Pada zaman serba celik IT ini, masih ada lagi di antara kita yang tidak tahu cara untuk mendaftar akaun Maybank2u. Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan cara mudah untuk daftar akaun Maybank2u secara online.
Ada yang masih sanggup beratur panjang di kaunter Maybank semata-mata untuk memindahkan duit kepada jurujual ataupun untuk membayar bil. Tahukah anda? Jika anda mempunyai akaun Maybank2u, anda tidak perlu lagi pergi ke bank untuk membayar bil, memindahkan wang dan menyimpan wang di Tabung Haji mahupun ASB. Dengan menggunakan Maybank2u secara online, segalanya jadi mudah kerana semuanya di hujung jari sahaja.
Apa itu Maybank?
Maybank atau nama penuhnya Malayan Banking Berhad merupakan bank terbesar di Malaysia dan telah ditubuhkan sejak tahun 1960 oleh Tan Sri Khoo Teck Puat. Maybank telah menjadi antara 5 bank terbaik di Asia Tenggara dengan jumlah aset mencecah 694 bilion ringgit. Kini, Maybank telah mempunyai lebih dari 2,400 cawangan dan pejabat di 20 buah negara dengan jumlah pekerja seramai 45,000 orang.
Apa itu Maybank2u Online?
Maybank2u adalah aplikasi online bagi akaun bank Maybank. Maybank2u online sangat mudah digunakan berbanding dengan aplikasi perbankan internet dari bank-bank lain kerana aplikasinya yang mesra pengguna dan reka bentuk aplikasinya yang menarik. Sebelum mendaftar akaun Maybank2u secara online, anda mestilah mempunyai akaun Maybank terlebih dahulu.
Cara Daftar Akaun Maybank
Jika anda masih belum mempunyai akaun Maybank, ada perlu pergi ke cawangan Maybank yang berdekatan dengan rumah anda dan bawa sekali kad pengenalan beserta duit deposit sebanyak RM 20. Jika ibu bapa ingin mendaftar akaun Maybank untuk anak-anak yang berumur dalam linkungan 12-18 tahun, bawa MyKid dan juga surat beranak anak-anak anda.
Sekiranya anda ada kekangan untuk pergi mendaftar akaun Maybank di cawangan Maybank berhampiran, anda boleh juga mendaftar akaun Maybank secara online. Anda hanya perlu isi sahaja maklumat yang diperlukan dan akhir sekali tekan butang submit.
Cara Daftar Maybank2u Online
Untuk mendaftar akaun Maybank2u secara online, anda perlu ikuti 13 langkah di bawah.
- Pergi ke laman web https://www.maybank2u.com.my/home/m2u/common/login.do.
- Klik “Register Now”.
- Masukkan 16 digit nombor kad debit dan 6 digit nombor PIN.
- Klik “I agree with the Terms and Conditions” dan kemudian klik “Continue”.
- Isi maklumat yang diperlukan iaitu Username, password dan email address.
- Masukkan 6 digit nombor ATP yang dihantar ke nombor telefon anda.
- Klik “Confirm”.
- Klik “Upload Now” dan pilih satu gambar dari senarai gambar yang diberi. Gambar ini anda perlu ingat untuk login akan datang kerana gambar ini akan menjadi petunjuk bahawa itu adalah akaun anda.
- Klik “Next” dan pilih satu tema daripada mana-mana tema yang diberi.
- Masukkan “Security phrase” yang senang untuk anda ingat. Security phrase akan ditunjukkan setiap kali anda login.
- Pilih “Challenge Question” dan masukkan jawapannya. Jika anda terlupa password pada masa akan datang, challenge question ini akan menjadi penyelamat anda. Pastikan anda catat dalam buku untuk rujukan akan datang.
- Seterusnya, klik “Submit”.
- Klik “Done”.
Tahniah! Anda telah pun berjaya mendaftar akaun Maybank2u secara online. Kini anda tidak perlu lagi pergi ke bank semata-mata untuk memindahkan wang. Segala urusan pembayaran bil air, bil elektrik, bil telefon, bil Astro, pembayaran PTPTN, pembayaran zakat, pemindahan wang dan menyemak baki semuanya boleh dilakukan di hujung jari sahaja menggunakan aplikasi Maybank2u.
Rujukan :
- https://www.maybank.com/en/about-us/who-we-are/overview.page?
- https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/accounts/savings/basic_savings_account.page?
- https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/opennewaccount/m2uOpenNewMaybankAccount.do
- https://youtu.be/p1EENLjiVxQ
- https://www.ceriasihat.com/cara-cara-mendapatkan-penyata-bank-melalui-maybank2u/