Now Reading
Cara Mudah Mendaftar AliPay Malaysia

Cara Mudah Mendaftar AliPay Malaysia

Alipay Malaysia

Alipay Malaysia adalah perkhidmatan e-wallet yang juga dapat digunakan di berbagai negara lain di dunia termasuk di Malaysia. Alipay berasal dari China. Jika anda sering melancong ke China, anda pasti tahu aplikasi adalah perkhidmatan e-wallet yang terkenal di sana yang diasaskan oleh pengasas Alibaba iaitu Jack Ma. Mari ketahui cara menggunakan Alipay Malaysia.

Jika anda ingin mencuba perkhidmatan e-wallet selain daripada Boost, Touch N Go dan Grab Pay, anda boleh mendaftar AliPay menggunakan laman web atau menggunakan aplikasi Alipay yang boleh anda muat turun ke dalam telefon pintar anda.

Di sini, saya akan terangkan cara-cara untuk mendaftar menggunakan aplikasi. Jangan risau, pendaftarannya sangat mudah dan cepat.

Alipay releases annual individual user spending data · TechNode

Kelebihan Menggunakan Alipay

1. Selamat

Semasa anda menggunakan Alipay, tidak perlu membawa kad ATM ke mana sahaja atau sejumlah besar wang tunai. Gunakan kod pin untuk mengesahkan setiap transaksi. Dan jika anda mempunyai telefon pintar dengan ciri ID sentuh, anda juga dapat menggunakan cap jari anda untuk mengesahkan transaksi.

2. Cepat dan Mudah

Untuk membuat pembayaran dalam talian, masukkan kod pin anda. Tiidak perlu mengisi maklumat peribadi dan butiran kad untuk setiap transaksi.

3. Menyeluruh

Alipay dapat digunakan untuk membayar hampir apa saja, seperti yang disebutkan di atas.

4. Pemindahan Wang Pantas

Alipay dapat dengan mudah menerima kiriman wang dari luar negara dan ianya sekejap sahaja. Di negara asal mereka, berjuta-juta transaksi diproses menggunakan Alipay setiap hari. Aplikasi ini sememangnya cukup popular dan hebat tetapi sayangnya, pada masa ini hanya warganegara China yang dapat menggunakannya.

Cara Daftar Dengan Menggunakan Aplikasi

1. Pertama sekali, anda perlu memuat turun aplikasi Alipay di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk IOS.

2. Sila buka aplikasi tersebut. Memandangkan aplikasi ini adalah untuk kegunaan China, maka aplikasi ini menggunakan bahasa Cina.

3. Setelah anda tiba di paparan utama, tekan butang berwarna yang tertera perkataan Sign Up.

4. Pilih Malaysia sebagai kawasan akaun dan secara automatik akan keluar +60. Pada ruangan Enter phone number, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi pada ruangan yang disediakan. Jangan mulakan dengan angka 0.

5. Kemudian, tekan butang bewarna biru yang tertera perkataan Sign Up.

6. Anda akan mendapat kod verifikasi empat angka secara SMS. Pada ruangan untuk Enter Code, masukkan kod tersebut.

7. Seterusnya, akan tertera pop-up box, yang bertanya sama ada anda ingin menggunakan aplikasi Alipay versi antarabangsa.

8. Sila Tekan butang YES untuk menggunakan aplikasi Alipay versi antarabangsa. Jika anda tekan NO, anda perlu klik Me > Settings > Region. Di bahagian Region, pilih Malaysia.

9. Kemudian anda akan dibawa terus ke halaman utama. Pada bahagian bawah skrin, tekan butang Me. Pilih Account and Security di bahagian Settings.

10. Dalam pilihan pengesahan nama sebenar, klik butang Real-name verification. Kemudian, klik butang Verify Now.

11. Selepas itu, isi pengenalan diri anda seperti nama penuh, nombor passport, tarikh lahir, tarikh tamat tempoh passport.

12. Diingatkan bahawa aplikasi ini adalah berasal dari China. Oleh itu, aplikasi ini tidak akan membaca nombor MyKad anda. Bagi anda yang bukan warganegara China, perlu menggunakan nombor passport untuk menggunakan Alipay.

13. Oleh itu, klik NFC Passport & Face Verification. Tekan Start Verification untuk mengesahkan passport anda dengan mengesan cip passport di bahagian depan passport.

14. Imbasan Berjaya apabila aplikasi ini mengesan cip passport yang sah.

15. Kemudian, anda perlu mengimbas wajah anda menggunakan kamera telefon anda.

16. Apabila selesai mengimbas wajah, klik Verfication Center. Klik untuk melengkapkan maklumat seperti alamat, jantina, pekerjaan, dan lain-lain.

17. Selepas itu, klik Foto ID untuk mengambil gambar atau mengambil gambar dari album telefon.

18. Apabila akaun anda tertera perkataan Verified, ini bermakna yang akaun Alipay anda sudah Berjaya disahkan.

Selamat mencuba! Semoga ianya bermanfaat.

SUMBER:

https://Cara Daftar Alipay Malaysia

https://boxku.com.my/ms/blog/how-to-register-alipay.html

error: Content is protected !!