Now Reading
Cara memohon eKasih dan semakan online

Cara memohon eKasih dan semakan online

ekasih

Apa itu eKasih?

eKasih merupakan satu pangkalan data untuk membantu keluarga miskin dan ianya diwujudkan untuk membantu merancang, melaksana dan memantau kemiskinan di Malaysia.  

Untuk makluman anda eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Syarat kelayakan eKasih

Syarat kelayakan untuk permohonan eKasih ini selain mereka yang telah memenuhi status miskin berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) pendapatan per kapita isi rumah, mereka yang layak untuk mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isi rumah yang memperoleh pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan bandar.

Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berdasarkan Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci yang dijalankan dengan pendekatan isi rumah dan bukan orang perseorangan. Ia telah dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dengan hasil jumlah banci dihantarkan ke ICU JPM sebagai input utama ke eKasih. BIRM mempunyai dua fasa.

Pelbagai ukuran munasabah dan inisiatif telah dilaksanakan untuk memaklumkan hal ini. Antaranya, Fasa 1 dan 2 BIRM telah berusaha dengan khususnya untuk menambah baik senarai eKasih yang dianggap tercicir, dan kerjasama dengan Badan Bukan Berkanun, Badan Kebajikan, dan program pengurangan kemiskinan yang berkaitan dengan agensi untuk mendaftar individu atau organisasi yang layak.

Di samping itu, sistem eKasih sendiri telah dilengkapi dengan mekanisme Pendaftaran Terbuka yang membolehkan orang ramai untuk membuat laporan dan pendaftaran ketua keluarga, ahli keluarga, keluarga, atau isi rumah (telah didaftarkan) bagi membolehkan mereka mengambil langkah seterusnya daripada ICU JPM. Sekiranya mereka layak dan menepati terma dan syarat, isi rumah akan dimasukkan ke dalam eKasih.

Senarai semakan dan pendaftaran

Senarai semakan dan pendaftaran nama biasanya boleh dilakukan dengan menghubungi ICU JPM, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Wilayah Persekutuan dan memberikan maklumat seperti nama, nombor kad identiti, nombor telefon, atau alamat e-mel atau alamat tempat tinggal yang boleh dihubungi.

Jenis akses yang boleh dikategorikan ke dua jenis. Pertama adalah akses orang ramai dan kedua adalah akses bagi pengguna yang berdaftar. Akses untuk pengguna berdaftar memerlukan mereka untuk mempunyai kad identiti, dan akses bagi orang ramai tidak memerlukan kad identiti.

Penguntukan kad identiti untuk pengguna berdaftar adalah terhad kepada pegawai, staf dalam kementerian, atau agensi yang terlibat dalam program pengurangan kemiskinan, dan Ahli Mesyuarat Kumpulan Fokus sahaja. Orang ramai tidak akan diberikan kad identiti ini. Walau bagaimanapun, orang ramai boleh membuat penaksiran untuk membuat pendaftaran terbuka.

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:

  • Membuat semakan status kemiskinan secara online
  • Menyelaraskan maklumat bantuan
  • Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  • Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  • Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
eKasih

Cara-cara daftar eKasih 2021 online?

Anda boleh menyemak panduan mudah daftar permohonan bantuan seperti di bawah ini

  1. Kami sarankan anda pergi kemana-mana cawangan Unit Pembangunan Pejabat daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang boleh anda mohon bantuan ini
  2. Anda juga mempunyai pilihan pergi untuk semakan untuk daftar ekasih online 2021 di unit Pembangunan Pejabat daerah ada di seluruh Malaysia baik di melaka Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Putrajaya Langkawi Kedah Perlis Terengganu Kelantan Johor Negeri Sembilan Sabah Pulau Pinang Penang sarawak Perak Selangor ataupun di Pahang. Nombor telefon untuk anda terus hubungi ada kami kongisikan di bawah ini
  3. Kakitangan mereka akan membantu anda register dan lakukan pendaftaran ekasih
  4. Pastikan dokumen yang mereka mahukan adalah lengkap. Setiap individu dokumen yang kakitangan Pejabat Daerah perlu adalah berbeza-beza
  5. Selepas surat permohonan dihantar, nantikan kedatangan kakitangan pejabat daerah bahagian pembangunan  ke rumah anda untuk mengedahkan permohonan
  6. Samada anda layak atau tidak sebagai penerima bantuan, mereka akan buat penilaian untuk dimasukkan dalam sistem online ini

Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Berikut adalah perkongsian kami berkenaan dengan eKasih, semoga bermanfaat!

SUMBER:

https://www.mysumber.com/e-kasih.html

error: Content is protected !!