Pencuci mulut adalah penutup yang lazat tanpa menira jenis masakan. Negeri Sarawak juga mempunyai pencuci mulut yang unik iaitu kek lumut.
Untuk bantu hilangkan rasa rindu menjamu makanan manis ketika berkunjung ke Sarawak, ini adalah kompilasi resepi yang boleh anda cuba di rumah sambil mengasah bakat memasak anda.
Resepi Original
Bahan-bahan:
- 6 biji telur (gred A)
- 230g mentega tidak bergaram
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin Horlicks
- 1 cawan kaya (bekas kecil)
- 1/2 tin nestum (dikisar)
- 3 sudu besar perasa pandan
- Pewarna hijau yang mencukupi
Cara-cara:
- Pukul mentega sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu. Setiap biji telur perlu dimasukkan selang 2 minit.
- Masukkan esen vanila, perasa pandan dan pewarna hijau. Pukul sehingga sebati.
- Masukkan pula susu pekat manis, Horlicks, kaya dan nestum.
- Jangan lupa untuk ayak tepung okay. Gaul sehingga semua bahan sebati.
- Tuang adunan kek lumut ke dalam loyang atau alat membakar lain yang sesuai. Tidak perlu untuk tuang kesemua adunan di dalam satu loyang kerana ia akan kembang walaupun tiada serbuk penaik. Sebaiknya guna 2 loyang.
- Tutup loyang dengan aluminum foil atau plastic wrap. Hentak sedikit loyang untuk keluarkan gelembung udara.
- Didihkan air di dalam pengukus, letakkan loyang di dalam pengukus dan kukus selama 3 hingga 6 jam pada api sederhana.
- Sejukkan kek sebelum dihidang.
Resepi Kek Lumut Cheese
Bahan-bahan A: bahagian lumut
- 10 biji telur
- 450g mentega
- 1 cawan gula halus
- 200g Horlicks
- 1 cawan tepung hongkong (diayak)
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 60ml pes pandan
- 1 cawan susu tepung
- Sedikit esen vanila
Bahan-bahan B: bahagian cheese
- 750g cream cheese
- 3 biji telur
- 4 sudu besar tepung hongkong
- 1 sudu besar esen vanila
- 1 cawan gula halus
Cara-cara:
- Bahagian lumut: pukul gula, esen vanila dan mentega sehingga kembang dan pucat. Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga sebati.
- Masukkan pula susu pekat manis dan pukul lagi.
- Masukkan Horlicks, susu tepung, gaul sebati. Kemudian, masukkan tepung hongkong. Gaul atau gunakan teknik melipat menggunakan senduk kayu sehingga betul-betul sebati.
- Bahagikan kepada dua bahagian dan guna loyang 9” x 9”. Kukus bahagian lumut terlebih dahulu selama 30 minit pada api sederhana.
- Bahagian cheese: campurkan kesemua bahan bahagian cheese. Pukul sehingga rata dan sebati.
- Lapiskan aduanan bahagian cheese di atas bahagian lumut yang telah dikukus tadi. Kukus kembali sehingga permukaan cheese masak lebih kurang 30 minit.
- Setelah bahagian cheese masak, lapiskan dengan bahagian lumut yang terakhir dan kukus selama 2 jam 30 minit untuk memasak kek sepenuhnya.
Tips:
- Sentiasa periksa air kukusan untuk mengelak kering.
- Cucukkan lidi ke dalam kek, kalau lidi keluar dengan bersih itu bermakna kek sudah masak.
Resepi Kek Lumut Coklat
Bahan-bahan:
- 250g mentega
- 200g Horlicks (atau mana-mana serbuk minuman bermalta)
- 120g tepung biasa
- 150g susu pekat
- 150 kaya atau jem kelapa
- 100g gula
- 4 biji telur
- Pewarna hijau atau pes pandan
- 2 sudu besar serbuk koko gelap
Cara-cara:
- Oleskan mentega ke loyang bulat 7”-8” anda. Alaskan ia dengan baking paper untuk elak kek melekat pada loyang.
- Sediakan pengukus besar yang boleh mengukus selama sekurang-kurangnya 1 jam setengah. Ataupun, perhatikan paras air dan tambah air panas sekiranya perlu jika tiada pengukus besar.
- Pukul mentega dan gula sehingga ringan dan kembang. Masukkan susu pekat dan telur satu persatu. Gaul sehingga sebati. Masukkan jem kelapa/kaya, kacau rata. Masukkan tepung yang telah diayak dan Horlicks ke dalam mentega. Gunakan senduk kayu dan lipat adunan kek sehingga sebati.
- Cara seterusnya terpulang kepada anda kalau anda ingin kukus kukus adunan sekaligus tanpa lapisan dan warna.
- Dengan penimbang, bahagikan kek anda kepada 2 bahagian. Bahagian pertama, masukkan beberapa titis pewarna hijau epal. Bahagian kedua pula masukkan serbuk kokoyang diayak dan kacau setiap bahagian sehingga rata.
- Masukkan separuh adunan koko ke dalam loyang yang telah dioles mentega, kukus pada api sederhana selama 20 hingga 25 minit. Untuk tahu kek anda dah masak ke belum, cucukkan lidi dan bahagian tengah lidi sepatutnya bersih bila ditarik keluar.
- Masukkan separuh adunan pewarnan hijau ke atas lapisan coklat yang siap dikukus dan kukus kembali pada api sederhana selama 20 hingga 25 minit. Ulang cara ini untuk lapisan yang belum dikukus.
- Bila lapisan keempat sudah siap dikukus, kukus pada api tinggi selama 10 hingga 15 minit dan pastikan kek masak sempurna.
- Tutup bahagian dalam tudung pengukus untuk elakkan air menitis ke atas kek semasa mengukus.
- Sejukkan kek sebelum bawa keluar daripada loyang dan potong untuk dihidang. Bekas kedap udara sesuai dijadikan tempat menyimpan kek lumut. Simpan di dalam peti seujk selama untuk berbulan-bulan.
Nota-nota
- Sangat penting untuk gunakan Horlicks di dalam resepi ini. kalau anda tiada Horlicks, boleh juga gunakan Ovaltine atau milo. Ia akan memberi rasa coklat tetapi tekstur kekal lembut dan sedap.
- Kalau anda nak kukus semua adunan sekaligus, ia memakan masa lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam. Kek lumut akan tahan lebih lama jika jangka waktu mengukus lama. Sesetengah resepi waktu mengukusnya sehingga 3 jam.
Kek lumut adalah antara pencuci mulut kebanggaan masyarakat Sarawak kerana rasanya yang lain daripada yang lain walaupun lebih ramai menggemari kek lapis. Tetapi, kombinasi antara rasa malta dan pandan tidak akan pernah salah.
Kek bewarna hijau mempunyai tempat tersendiri di hati orang-orang Sarawak. Sangat sesuai untuk perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, hari jadi ataupun juadah minum petang.
Anda wajib cuba resepi ini di rumah.Dapatkan resepi menarik lain di laman web kami. Selamat menjamu selera dan menjamu mata!
Sumber:
Resipi Kek Lumut Kukus Sedap, Gebu & Super Lembut