Cara membunuh Coronavirus yang sebetulnya selain menjaga kebersihan untuk membunuh segala jenis kuman perlu kita ketahui.
Memandangkan semakin banyak maklumat tentang pandemik coronavirus yang boleh kita lihat di pelbagai medium, beberapa maklumat dalam artikel ini mungkin akan berubah lagi. Sentiasa lawati sumber dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahupun sumber luar seperti CDC, WHO untuk mendapatkan maklumat paling terkini mengenai COVID-19.
Membunuh kuman pada permukaan barang-barang di rumah bukanlah sesuatu yang baru. Anda mungkin sudah melakukannya secara rutin apabila membersihkan bilik mandi dan selepas mengendalikan daging mentah atau ayam di dapur. Tetapi, dengan kes wabak novel coronavirus (COVID-19) ini, penjagaan yang betul dan lebih menyeluruh melibatkan semua permukaan isi rumah yang sering disentuh, seperti pemegang kepala paip, telefon, dan alat kawalan jauh, bebas kuman.
Ianya adalah penting untuk mengetahui bahawa tidak semua produk pembersihan yang mendakwa boleh membasmi virus mahupun bakteria adalah berkesan terhadap semua jenis kuman. Terdapat banyak jenis bakteria dan virus yang ada dan tidak setiap produk boleh membunuh mereka semua. Dalam artikel ini, kami akan membantu menyenaraikan produk yang khusus dan berkesan bagi coronavirus, bagaimana untuk menggunakannya dengan betul bagi keberkesanan maksimum dan produk mana yang harus dielakkan.
Apa yang boleh membunuh coronavirus?
Terdapat beberapa senarai produk yang dikatakan boleh membunuh virus yang hampir sama atau sukar dihapuskan walaupun ia tidak diuji secara khusus pada coronavirus lagi. Ini termasuklah rhinovirus, yang menyebabkan selesema biasa. Jadi, mari berharap agar mereka juga berfungsi untuk menghapuskan coronavirus juga. Produk di bawah ini menggunakan pelbagai bahan dan rumusan yang berbeza, jadi pastikan anda menggunakannya sama seperti label yang diarahkan. Produk-produk tersebut termasuklah:
- Pengelap pembasmian Clorox (Clorox Disinfecting Wipes)
- Pencuci pembersih Clorox dan peluntur (Clorox Clean-Up Cleaner + Bleach)
- Penyahjangkit semburan Lysol (Lysol Spray Disinfectant)
- Pembersih pelbagai fungsi Lysol dan peluntur (Dysol Multi-Purpose Cleaner with Bleach)
- Pembersih pelbagai fungsi Lysol dan hidrogen peroksida (Lysol Multi-Purpose Cleaner with Hydrogen Peroxide)
- Pembersih pelbagai fungsi Microban (Microban 24 Hour Multi-Purpose Cleaner)
Adakah hidrogen peroksida dapat membunuh virus?
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), hidrogen peroksida adalah ejen pembasmi kuman yang stabil dan berkesan terhadap virus apabila ia digunakan pada permukaan keras dan tidak berliang. Ia biasanya dijual dalam larutan 3%, dan boleh digunakan secara langsung dari botol. Namun, ianya adalah tindak lebih baik untuk menjauhinya daripada kain dalam proses pembersihan dan pakai sarung tangan untuk melindungi tangan anda.
Cara penggunaan: Sembur atau lap di permukaan, biarkan ia basah selama sekurang-kurangnya satu minit sebelum mengelap permukaan itu.
Adakah alkohol akan membasmi permukaan?
Alkohol isopropyl adalah disinfektan yang berkesan terhadap banyak patogen, termasuklah coronavirus, selagi kepekatannya adalah 70%. Kebanyakan kandungan alkohol adalah 70% alkohol isopropil, tetapi kepekatan boleh berjulat dari 60 hingga 99%. Bagi membunuh coronavirus dengan lebih cepat pada permukaan, 70% adalah kepekatan yang terbaik. Jika terlalu tulen (100%), alkohol boleh menyejat terlalu cepat sebelum berkesan.
Cara penggunaan: Lap atau semburkan permukaan dengan alkohol dan pastikan ia tetap basah selama sekurang-kurangnya 30 saat.
Bolehkah cuka membunuh kuman?
Tidak. Menurut CDC dan NSF (organisasi kesihatan dan keselamatan awam), cuka (atau produk pembersihan alternatif berasaskan cuka) tidak boleh digunakan untuk menyucikan atau membersihkan. Produk pembersih yang mengandungi cuka boleh bermanfaat dalam beberapa keadaan, tetapi cuka yang tidak berdaftar sebagai pembasmi kuman tidak berkesan terhadap kebanyakan bakteria dan virus. Malah, ia juga tidak dapat membunuh virus yang menyebabkan selesema atau coronavirus. Di samping itu, cuka yang tidak larut mungkin berfungsi dengan beberapa jenis bakteria yang terhad, tetapi ia bukanlah cara terbaik untuk mendapatkan permukaan yang bebas kuman.
Cara menggunakan produk pembersihan untuk membunuh coronavirus
Sebelum menggunakan sebarang produk pembasmian, mulakan dengan membaca pada label untuk memastikan ia berdaftar dan bagi melihat bakteria dan virus jenis apa yang boleh dihapuskan. Nombor pendaftaran sesuatu produk biasanya boleh didapati dalam di bahagian bawah depan atau belakang label, dan bakteria dan virus yang boleh terkesan disebabkannya juga biasanya disenaraikan.
Nombor pendaftaran ini adalah dikehendaki oleh undang-undang bagi mana-mana produk pembersih yang mendakwa boleh menghapuskan kuman. Ini adalah cara terbaik untuk menilai produk pembersihan dan pembasmian kuman serta jaminan yang ia berikan bahawa produk akan berfungsi jika anda mengikut arahan dengan betul.
Beberapa perkara lagi yang anda perlu ketahui:
- Ketahui bahawa membersih (sanitizing) tidak sama seperti membasmi (disinfecting) kuman. Membersih (mengurangkan bilangan kuman) biasanya mengambil masa yang kurang – kadangkala hanya selama 30 atau 60 saat sahaja. Sebaliknya, bagi membasmi kuman (membunuh kuman-kuman), ia boleh mengambil masa sehingga 10 minit, bergantung pada produk yang digunakan.
- Semak label untuk ketahui berapa lama permukaan yang keras dan tidak berliang harus kekal basah untuk membunuh kuman dengan cara paling berkesan. Memandangkan cecair boleh menyejat, ini mungkin memerlukan anda menggunakan produk tersebut beberapa kali.
- Tiada produk boleh membasuh atau membasmi permukaan yang kotor secukupnya, jadi pastikan anda sentiasa membersihkan permukaan walaupun dengan sabun biasa dan air. Ini adalah langkah penting sebelum anda membasmi kuman.
Apakah pembersih isi rumah ‘DIY’ boleh membunuh coronavirus?
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), cara mudah untuk membasmi permukaan yang keras dan tidak berliang berdasarkan produk yang mungkin ada di rumah adalah dengan menggabungkan 1/ 3 cawan peluntur klorin biasa (natrium hipoklorit) setiap satu gelen air. Produk clorox disyorkan digunakan sebanyak 1/2 cawan peluntur bagi setiap 1/2 gelen air. Untuk kelompok kecil, gunakan 4 sudu peluntur klorin biasa dan 1 liter air.
Cara penggunaan: Dengan memakai sarung tangan, celupkan kain ke dalam campuran, lap permukaan, dan biarkan ia seketika untuk selama lima minit dan lapkan dengan kering. Bagi permukaan dengan sentuhan makanan, seperti meja kaunter dan dulang makanan, bilaskan dengan air suam dan keringkan ia selepas disinfeksi. Berhati-hati untuk tidak memercikkan penyelesaian peluntur pada pakaian atau mata anda dan gunakannya sedikit pada permukaan keluli tahan karat.
Apa lagi yang perlu anda ketahui tentang pembersihan di rumah?
Sabun biasa dan air membersihkan kuman dan mengurangkan jumlah kuman, yang juga boleh mengurangkan kemungkinan berlakunay jangkitan. Tetapi, untuk benar-benar membunuh kuman, anda juga mesti membersihkan atau membasmi permukaan selepas membersihkannya.
Jangan sekali-kali gabungkan pembasmian kuman atau apa-apa produk pembersihan bersama. Buka tingkap atau ventilasi bilik jika asap atau udanya mengganggu.
Permukaan lembut adalah berliang dan tidak akan sepenuhnya mencapai tahap yang diperlukan untuk dibasmi kuman secara sepenuhnya. Sesetengah semburan antibakteria boleh membersihkan permukaan lembut, seperti bantal dan mainan lembut.
Uji permukaan dengan selamat di tempat yang tersembunyi sebelum menggunakan alkohol, hidrogen peroksida, atau sebarang pembasmi disinfektan pada permukaan, terutama jenis yang halus. Pada permukaan dengan sentuhan makanan, bilas dengan air yang jernih dan keringkan ia selepas disinfeksi, melainkan label produk tersebut secara khusus menyatakan sebaliknya.
SUMBER