Apa itu mandi wajib? Sekiranya seseorang itu sedang berada dalam keadaan berhadas besar, dia perlu menyucikan diri terlebih dahulu sebelum anda meneruskan dengan ibadah wajib yang lain seperti solat, membaca Al-Quran dan lain-lain. Perkara ini menuntut umat Islam untuk mempunyai ilmu. Kita perlu tahu apa itu mandi wajib serta cara mandi wajib yang betul agar setiap amalan yang kita lakukan diterima Allah. Oleh itu, di bawah adalah panduan ringkas tentang cara mandi wajib yang boleh anda boleh ikuti yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) tentang kemusykilan akan cara mandi wajib yang sebenarnya.
Terdapat beberapa punca kenapa anda perlu mandi wajib. Antaranya ialah:
- Keluar mani sama ada sengaja atau tidak
- Bersetubuh (Berjimak)
- Datang haid
- Nifas
- Wiladah
- Mati selain daripada mati syahid
Rukun mandi wajib ada tiga (3) iaitu:
- Niat sama ada secara lisan atau dalam hati
- Menghilangkan segala kotoran dan najis yang terdapat pada anggota badan.
- Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk ke semua bahagian lipatan badan.
Niat mandi wajib
Niat mandi wajib adalah dengan cara berniat di dalam hati sahaja. Walau bagaimanapun, jika melafazkan dengan lidah terlebih dahulu, ia adalah lebih afdhal. Ianya tidak wajib dibaca dalam Bahasa Arab. Ianya boleh juga dibaca dalam Bahasa Melayu, asalkan mudah difahami, sudah memadai.
“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala”
atau
“Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Ta’ala”
Cara mandi wajib yang betul sepertimana ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW adalah seperti berikut:
- Niat semasa menjirus air sampai ke tubuh
- Membaca “Bismillah”
- Mencuci tangan sebanyak tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
- Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu siram 3 kali dengan air.
- Memulakan mandi wajib dengan bahagian kanan anggota badan.
- Meratakan air ke seluruh tubuh badan
- Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.
Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
Sumber :
- https://therohani.com/niat-mandi-wajib-cara-mandi-wajib/
- Gambar diperoleh dari laman 1001ucapan.com