Cara memohon kerja melalui emel, memerlukan komunikasi yang formal, ia sangat penting sama seperti ketika anda mengirimkan resume dan cover letter anda kepada bakal majikan. Dengan itu, calon pekerja akan mendapat perhatian daripada pengurus syarikat ketika membuka dan membaca e-mel anda. Sini akan berkongsi cara memohon kerja melalui emel.
E-melkan Resume kepada Majikan
Ikuti Arahan
Peraturan pertama ketika menghantar permohonan melalui e-mel adalah dengan melakukan dan mengikuti syarat-syarat yang telah diteteapkan . Sekiranya senarai meminta anda untuk menghantar resume anda dalam format tertentu atau meminta anda menyimpan resume anda dengan nama tertentu, maka anda harus mengikuti arahan tersebut.
Majikan biasanya akan kurang cenderung untuk mempertimbangkan permohonan pekerjaan yang tidak mengikut arahan penyerahan dengan tepat.
Menulis Subjek E-mail Permohonan Kerja dengan Jelas dan Betul
Subjek email adalah perkara pertama yang majikan akan lihat untuk menentukan sama ada akan membuka email anda ataupun tidak. Pastikan subjek email anda menyatakan tujuan email dengan jelas tersebut agar pihak majikan tidak menyalah anggap email anda sebagai spam, atau sebagainya.
Subjek harus merangkumi tajuk pekerjaan dan nama anda, anda juga harus memastikan bahawa tidak terdapat debarang kesalahan ejaan atau perkataan pada subjek email. Sebagai contoh untuk meletakkan subjek adalah :
- Nama Jawatan – Nama Anda
- Resume Pembantu Tadbir – Nama Anda
- Jawatan Pengarah Komunikasi – Nama Anda
Jadikan Email Anda Mudah dan Ringkas Sahaja
Ketika menghasilkan email, anda harus menggunakan jenis font dan gaya yang mudah. Font yang anda gunakan haruslah mudah untuk dibaca dan tidak menggunakan sebarang font tulisan yang ganjil. Anda harus mengelakkan penggunaan HTML, emotikon, font yang berwarna atau sebarang gambar.
Sertakan Lampiran dan Teks Biasa
Sesetengah majikan tidak menerima lampiran dalam email yang diterima, oleh itu anda perlu meletakkan resume anda ke dalam email sebagai format teks biasa. Namun, sekiranya tidak terdapat arahan yang spesifik untuk mengahantar resume, cara termudah untuk menghantar resume anda adalah sebagai lampiran kerana ia akan mengekalkan kandungan dan format resume anda. Cover letter juga boleh dilampirkan bersama email ataupun ditulis dalam teks biasa.
Pilih Format Fail Resume
Pastikan anda membaca senarai kehendak pekerjaan dengan teliti untuk mendapatkan arahan mengenai format apa yang lebih disukai oleh majikan untuk resume anda. Sekiranya majikan tidak memberikan format yang spesifik, anda boleh mengirimkan resume anda dalam bentuk format dokumen Microsoft Word (.doc atau .docx) atau sebagai dokumen PDF.
Namakan Lampiran Anda
Majikan yang menerima email anda dapat melihat lampiran anda, oleh itu anda harus menamakan lampiran anda dengan nama yang sesuai. Anda boleh menyertakan nama anda dalam tajuk supaya majikan dapat mengetahui hanya dengan sekilas pandang tentang email anda. Sebagai contoh, anda boleh menamakan resume anda dengan “Firstname_Lastname_Resume“.
Jangan gunakan nama generik seperti “Resume” atau “Resume1” atau “Resume 2.” Ini mungkin membuat majikan berfikir bahawa anda tidak cukup peduli dengan pekerjaan untuk menyesuaikan bahan anda secara khusus dengan kedudukannya. Hal ini juga tidak akan membantu majikan untuk mengenali anda.
Sertakan Tandatangan Anda
Di bahagian bawah mesej e-mel, sertakan tandatangan email dengan maklumat kenalan anda untuk memudahkan pengurus menghubungi anda bagi pengambilan pekerja sekiranya diterima.
Perkara yang perlu disertakan dalam e-mel
Berikut adalah elemen penting untuk disertakan dalam e-mel yang diformat dengan betul:
- Baris subjek
- Salam pengenalan
- Jawatan pekerjaan yang dimaksudkan
- Nama sumber yang anda gunakan (jika ada)
- Penerangan mengapa anda calon yang ideal
- Penyataan penutup
- Tandatangan e-mel
Cara Memohon Kerja Melalui Email
Subjek: Permohonan Jawatan Jurutera Awan – Kyle Morley
Jeremy Brown yang dihormati,
Nama saya Kyle Morley dan saya menghubungi anda mengenai kedudukan yang kosong untuk jurutera awam peringkat pertengahan dalam syarikat anda. Saya pertama kali menyedari peluang ini di jobstreet.com dan saya tertarik dengan peluang yang ditawarkan untuk menerapkan pengalaman 7+ tahun saya dalam bidang kejuruteraan awam untuk kejayaan organisasi anda yang berterusan.
Di bawah ini saya sertakan resume dan surat lamaran saya untuk semakan anda.
Saya berharap dapat mendengar maklum balas daripada anda dengan segera.
Yang benar,
Kyle Morley
Jurutera Awam Kyle Morley
012-345-6789
kmorley@email.com
Grand Prairie, TX
Sumber:
https://www.indeed.com/career-advice/finding-a-job/sending-applications
https://www.thebalancecareers.com/how-to-email-a-resume-2063299