Now Reading
Cara Hilangkan Stress dan Simptom-Simptomnya

Cara Hilangkan Stress dan Simptom-Simptomnya

Cara Hilangkan Stress dan Simptom-Simptomnya

Stress boleh didefinisikan sebagai keadaan tekanan mental atau emosi disebabkan keadaan tertentu yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Dalam hidup ini semua orang pasti pernah mengalami stress atau tekanan perasaan. Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa 33% orang dewasa dilaporkan mengalami tahap stress yang tinggi.

Oleh itu, anda hendaklah mengenal pasti sama ada anda sebenarnya mengalami stress atau tidak kerana stress mempunyai tanda-tanda yang sangat berkait dengan fizikal dan mental. Di bawah berikut adalah simptom-simptom sekiranya anda mengalami stress.

Simptom-Simptom Stress

Stress boleh mempengaruhi semua aspek kehidupan anda termasuk emosi, tingkah laku, kemampuan berfikir dan kesihatan fizikal. Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai cara untuk menangani stress ysng berbeza, juga mempunyai simptom stress yang berlainan. Antara simptom stress yang mungkin anda mengalaminya adalah seperti berikut:

Simptom stress yang melibatkan emosi

  • Sering berasa gelisah, kecewa dan murung
  • Rasa terharu, seperti hilang kawalan
  • Sukar untuk menenangkan fikiran
  • Berprasangka buruk terhadap diri sendiri (kurang keyakinan diri), berasa sunyi, tidak berharga, dan tertekan
  • Sering berjauhan dengan orang lain

Simptom stress yang melibatkan fizikal

  • Tidak bertenaga
  • Sakit kepala
  • Sakit perut yang teruk, termasuk cirit-birit, sembelit, dan loya
  • Sakit-sakit badan dan kejang otot
  • Sakit dada, jantung berdegup dengan cepat
  • Insomnia
  • Sering selsema dan mudah mendapat jangkitan
  • Kehilangan keinginan dan / atau kemampuan seksual
  • Gementar dan gemuruh, tangan dan kaki sejuk atau berpeluh
  • Mulut kering dan sukar menelan

Simptom stress kognitif

  • Sering berasa bimbang
  • Pemikiran bercelaru
  • Sering alpa dan diri nampak seperti tidak terurus
  • Hilang fokus
  • Tidak dapat membuat keputusan dengan betul
  • Bersikap pesimis atau hanya melihat sisi negatif

Simptom stress melibatkan tingkah laku

  • Perubahan selera makan – sama ada tidak makan atau makan terlalu banyak
  • Sering mengamalkan sikap bertangguh dan tidak tanggungjawab
  • Mengambil alkohol, dadah, atau rokok
  • Mempamerkan tingkah laku yang lebih gugup, seperti menggigit kuku, gelisah, dan mundar-mandir

Cara Untuk Menghilangkan Stress

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam menghilangkan stress. Stress boleh dikawal secara sendiri atau pun melalui pertolongan daripada ahli keluarga atau rakan-rakan. Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah di bawah ini.

  • Bersenam

Bersenam secara teratur dapat membantu mengurangkan stress dan kegelisahan. Dengan bersenam, anda dapat melepaskan endorfin sekaligus meningkatkan kualiti tidur dan imej diri anda. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan adalah seperti berjogging, berjalan dan bersenam robik.

  • Mengambil makanan tambahan atau supplement

Makanan tambahan atau supplement tertentu dapat mengurangkan stress dan kegelisahan anda. Antara makanan tambahan tersebut adalah seperti ashwagandha, asid lemak omega-3, teh hijau dan balsem lemon.

  • Nyalakan lilin atau essential oil

Aromaterapi dapat membantu mengurangkan stress yang anda hadapi. Nyalakan lilin wangi atau gunakan essential oil untuk menikmati aroma yang menenangkan.

  • Kurangkan pengambilan kafein

Kafein dalam kuantiti tinggi dapat meningkatkan stress dan kegelisahan. Walaubagaimanapun, tindak balas kafein terhadap setiap orang adalah berbeza.

  • Tuliskan setiap perkara yang membuatkan anda stress

Menulis jurnal atau diari dapat membantu menghilangkan stress dan kegelisahan, terutamanya jika anda hanya fokuskan pada perkara positif.

  • Mengunyah gula-gula getah

Menurut beberapa kajian, mengunyah gula-gula getah dapat membantu anda menenangkan fikiran. Ia juga dapat meningkatkan kesejahteraan hidup sekaligus dan mengurangkan stress.

  • Meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan

Mempunyai hubungan sosial yang kuat dapat membantu anda mengatasi stress dan menurunkan risiko kegelisahan.

  • Ketawa

Luangkan masa dengan rakan yang lucu atau menonton rancangan komedi dapat membantu menghilangkan stress.

  • Belajar berkata tidak

Cuba untuk tidak mengambil sesuatu kerja lebih banyak daripada yang anda boleh kendalikan. Mengatakan tidak terhadap sesuatu perkara adalah salah satu cara untuk mengawal stress anda.

  • Belajar untuk tidak bertangguh dalam melakukan sesuatu perkara

Utamakan perkara yang perlu diselesaikan dan luangkan masa untuk itu. Dengan terus menyiapkan sesuatu perkara, ia dapat membantu mengatasi tekanan yang berkaitan dengan penangguhan.

  • Mengambil kelas Yoga

Yoga banyak digunakan untuk mengurangkan stress. Ia dapat membantu menurunkan tahap hormon stress dan juga tekanan darah.

  • Berpelukan

Sentuhan positif dari pelukan, ciuman dan hubungan seks dapat membantu menurunkan tahap stress dengan melepaskan oksitosin dan sekaligus menurunkan tekanan darah.

  • Mendengar muzik

Mendengar muzik yang anda suka merupakan salah satu cara yang bagus untuk menghilangkan stress.

  • Bernafas secara mendalam

Tarik nafas dalam-dalam mengaktifkan tindak balas relaksasi. Terdapat pelbagai cara yang membantu anda untuk bernafas secara mendalam.

  • Meluangkan masa dengan haiwan kesayangan

Meluangkan masa dengan haiwan kesayangan anda adalah salah satu cara santai dan menyeronokkan untuk mengurangkan stress.

Sumber:

https://www.healthline.com/nutrition/symptoms-of-stress

https://www.webmd.com/balance/stress-management/stress-symptoms-effects_of-stress-on-the-body

https://www.healthline.com/nutrition/16-ways-relieve-stress-anxiety#16.-Spend-time-with-your-pet)

error: Content is protected !!