Pelbagai cara memutihkan gigi dengan semula jadi. Mari kami kongsikan bersama anda.
Gigi yang cantik tersusun serta putih bersih adalah keinginan setiap orang. Tetapi untuk mendapatkan gigi yang bersih putih bersinar bukanlah mudah. Kita terpaksa berhabis duit untuk membuat rawatan gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali supaya gigi kita sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Namun begitu, terdapat beberapa cara atau petua untuk memutihkan gigi dengan semulajadi.
Berikut merupakan cara memutihkan gigi dengan semulajadi yang boleh dilakukan sendiri di rumah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Serbuk Arang
Serbuk arang adalah salah satu cara yang digunakan untuk memutihkan gigi. Arang perlu ditumbuk sehingga hancur, dan gosok serbuk arang tersebut pada gigi. Jika inginkan lebih mudah, boleh beli arang aktif atau activated charcoal yang banyak dijual terutamanya secara atas talian. Amalkan menggosok gigi dengan serbuk arang akan menjadikan gigi anda semakin putih berseri.
Serbuk Arang + Garam
Arang yang dicampur dengan garam juga boleh memutihkan gigi anda. Caranya anda hanya perlu hancurkan arang tersebut sehingga menjadi serbuk dan masukkan sedikit garam ke dalam serbuk arang tadi. Kacau sehingga sebati. Gunakan campuran serbuk arang dan garam tadi untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Baking Soda
Baking soda antara bahan dirumah anda yang dikatakan boleh memutihkan gigi. Apa yang anda perlu lakukan adalah, ambil satu sudu kecil baking soda dan letakkannya di atas berus gigi anda dan gosok seperti biasa. Namun jangan dilakukan dengan kerap kerana baking soda boleh menghakis lapisan enamel gigi. Cukup cuma dilakukan seminggu sekali sahaja.
Baking Soda + Garam
Menambahkan sedikit garam ke dalam baking soda sebelum diletakkan ke atas berus gigi mampu memutihkan gigi anda. Amalan menggosok gigi dengan baking soda dan garam sangat membantu untuk memutihkan gigi anda kerana Ia akan menghilangkan kotoran kuning yang melekat pada gigi.
Apple Cider Vinegar Atau Cuka Epal
Satu lagi cara putihkan gigi yang boleh dicuba adalah dengan menggunakan cuka epal atau apple cider vinegar. Mula-mula anda sediakan satu sudu cuka epal kemudian larutkan dengan setengah cawan air seleps itu anda berkumur dengan air larutan cuka epal tadi, anda digalakkan untuk lakukan setiap pagi. Pastikan anda larutkan dulu cuka epal sebelum digunakan. Jangan terus berkumur di dalam mulut kerana cuka epal yang pekat boleh menghakis lapisan enamel gigi lalu menyebakan kerosakkan gigi.
Apple Cider Vinegar + Baking Soda
Apple cider vinegar dan baking soda adalah gabungan dua bahan yang sangat berkesan untuk memutihkan gigi. Jika kerap mengunakan cara putihkan gigi ini, pastinya gigi akan menjadi putih berseri. Langkahnya adalah satu sudu kecil cuka epal dicampurkan ke dalam setengah cawan air yang dimasukkan sedikit baking soda. Kemudian, celupkan berus gigi anda ke dalam air tadi dah berus gigi seperti biasa. Air lebihan tadi boleh digunakan untuk berkumur dan amalkan seminggu sekali.
Apple Cider Vinegar + Baking Soda + Serbuk Arang
Ini pula adalah salah satu cara putihkan gigi paling berkesan. Anda perlukan adalah satu sudu kecil cuka epal, sedikit baking soda, dan sedikit serbuk arang. Caranya seperti berikut:
- Masukkan satu sudu kecil cuka epal ke dalam setengah cawan air
- Masukkan baking soda
- Masukkan serbuk arang
- Kacau hingga sebati
- Celupkan berus gigi anda ke dalam air campuran tadi dan gunanya untuk menggosok gigi
- Baki air boleh digunakan untuk berkumur
Perahan Lemon
Perahan Lemon adalah satu bahan yang digunkan untuk memutihkan gigi yang sangat berkesan. Caranya adalah ambil sebiji lemon dan potong kepada hirisan kecil. Gunakan sekeping hirisan kemudian perah airnya. Celupkan berus gigi ke dalam air perahan tadi, dan berus gigi seperti biasa. Lakukan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapat gigi yang bersih dan putih.
Soda Bikarbonat + Perahan Lemon
Bahan yang diperlukan ialah soda bikarbonat dan sedikit perahan lemon. Caranya adalah seperti berikut:
- Masukkan satu sudu kecil soda bikarbonat ke dalam bekas
- Perah sepotong lemon ke dalam bekas yang berisi soda bikarbonat.
- Campur sedikit air dan kacau sehingga sebati. Jangan terlalu cair kerana kepekatan seperti ubat gigi adalah yang terbaik
- Sapukan pada berus gigi dan gosok gigi. Kemudian, biarkan selama 5 minit dan bilas.
Snek Berserat Tinggi
Senek berserat tinggi seperti epal, seleri, lobak merah, dan tomato adalah salah satu cara untuk memutihkan gigi makanan. Anda hanya perlu mengunyah senek tersebut sahaja kerana apabila anda mengunyah makanan tinggi serat dalam bentuk mentah, serat yang ada pada makanan tersebut akan bergesel dengan gigi dan ia membantu membersihkan gigi dengan membuang kesan kuning yang melekat pada gigi. Oleh itu, tukar snek kepada makanan berserat tinggi yang boleh membantu memutihkan gigi serta membantu untuk menjaga bentuk badan supaya kekal langsing.
Kayu Sugi
Mengamalkan memberus gigi dengan kayu sugi merupakan sunnah yang menjadi amalan Rasulullah. Kayu sugi mempunyai sifat antibakteria yang dapat membantu mengawal pembentukan dan aktiviti plak gigi, ianya dapat digunakan dengan berkesan sebagai berus gigi semula jadi untuk membersihkan dan memutihkan gigi.
Berikut adalah bahan dan cara untuk memutihkan gigi yang kami kongsikan kepada anda untuk kali ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.