Resepi mee kuah akan menjadi topik bualan kita pada kali ini. Untuk makluman, asal masakan melayu banyak dipengaruhi oleh negeri lain seperti Singapura, Indonesia dan Brunei.
Mee kuah ialah masakan bersup Malaysia yang pedas dan diperbuat daripada mi dan dihidang dengan kuah pedas. Walaupun terdapat spekulasi dan ada yang menuntut asal juadah ini daripada kebanyakan kawasan di Asia Tenggara, asal-usul mee kuah masih lagi tidak diketahui.
Terdapat persamaan di antara mee kuah dan mee jawa, lalu tercetusnya idea bahawa juadah ini berasal dari kepulauan Jawa Indonesia. Bagaimanapun, ada juga yang mengatakan ia datang dari kawasan timur laut Semenanjung Barat Malaysia.
RESEPI MEE KUAH ASLI
Bahan-bahan:
- 1 paket mi kuning
- Daging ayam (boleh juga tambah udang, sotong atau protein lain)
- Sayur sawi
- Sedikit taugeh
- 3 hingga 4 sudu besar sos tiram
- 3 hingga 4 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar cili kisar
- 3 hingga 4 sudu besar kicap manis
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar gula
- Air secukupnya
- 1 biji telur (pilihan)
Cara-cara:
- Ketuk bawang putih dan tumis di dalam kuali. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili dan sos tiram. Kemudian, tuangkan sedikit air, lebih kurang 1 & 1/2 hingga 2 cawan sebagai permulaan. Sebaiknya anda ada kuah yang pekat yang boleh diperbaiki kemudian.
- Bila sudah mendidih, masukkan ayam dan protein serta kicap manis. Biarkan mendidih.
- Sekarang, pecahkan sebiji telur ke dalam periuk. Apabila ia mula masak, masukkan mi kuning, sayur sawi dan taugeh. Gaul sebati dan siap untuk dihidang.
Tips:
- Anda boleh masukkan gula bila kuah sudah hampir masak, sedikit demi sedikit untuk dapatkan rasa yang ideal.
- Untuk mendapatkan kuah yang lebih pekat, tambah lagi sos tiram dan sos cili selepas anda menambah gula. Jangan lupa seimbangkan rasa ya!
- Kalau anda mahu campur mi kuning dengan bihun, celur dahulu bihun di dalam air panas, tos dan hidang bihun diikuti dengan mee kuah tadi.
RESEPI MEE KICAP
Bahan-bahan:
- Mi wantan atau mi kering
- Bawang putih (ditumbuk halus)
- Lada sulah
- Minyak bijan
- Kicap pekat
- Gula dan garam
- Tepung jagung
- Pak choy atau brokoli (dicelur dalam air panas)
- Mi kering dan pak choy dicelur beberapa minit di dalam air panas
- Isi ayam (diperap bersama kicap masin dan lada sulah. Kemudian, goreng isi ayam tersebut)
- Bawang goreng
Cara-cara:
- Tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan beberapa titis minyak bijan, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat.
- Perasakan mee kuah kicap anda dengan gula, garam secukup rasa.
- Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Masak sehingga mendidih. Matikan api dan hidang.
Cara menghidang:
- Hidangkan mee yang sudah ditoskan ke dalam mangkuk menghidang.
- Gaul rasa mee kuah kicap anda ke dalam mangkuk.
- Hidangkan bersama ayam goreng yang telah dipotong nipis serta sayuran ditepi.
- Akhir sekali, tuang sedikit kuah ke atas mee, hiaskan dengan daun bawang dan sudah boleh dihidang.
RESEPI MEE KUAH TULANG
Bahan-bahan A:
- 1 paket mee kuning (dicelur di dalam air panas)
- 1/2 kg tulang + daging lembu
- 1 mangkuk kacang merah atau kacang panggang (dikisar)
- 1 biji bawang merah besar (dikisar)
- 2 ulas bawang putih
- 3 sudu besar cili giling
- 1 mangkuk udang kering (dikisar)
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 senduk kuah kacang
- Garam
- Gula Melaka
Bahan-bahan B:
- Tauhu goreng
- Bawang goreng
- Telur rebus
- Daun sup atau daun bawang
- Cili merah
- Sayur sawi (dicelur)
Cara-cara:
- Rebus tulang dan daging lembu. Buang lemak berlebihan dan bebuih kelabu yang terapung. Setelah daging lembut, keluarkan tulang dan carik daging dari tulang. Masukkan kembali tulang ke dalam air rebusan. Carik halus daging atau potong nipis dan ketepikan.
- Masukkan kacang merah yang dikisar, bawang kisar, bawang putih dikisar dan udang kering. Gaul sehingga sebati.
- Anda boleh masukkan sos cili, sos tiram dan gula Melaka secukup rasa.
- Biarkan mendidih dan kuah telah siap dan boleh dihidang.
Cara menghidang:
- Hidangkan mee kuning yang telah dicelur ke atas mangkuk hidangkan bersama daging. Tuangkan kuah tulang dan hiaskan dengan bahan-bahan lain.
- Hidangan ini sudah boleh dinikmati.
Nota-nota:
- Untuk menghilangkan bau kapur daripada mee kuning anda, anda perlu celur mee tersebut ke dalam air panas buat beberapa ketika dan basuh dengan air paip.
- Ada juga tips yang menggunakan gula dan meratakannya kepada mee kuning sebelum mee dicelur selama 30 minit dan ditoskan dengan air bersih.
Setiap teknik masakan dan bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan Melayu mempunyai aroma dan rasa yang unik, di mana kesemua elemen tersebut dipengaruhi oleh penempatan dan pengaruh penjajah.
Masakan Melayu bersama berbanding dari etnik lain disebabkan oleh bahan-bahannya. Sangat penting untuk memelihara masakan Melayu agar dapat terus disampaikan kemahiran memasak masakan Melayu kepada generasi akan datang.
Mee kuah sememangnya adalah juadah berkuah yang enak dimakan panas. Nikmati juadah ini di kala hujan turun, kombinasi yang sangat tepat. Mari tengok beberapa resepi lain yang telah kami sediakan khas buat anda. Duduk di rumah dan jaga diri.
SUMBER:
https://www.196flavors.com/malaysia-mee-rebus-mie-kuah
https://www.mstar.com.my/xpose/resipi/2020/02/27/mee-kicap
https://thedapurdiary.wordpress.com/2020/05/04/resipi-mi-kuah-tulang-utara/