Now Reading
Cara Merawat Gigitan Pinjal – Hentikan Kegatalan Serta Merta!

Cara Merawat Gigitan Pinjal – Hentikan Kegatalan Serta Merta!

pinjal

Pinjal adalah pepijat kecil. Ia tidak membesar lebih besar daripada hujung pen, dan berwarna coklat muda hingga hitam gelap.

Selain itu, serangga ini juga tidak mempunyai sayap, jadi mereka bergerak dengan melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Mereka juga hampir mustahil untuk dihapuskan tanpa racun perosak.

Simptom Gigitan Pinjal

Gigitan pinjal mempunyai beberapa simptom biasa. Ia sangat gatal, dan setiap gigitan pada kulit boleh menjadi pedih atau menyakitkan. Anda mungkin mengalami gatal-gatal atau ruam pada bahagian yang digigit.

Menggaru terlalu kerap boleh merosakkan kulit dan berpotensi menyebabkan jangkitan bakteria pada bahagian yang terjejas. Elakkan daripada menggaru jika boleh. Serta, pantau gigitan anda jika terdapat tanda-tanda jangkitan, termasuklah lepuh putih atau ruam.

Bagaimana rupanya gigitan ini?

Gigitan pinjal mempunyai ciri tersendiri . Ia kelihatan seperti gumpalan kecil, merah dalam kelompok tiga atau empat atau dalam garis lurus. Benjolan kekal dalam saiznya, tidak seperti gigitan nyamuk.

Anda mungkin melihat lingkaran merah di sekitar pusat gigitan. Tempat yang paling biasa untuk melihat gigitan ini adalah di sekitar kaki atau pergelangan kaki.

Gigitan pinjal juga sering terjadi di bahagian pinggang, ketiak, payudara, pangkal paha, atau lipatan siku dan lutut.

Cara merawat gigitan pinjal

Gigitan pinjal akan hilang tanpa rawatan. Namun, untuk mengelakkan anda daripada digigit, anda harus membuang pinjal itu sendiri. Untuk melegakan simptom pula, berikut adalah antara kaedah rawatan dari rumah hingga pilihan ubat-ubatan yang boleh dilakukan:

  • Basuh gigitan dengan sabun dan air untuk menjaga kebersihan bahagian yang digigit dan mengurangkan risiko jangkitan.
  • Gunakan tea tree oil / losyen calamine / kortison / cuka.
  • Sapukan ubat anti-histamin untuk mengurangkan kegatalan dan mencegah anda daripada menggaru.
  • Cuba elakkan mandian air panas, kerana air suam boleh menyebabkan kulit bertambah gatal. Penurunan suhu badan sebaik sahaja anda keluar daripada bilik air boleh menyebabkan pengeluaran histamin dan menyebabkan kegatalan yang semakin teruk.

Elakkan daripada menggaru kawasan tersebut. Sekiranya anda melihat tanda-tanda jangkitan di tempat gigitan, seperti poket putih atau ruam, berjumpa doktor dengan segera.

Jika anda mengalami pembengkakan, terkoyak, atau keputihan di tempat gigitan, anda mungkin mengalami jangkitan dan perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Cara merawat gigitan pinjal pada bayi

Pinjal di rumah yang menggigit anda atau anjing anda juga boleh menggigit bayi anda. Gigitan pinjal tidaklah berbahaya pada kanak-kanak kecil, tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Gigitan akan kelihatan seperti lebam merah kecil pada kulit bayi anda. Ia juga mungkin berubah menjadi merah, membengkak dan melepuh.

Jadi, bertanyakan pada pakar pediatrik anda tentang cara terbaik untuk merawat gigitan berdasarkan usia anak anda. Rawatan boleh merangkumi:

  • mencuci kawasan gigitan dengan air dan mild soap.
  • sapu krim atau cecair antihistamin pada kulit anak anda untuk menghentikan kegatalan.
  • memotong kuku anak anda untuk mengelakkannya daripada menggaru.

Hubungi pakar pediatrik anda jika bayi anda:

  • menghidap demam.
  • mempunyai kesan gigitan yang membengkak, panas, atau cecair mengalir keluar.
  • mengalami gatal-gatal atau sesak nafas (tanda reaksi alahan).

Petua menghilangkan pinjal

Ada beberapa cara untuk menghilangkan pinjal. Pastikan haiwan peliharaan dan persekitaran rumah mendapat rawatan pembersihan. Pinjal biasanya dapat bertahan lebih daripada 100 hari tanpa sarangnya.

Lakukan langkah berikut:

  • Buang beg habuk daripada pembersih vakum selepas penggunaan.
  • Bersihkan perabot, lantai, papan skirting dan tempat tidur secara berkala.
  • Rawat haiwan kesayangan anda hanya dengan ubat anti-kutu yang disyorkan atau dipreskripsikan sahaja.
  • Mencuci semua tempat tidur (milik anda dan haiwan kesayangan anda) menggunakan air panas, dan mengeringkannya pada suhu panas tertinggi, bagimembunuh pinjal.

Cara lain untuk menghilangkan pinjal daripada rumah anda sepenuhnya adalah anda mungkin perlu menggunakan racun serangga di dalam rumah anda. Ini biasanya memerlukan anda untuk meninggalkan rumah untuk sementara waktu sehinggalah semburan kering.

Perkhidmatan syarikat kawalan perosak dapat membantu anda mendapatkan khidmat terbaik dalam menangani masalah racun perosak.

Sumber:

https://www.medicalnewstoday.com/articles/311941#takeaway

https://www.healthline.com/health/flea-bites#vs.-bedbugs

https://www.insider.com/how-to-treat-flea-bites

error: Content is protected !!