Anda mungkin mengambil serius tentang keselamatan semasa perjalanan, terutamanya apabila anda melakukan perjalanan secara bersendirian. Tetapi bagaimana dengan keselamatan dalam talian anda apabila anda berada di luar sana meneroka dunia?
Gunakan pengurus kata laluan
Berapa banyak kata laluan yang anda gunakan dalam talian? Sepuluh? lima puluh? Kata laluan kekal sebagai komponen penting dalam kehidupan digital walaupun berlakunya peningkatan pengesahan biometrik.
Seperti kebanyakan orang, anda mungkin cuba mencipta kata laluan selamat. Tetapi untuk mengingati dan menguruskan mereka boleh menjadi agak rumit. Anda mungkin berasa seperti 75% rakyat Amerika yang berasa tertekan semasa cuba menjejaki kata laluan mereka.
Cara yang lebih pantas, selamat dan lebih mudah untuk meningkatkan keselamatan dalam talian anda ialah melalui pengurus kata laluan. Dengan satu cara sahaja, anda boleh menyimpan kata laluan yang kukuh dan melindungi data anda daripada akaun bank, akaun media sosial dan banyak lagi.
Malah pengurus kata laluan yang memudahkan boleh membantu anda menyimpan dan mengurus kata laluan yang sangat selamat tanpa sebarang kerumitan.
Sulitkan rangkaian anda
Rangkaian Wi-Fi awam di lapangan terbang, hotel atau kafe adalah tempat yang biasa bagi pencuri data dan penggodam. Oleh kerana rangkaian ini tidak disulitkan secara amnya, ia boleh mendedahkan data anda.
Penggodam juga boleh mengubah hala anda ke laman web palsu yang meniru media sosial atau laman popular lain. Di sana, mereka membuat anda secara tidak sengaja menaip data log masuk anda, mencurinya untuk tujuan mereka sendiri.
Sila pertimbangkan untuk menggunakan VPN apabila anda melakukan perjalanan untuk menutup alamat IP anda dan menyulitkan trafik anda. Dengan melakukan ini, anda akan menjadikannya hampir mustahil bagi penggodam untuk mendapatkan data peribadi anda.
Anda juga mungkin mahu mengehadkan masa yang anda luangkan pada rangkaian Wi-Fi awam semasa berada di luar rumah. Lakukan penyelidikan perjalanan terlebih dahulu dan tambahkannya pada jadual perjalanan yang mudah diakses.
Berhati-hati dengan laman web pelancongan palsu
Senaraikan web penting yang anda gunakan semasa anda mengembara yang merangkumi semua keperluan penyelidikan anda. Rancang awal aplikasi dan web yang anda perlukan. Jika anda perlu menempah penginapan lain, membeli tiket atau memesan teksi, sila menggunakan hanya satu aplikasi dan web yang dipercayai.
Sila pastikan semua laman web yang anda gunakan mempunyai penyulitan SSL. Cari ikon kunci kecil pada bar URL dalam laman web anda. Ini akan menambah satu lagi lapisan perlindungan pada pengembaraan dalam talian anda.
Sila pasang backup di peranti anda di iCloud sebelum anda melancong
Walaupun anda telah membuat persiapan anda, perkara buruk boleh berlaku pada peranti anda semasa anda dalam pengembaraan. Sediakan payung sebelum hujan. Tiada siapa boleh sangka perkara ini akan berlaku kepada mereka—sehingga ia berlaku!
Lindungi data digital anda daripada kemalangan dan risiko lain dengan backup semua peranti anda sebelum anda keluar. Pastikan backup mudah diakses dan anda membuat backup ke folder peribadi.
Kebanyakan sistem telah memudahkan pilihan backup yang membolehkan anda membuat backup aplikasi, tetapan dan data peribadi. Lakukan backup penuh untuk memastikan anda boleh memulihkan semua data anda dengan mudah.
Petua: Anda juga mungkin mahu mengaktifkan backup foto automatik untuk kamera anda. Pastikan anda mempunyai pelan data yang cukup besar untuk mengendalikan perkara ini. Jika tidak, sediakannya untuk memuat naik foto hanya apabila anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi yang selamat.
E-mel Diri Sendiri Salinan Digital Dokumen Perjalanan Anda
Pasport, tiket, tempahan hotel— sila hantar dokumen ini ke e-mel anda kerana ianya cara cepat untuk membuat salinan digital yang selamat. Anda hanya boleh mengambil gambar mereka dan menghantarnya kepada diri anda sendiri.
Selain itu, semasa dalam perjalanan, pertimbangkan untuk menggunakan salinan digital dokumen anda apabila boleh. Tinggalkan yang asal di bilik hotel anda atau di tempat yang selamat.
Nota: Perkhidmatan e-mel selalunya mempunyai had saiz lampiran, jadi anda mungkin perlu menghantar berbilang e-mel dengan semua dokumen. Ambil foto resolusi terbaik yang anda boleh tanpa mengorbankan saiz—anda pasti mahukan foto kualiti terbaik yang anda boleh dapatkan.
Gunakan “Find My Phone”
Aplikasi “Find My Phone” akan membolehkan anda mencari telefon yang salah letak, hilang atau dicuri. Melalui cara ini, anda juga boleh memberhentikan peranti anda dari berfungsi atau memadam data peribadi anda dengan mudah dari jauh.
Android dan iOS mempunyai ciri ini terbina dalam, tetapi anda juga boleh menggunakan aplikasi kendiri yang menyediakannya. Cuma pastikan anda mengaktifkannya sebelum anda pergi mengembara.
Pertimbangkan Mengalih Keluar Data Lokasi daripada Foto Anda
Secara amnya, peranti Android dan iOS menyediakan data lokasi ke dalam foto. Jika kita berkongsi foto ini dalam talian, ia boleh menjadikan lokasi anda mudah untuk dijejaki. Tidak semua laman media sosial mengeluarkan data ini.
Anda boleh memberhentikan data lokasi daripada ditambahkan pada foto anda. Sebagai contoh, terdapat cara sendiri untuk melakukannya di Android. Berhati-hati dengan siapa anda berkongsi lokasi. Anda boleh mengurangkan risiko, terutamanya jika anda merancang untuk melakukan perjalanan secara meluas.
Akhirnya, bukan sahaja berus gigi anda yang anda tidak mahu lupakan sebelum pergi bercuti. Tetapi juga keselamatan dalam talian anda yang anda tidak mahu abaikan.