

Semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://therohani.com/cara-tukar-nama-kereta/

https://www.carsome.my/news/item/proses-cara-prosedur-tukar-nama-kereta-hak-milik-kenderaan

error: Content is protected !!