Now Reading
Cara Melebatkan Rambut Yang Ramai Tidak Tahu

Cara Melebatkan Rambut Yang Ramai Tidak Tahu

cara melebatkan rambut

Siapa kat sini yang mengalami masalah rambut gugur? Tentu anda sudah buntu mencari cara melebatkan rambut, kan?

Rambut adalah mahkota bagi setiap manusia tidak kira lelaki atau perempuan. Beruntunglah sesiapa yang memiliki rambut yang lebat, lembut, hitam dan berkilat.

Namun, perkara tersebut tidak akan kekal lama kerana perubahan hormon berlaku seperti selepas melahirkan anak atau tekanan yang tidak dapat dikawal.

Jangan cepat berputus asa kerana kami ingin membantu anda melalui perkongsian ini yang ramai tidak tahu. Semoga bermanfaat.

Sebab Kenapa Rambut Gugur

Rambut yang gugur berpunca daripada:

  • Peningkatan usia
  • Faktor genetik
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Penggunaan produk rambut secara berlebihan
  • Berlaku tindak balas atau alahan terhadap bahan kimia atau bahan berbahaya
  • Disebabkan penyakit

Cara Melebatkan Rambut

Tidak kira apa pun penyebabnya, rambut boleh menjadi tebal secara semula jadi sekiranya anda menggunakan bahan yang alami.

1. Aloe Vera

Aloe Vera sangat terkenal dengan kegunaannya seperti untuk kulit, rambut dan muka.

Bagaimana gunakan Aloe Vera untuk rambut?

  1. Potong daun Aloe Vera
  2. Kaut gel menggunakan sudu. Kumpulkan.
  3. Kemudian, gosokkan gel atau campuran terus ke kulit kepala dan biarkan selama satu jam.
  4. Selepas itu, bilas rambut menggunakan syampu.
  5. Ulang proses rawatan ini 2-3 kali seminggu jika perlu.

2. Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan asid omega 3 dan nutrien lain yang penting untuk kesihatan kulit dan rambut.

Ia juga mempunyai khasiat untuk melembutkan rambut dan melembapkan kulit kepala yang kering.

Cara-cara menggunakan minyak zaitun:

  1. Tuangkan minyak secukupnya di atas tapak tangan.
  2. Urut minyak dengan lembut ke kulit kepala dan biarkan rambut sebati selama kira-kira 30 hingga 45 minit.
  3. Selepas itu, bilas rambut dengan syampu rambut.

3. Avocado

Avocado sangat kaya dengan vitamin E, dan ramai berpendapat avocado sebagai pelembap yang baik untuk rambut.

Untuk membuat masker Avocado:

  1. Campurkan sebiji Avocado bersama dengan 1 sudu besar minyak zaitun.
  2. Seterusnya, sapu campuran tersebut pada rambut dan kulit kepala.
  3. Biarkan selama kira-kira 30 minit
  4. Bilas rambut dengan bersih.

4. Minyak Kastor

Minyak ini kaya dengan vitamin E & lemak asid. Vitamin E terkenal dengan membantu menyihatkan rambut. Mudah sahaja caranya.

  1. Sapu terus ke atas rambut. Pastikan kesemua bahagian rambut kena.
  2. Biarkan ia sebati selama kira-kira 30 minit
  3. Bilas rambut sehingga bersih.

Belum habis lagi, bukan itu sahaja, rambut yang sihat memerlukan beberapa cara melebatkan rambut menggunakan kaedah tertentu.

Yang berikut merupakan beberapa cara untuk lebatkan rambut anda.

1. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Diet yang sihat membekalkan nutrisi penting. Ia juga membantu dalam memberikan perlindungan yang cukup proses metabolsima dan anabolisma badan.

Proses anabolisma ini melibatkan pertumbuhan rambut.

Tanpa bekalan nutrisi yang mencukupi, badan kita tidak mampu untuk menghasilkan struktur badan dengan baik.

Sebagai contoh, kekurangan vitamin E dan zink menyebabkan penipisan dan kehilangan rambut.

Oleh itu, anda perlu mengamalkan diet yang kaya dengan protein, vitamin A, B, C, dan E, zat besi, zink, dan magnesium.

Oh ya, makanan tambahan kompleks vitamin B juga dapat membantu melebatkan rambut.

2. Guna syampu dan conditioner yang betul

Ini saling berkait ibarat kita memilih produk kecantikan untuk kulit.

Rambut juga berbeza-beza! Oleh itu, pastikan anda mengenal jenis rambut dan memilih set produk penjagaan rambut yang dapat memenuhi keperluan rambut anda.

3. Jangan ‘Over-Wash’

Pernahkah anda ternampak rambut anda bercabang? Ini menandakan rambut anda terkesan disebabkan bahan kimia dalam syampu sewaktu anda membasuh rambut setiap hari.

Membasuh rambut setiap hari juga menyebabkan rambut menjadi berminyak dan berkelemumur kesan daripada rambut kehilangan minyak semulajadi.

Rambut juga akan mengalami keguguran yang berganda.

Oleh itu, digalakkan anda untuk membasuh rambut 3 kali seminggu sahaja.

4. Berus, Berus, Berus

Bilakah kali terakhir anda berfikir untuk menyikat rambut? Menyikat secara teratur dan konsisten boleh mempengaruhi ketebalan rambut anda.

Ia membantu melancarkan peredaran minyak semula jadi yang akan melindungi rambut dari kerosakan dan menambah kilauan.

Selain itu, pastikan anda sentiasa menyikat setiap hari dengan lembut dan berhati-hati terutama ketika rambut masih basah kerana ia sekaligus dapat memperbaiki kulit kepala dan mengurangkan rambut yang rosak atau gugur.

5. Palsukan Rambut!

Jika anda teras tertekan dengan orang sekeliling yang seakan-akan mengutuk rambut anda yang kian botak, anda boleh mencipta satu ilusi rambut tebal.

Tidak mengapa, asalkan anda yakin dan kembali ceria.

Berbalik semula kepada perkongsian, jika anda mahukan yang terbaik untuk rambut anda, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat.

Kerana dari pemakanan yang sihatlah akan mempengaruhi keseluruhan fizikal anda.

Jika anda tidak mahu rambut anda terus gugur sehelai demi sehelai, anda boleh mengamalkan kesemua cara di atas supaya rambut anda kembali tebal, sihat dan berkilau.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda yang berusaha keras untuk mengembalikan semula kesihatan rambut.

Sumber:
https://www.byrdie.com/tips-for-thicker-hair-5070777

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319862

https://www.harpersbazaar.com/beauty/hair/advice/a574/hair-tips-1010/

error: Content is protected !!