Sebagai seorang insan yang menganut agama Islam adalah fitrah dan rukun sebagai seorang Islam menunaikan solat fardhu. Terdapat lima solat fardhu perlu didirikan dan solat pertama untuk memulakan hari kita adalah solat subuh.
Seperti yang dinyatakan solat subuh merupakan solat fardhu sekiranya tertinggal kita dikehendaki menqada’ solat tersebut. Selagi kita dikurniakan kewarasan akal kita wajib melaksanakannya kerana tidak menunaikan solat fardhu termasuk dalam dosa-dosa besar.
Solat subuh dilaksanakan pada waktu fajar sehinggalah matahari terbit. Tempoh masa yang dianggarkan bagi melaksanakan solat subuh adalah 2 jam. Solat ini terdiri daripada 2 rakaat bagi pegangan Mazhab Syafie hendaklah dibacakan doa qunut pada rakaat kedua selepas rukuk.
Bagi lelaki amatlah disarankan untuk menunaikan solat subuh di Masjid atau surau secara berjemaah. Hal ini kerana, solat berjemaah itu adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat sendirian di rumah.
Cara-cara Menunaikan Solat Fardhu Subuh
Pertama sekali sebelum melaksanakan solat subuh anda dikehendaki untuk mengambil wuduk. Kemudian bersiap sedia untuk menunaikan solat.
Anda hendaklah berdiri dengan tegak dan selesa menghadap kiblat. Mata hendaklah memandang tepat ke arah tempat sujud hati hendaklah merasakan perasaan berhadapan dengan Allah SWT agar khusyuk
Setelah bersedia anda dikehendaki melafazkan niat
اُصَلّى فَرْضَ الصُّبْحِ رَكْعَتَيْنِ مُسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةِ اَدَاءً مَأْمُوْمًا ِللهِ تَعَالَى
Usolli Fardhas-subhi Rak’ataini Ada’an Lillahi Taala
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
2. Kemudian lafazkan takbiratul ihram beserta niat di dalam hati
Lafaz takbir اللَّهُ أَكْبَرُ “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan
Niat di dalam hati: Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
cara takbir
Lelaki: Posisi tangan hendaklah diangkat hingga pergelangan tangan selaras dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan
Perempuan: posisi tangan diangkat hingga selaras dengan bahu dan hujung jari mencecah paras bawah telinga. Berbeza dengan lelaki bagi perempuan siku dan tangan mesti dirapatkan ke badan.
3.Membaca Doa Iftitah
Selepas selesai mengangkat takbir, tangan diletakkan diatas perut.
Posisi ketika doa iftitah: Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada
Kemudian bacalah doa iftitah:
اَلله أَكَبَر كَبِيْرًا وَالحَمْدُلِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ الله بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ فَطَرَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا أَنَا مِنَ
المُشْرِكِيْن . إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِيْ وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْن لاَ
شَرِيْكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ المُسْلِمِيًن
Allaahu Akbaru kabiiraa-walhamdu lillaahi katsiiran, wa subhaanallaahi bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu wajhiya lilladzii fatharas-samaawaati wal ardha haniifam-muslimaw-wamaa anaa minal musyrikiina.
Inna solaatii wa nusukii wa mahyaaya wa mamaatii lillaahi Rabbil ‘aalamiina.
Laa syariikalahu wa bidzaalika umirtu wa anaa minal muslimin
Maksud Doa Ifitah
Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang.
Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.
Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
4. Selepas itu hendaklah membaca al-Fatihah. Surah Al Fatihah adalah rukun solat iaitu wajib dibaca bagi setiap rakaat dalam solat fardhu dan solat sunat. Tanpa surah Al-Fatihah solat tersebut tidak sah.
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٢
ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ٣
مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ ٤
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٥
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ٦
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ ٧
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Selepas itu anda hendaklah membaca mana-mana surah atau potongan ayat di dalam Al-Quran. Bacaan surah selepas surah Al Fatihah adalah sunat. Antara surah yang mudah di baca surah Al Kafirun dan surah tiga Qul.
6. Kemudian hendaklah melakukan tamakninah iaitu berdiam sebentar dan melakukan rukuk.
Posisi semasa rukuk: Belakang badan perlulah rata tidak bengkok, pandangan masih dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Bacaan tasbih semasa rukuk adalah:
سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Subhaa na rabbiyal a’zim wabihamdih
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Besar dengan segala sifatNya yang terpuji
6.Seterusnya, Iktidal (Bangun Dari Rukuk)
Setelah bangun dari rukuk dan berdiri tegak (iktidal), hendaklah melafazkan
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
Sami Allahu liman hamidah
رَبَّنَالَكَ الْحَمْدُ
Rabbana lakal hamdh
Maksudnya:
Allah mendengar perkataan mereka yang memuji-Nya. Ya Tuhan Kami, untuk-Mu segala pujian.
7. Setelah itu lafaz takbir اَلله أَكَبَر turun dan lakukan posisi sujud dahi diletakkan atas sejadah
Membaca tasbih ini sebanyak 3 kali:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَ
وَبِحَمْدِهِ
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi dengan segala kepujiannya.
Setelah itu, bangun (duduk) dari sujud sambil menyebut اَلله أَكَبَر “Allahuakbar” (tanpa mengangkat tangan).
Posisi ini merupakan “duduk di antara dua sujud”
8.Duduk Antara Dua Sujud
Semasa duduk antara dua sujud, baca tasbih berikut:
رب اغْفِرلي وَارْحَمْنِى واجبرني وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِى وَاهْدِنِى وَعَافِنِى وَاعْفُ عَنِّى
Rabbigfirli warhamni wajburni warfagni warzuqni wahdini wa a’fini wa’fu anni
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Selesai membaca tasbih di atas, maka lafazkan اَلله أَكَبَر (Allahu Akbar) sujud kali kedua
Kedudukan dan bacaan tasbihnya adalah sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir اَلله أَكَبَر dan bangun berdiri tegak untuk meneruskan rakaat kedua.
Sebelum berdiri, disunatkan duduk istirahah iaitu duduk sebentar. Cara duduknya seperti duduk iftirasy.
Rakaat Kedua
10. Mulakan rakaat kedua dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua.)
11.Bacalah Surah al-Fatihah dan surah lain
13.Selapas Itu, Rukuk.
14.Iktidal (Bangun Dari Rukuk) Dan Membaca Doa Qunut
Didalam Mazhab Syafi’e, disunatkan untuk membaca Doa Qunut selepas rukuk rakaat kedua.
Untuk membaca Qunut, posisinya adalah kekal berdiri lurus dengan mengangkat kedua-dua tangan
Bacaan Doa Qunut
اللّٰهُمَّ اهْدِنِىْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِى فِيْمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِىْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِىْ فِيْمَا اَعْطَيْتَ وَقِنِيْ شَرَّمَا قَضَيْتَ فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضٰى عَلَيْكَ وَاِ نَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ وَلاَ يَعِزُّ
مَنْ عَادَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيْتَ وَاَسْتَغْفِرُكَ وَاَتُوْبُ اِلَيْكَ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Allahhumma dinii fiiman hadait,Wa’aa finii fiiman ‘aafait,Watawallanii fiiman tawal-laiit,Wabaariklii fiimaa a’thait,Waqinii syarramaa qadhait,Fainnaka taqdhii walaa yuqdha ‘alaik,Wainnahu laayadzilu man walait,Walaa ya’izzu man ‘aadait,Tabaa rakta rabbanaa wata’aalait,Falakalhamdu ‘alaa maaqadhait, Astaghfiruka wa’atuubu ilaik,Wasallallahu ‘ala Sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi, Wa’alaa aalihi washahbihi Wasallam.
Maksud Doa Qunut:
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.
Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.
Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.
Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
15.Sujud Pertama (Rakaat Kedua)
Selepas selesai membaca doa qunut, maka terus sujud.
Bertakbir lalu turun perlahan-lahan untuk sujud
16.Duduk antara Dua Sujud
17.Kemudian, Lakukan Sujud Kedua (Rakaat Kedua)
Bertakbir (Allahuakbar) lalu sujud sekali lagi.
Kedudukan dan bacaannya sama seperti sujud pertama.
Selepas sujud kedua, bertakbir (Allahuakbar) dan terus duduk pada posisi tahiyat akhir.
18.Duduk Tahiyat Akhir
Selepas selesai sujud kedua, maka terus duduk pada posisi tahiyat akhir.
Bacaan tahiyat akhir adalah seperti berikut:
Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah.
Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh.
Assalamu’alaina wa’la ‘ibadillahis salihin.
Asyahadu alla illaha illallah. Wa’asyhadu anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma solli’ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama sollaita’ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim.
Wabarik ‘ala Muhammad wa’ala ali Muhammad.
Kama barakta ‘ala Ibrahim wa’ala aliIbrahim. Fil ‘alamina innaka hamidummajid.
Maksudnya:
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
19.Akhiri Solat Dengan Memberi Salam
Semasa salam, palingkan muka ke sebelah kanan terlebih dahulu
ucapan salam
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
Kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
20. Maka Selesailah Solat Fardu Subuh tersebut.
Seterusnya, disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan istighfar dan membaca doa selepas solat.
Tip Bangun Subuh:
Solat subuh itu wajib namun masih terdapat yang sentiasa tercicir untuk bangun solat subuh. Jadi untuk membantu kita bangun solat subuh boleh amalkan tip ini:
1. Ianya bermula pada malam sewaktu sebelum kita tidur, iaitu dengan menetapkan niat dalam hati bahawa tidur kita ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Kita juga hendaklah setkan otak kita untuk bangun awal keesokkannya untuk menunaikan solat subuh. Seeloknya nyatakan waktu untuk yang kita ingin bangun daripada tidur.
2. Sebelum membaringkan badan kita hendaklah berwuduk dengan tenang dan tertib. Bayangkan ini adalah wuduk yang terakhir kita lakukan
3. Bersihkan diri kita daripada dosa-dosa yang kita lakukan dengan melaksanakan solat sunat atau solat sunat taubat sebelum tidur.
4. Sekarang telefon juga ada alarm untuk kejutkan kita bangun. Jadi anda boleh gunakannya untuk bangunkan kita daripada tidur antara alatan lain adalah jam loceng atau gadjet yang lain. Sekiranya tidak memberi kesan untuk anda pesanlah kepada ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada untuk kejutkan anda.
5. paling penting sekali anda hendaklah mendapatkan tidur yang cukup untuk anda bangun dengan mudah dan segar. Caranya adalah dengan tidur awal dan bangun awal.
Solat subuh itu wajib. Kalau gagal menunaikannya bukan sahaja rugi malah berdosa. Jangan sia-siakan peluang kehidupan yang Allah berikan pada kita. Selamat beramal. Wallahua’lam!
SUMBER:
https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-subuh