Pada era teknologi yang serba canggih ini, kebanyakan urusniaga sudah mula beralih arah dari kedai fizikal kepada kedai online. Antara bank yang popular dan sering digunakan dalam pelbagai urusan transaksi online adalah CIMB Bank. Namun sehingga kini masih ada lagi di antara kita yang tidak tahu bagaimana untuk menggunakan CIMB Clicks.
Apa itu CIMB Bank?
CIMB Bank adalah singkatan bagi nama Commerce International Merchant Bankers dan dahulunya merupakan gabungan beberapa buah bank seperti Bian Chiang Bank, Bank of Commerce Berhad (BCB), Ban Hin Lee Bank (BHLB), Bank Lippo, Bank Niaga, Southern Bank Berhad (SBB), Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), United Asian Bank Berhad (UAB) dan Pertanian Baring Sanwa Multinational Berhad (PBS).
Kini berpangkalan di Kuala Lumpur, CIMB Bank yang bernaung di bawah syarikat gergasi CIMB Group Holdings Berhad telah disenaraikan di pasaran Bursa Saham Malaysia sejak tahun 1987 lagi.
Kini, CIMB Bank telah beroperasi di beberapa buah negara termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Filipina, London, Hong Kong, Shanghai dan Laos dengan jumlah pengguna melebihi 16 juta.
Apa itu CIMB Clicks?
Sepertimana Maybank yang mempunyai aplikasi Maybank2u, CIMB Bank juga semakin digemari ramai kerana kemudahan transaksi online melalui aplikasi CIMB Clicks yang sangat memudahkan pengguna. Namun tahukah anda bagaimana untuk login CIMB Bank melalui CIMB Clicks?
Pertama sekali, anda mestilah mempunyai akaun CIMB Bank atau akaun CIMB Islamic Bank terlebih dahulu. Pastikan anda mendaftar akaun CIMB Bank di mana-mana cawangan CIMB Bank yang berdekatan.
Bayaran untuk membuka akaun CIMB Bank hanyalah serendah RM 20 sahaja. Pastikan anda membawa bersama kad pengenalan dan satu salinan bil utiliti untuk pengesahan alamat.
Cara Daftar CIMB Clicks
Sebelum mendaftar CIMB Clicks, pastikan anda bersedia dengan maklumat di bawah :
- Nombor kad debit/kredit CIMB
- Nombor pin 6 digit
- Nombor kad pengenalan/Nombor passport/Nombor tentera anda
Sekarang, ikuti 3 langkah di bawah :
Pendaftaran melalui laman web CIMB Bank
- Pergi ke laman web https://www.cimbclicks.com.my/clicks/#/registration
- Klik CIMB Debit & Credit Card.
- Masukkan 16 digit nombor kad debit/kredit CIMB.
- Masukkan 6 digit nombor pin ATM.
- Masukkan tulisan yang tertera pada imej dalam kotak (captcha).
- Klik kotak kecil yang bertulis “By agreeing, I confirm that I have read and accept all the Terms & Conditions therein“.
- Tekan “Next“.
- Anda akan menerima 6 digit nombor TAC melalui SMS.
- Masukkan 6 digit TAC dan tekan “Continue“.
- Selepas itu, anda perlu membuka akaun dengan ID pengguna. Isi semua maklumat yang diminta.
- Anda akan dapat SMS yang mengesahkan bahawa pendaftaran anda telah berjaya.
Pendaftaran melalui aplikasi CIMB Clicks pada App store/playstore
- Download apps CIMB Clicks pada App store/playstore.
- Buka apps CIMB Clicks.
- Klik “Register User“.
- Masukkan 16 digit nombor kad debit/kredit CIMB.
- Masukkan 6 digit nombor pin ATM.
- Masukkan tulisan yang tertera pada imej dalam kotak (captcha).
- Klik kotak kecil yang bertulis “By agreeing, I confirm that I have read and accept all the Terms & Conditions therein“.
- Anda akan menerima 6 digit kod OTP melalui SMS.
- Selepas itu, anda akan dibawa ke bahagian “registration“. Anda perlu isi semua maklumat yang diminta.
- Klik “I agree and submit“.
- Tahniah ! Anda telah berjaya mendaftar CIMB Clicks. Sekarang anda dah boleh tekan login untuk segala urusan perbankan internet.
Untuk lebih mudah faham, anda boleh merujuk video ini untuk melihat tutorial mendaftar menggunakan aplikasi CIMB Clicks yang telah anda install dalam telefon bimbit anda. Semoga artikel ini dapat membantu anda yang masih buntu dan tidak mahir untuk mendaftar CIMB Clicks.
Dengan adanya CIMB Clicks, pasti segala urusan transaksi perbankan internet akan jadi lebih mudah kerana segala-segalanya di hujung jari. Kini, anda tidak perlu lagi beratur panjang di bank semata-mata untuk memindahkan wang ke akaun bank lain.
Rujukan :
- https://www.cimb.com/en/who-we-are/about-us.html
- https://www.cimb.com.my/bm/personal/day-to-day-banking/accounts/savings-account/basic-savings-account.html
- https://en.wikipedia.org/wiki/CIMB
- https://www.cimb.com.my/bm/personal/digital-services/cimb-clicks.html
- https://therohani.com/cara-login-cimb-bank-online/