Kebanyakan ibu bapa ingin anak kembar kerana berasa seronok memiliki dua anak dalam satu masa yang sama. Menurut doctor, mengandung bayi kembar bukan satu perkara yang senang. Bayi kembar dikategorikan 2 iaitu:
1. Kembar Seiras
Ini berlaku apabila satu telur bersenyawa dengan satu sperma, embrio terbahagi dua jadikan dua embrio. Ini adalah kembar yang biasa kita lihat.
2. Kembar Tak Seiras
Ini berlaku apabila genetik berkongsi sesama sendiri. Jantina kembar itu boleh berlawanan lelaki dan perempuan.
Faktor
Ada beberapa faktor dapat anak kembar yang sangat berkesan. Antaranya ialah :
- Genetik
Sejarah dalam ahli keluarga yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar akan mendapat anak kembar. Trait dan genetic akan membawa keturunan kepada ahli keluarga. Penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa dimaksudkan trait.
- Umur
Wanita yang berumur 35-40 keatas, mereka mempunyai potensi mendapatkan anak kembar yang lebih besar. Wanita yan berumur ini dan ingin mengandung selalu akan mengambil rawatan kesuburan. Ini akan meningkatkan mereka mengandung berbanding satu sahaja
- Bilangan anak
Ibu yang melahir banyak anak sebelum itu, dia mempunyai potensi yang tinggi melahirkan anak mebar selepas itu.
- Berat badan dan ketingggian
Perempuan yang tinggi dan lebih berat mempunyai peluang mengandung anak kembar.
- Diet
Makanan yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi akan meningkatkan peluang mendapat anak kembar.
- Ubat kesuburan
Ubat kesuburan membantu sesorang menghasilkan dua ovum dalam satu ovulasi proses. Oleh sebab itu, ia meningkatkan peluang mengandung anak kembar.
Selain itu, dengan bantuan rawatan kesuburan juga boleh bantu mendapat anak kembar. Rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF. Kedua-dua rawatan ini akan dibantu dengan hormon dan vitamin untuk membantu dua kali ganda ovum dan memastikan rahim keadaan subur. Ini juga mengnal pasti lebih 1 embrio dapat ditganam meningkatkan peluang kehamilan.
Langkah-langkah yang perlu buat jika dapat anak kembar
- Pemeriksaaan doktor lebih kerap
- Bertambah berat badan
- Mengelakkan aktiviti fizikal yang berbahaya
- Pengambilan nutrien dan vitamin tambahan
Fakta Menarik Tentang Anak Kembar
- Mereka mempunyai cap jari tidak sama
Walau mereka memilik wajah yang seiras, tetapi cap jari mereka adalah tidak sama.Semasa mereka berada dalam kandungan, kedua-dua pasangan kembar akan mempunyai cap jari yang sama. Apabila bayi kembar mula bergerak dan pergerakan ini menyebabkan sentuhan kantung amniotic dan cap jari mula berbentuk kelainan.
- Imej cermin kembar seiras
Mereka mempunyai ciri asimetri terbalik antara satu sama lain.
- Mereka Tidak Mempunyai Genetik Yang Sama
Ada kajian didapati pada beberapa set DNA pasangan kembar berbeza dalam bilangan salinan gen yang ada.
- Berinteraksi semasa dalam kandung ibu
Ada hasil kajian didapati bayi kembar selalu menyentuh satu sama lain dan melakukan isyarat berbeza antara satu sama lain.
Sumber
https://www.healthline.com/health/pregnancy/chances-of-having-twins#assisted-reproduction
https://www.verywellfamily.com/what-are-my-chances-of-having-twins-1960180