Siapa saja yang tidak mengenali restoran makanan segera yang satu ini, Mcdonald. Masakan tidak? Iklannya yang mengiurkan sering terpapar di TV, ataupun anda sedang tengok youtube tiba-tiba muncul iklan dari mcd bukan? Tahu tak mcd telah lama wujudkan mcdelivery? Apa itu mcdelivery?
Tapi sebelum tu kami nak tanya anda sudah berapa kali keluar masuk McD? Banyak kali? Ataupun boleh dikira pakai jari? Sebab apa jarang masuk? McD mahal? Ataupun insecure kalau orang lain nampak kita beli set basic mcd je? Kenapa nak malu, sebab percayalah orang lain yang keluar masuk mcD tu pun seperti anda jugak. Kebanyakan golongan b40, masakan tidak, harga makanan dekat mcD tu tidaklah mahal mana dan tidak murah mana, maksudnya set makanan yang anda beli dekat kedai mcd tu berbaloi dengan harganya. Betul tak?
Jika anda masih malu-malu lagi untuk masuk mcd jangan risau, sebab kami akan kongsikan cara membeli atau order makanan di McD secara online atau dikenali sebagai Mcdelivery. Secara ringkasnya, Mcdelivery ialah aplikasi perkhidmatan dari mcdonald yang menghantar makanan ke rumah pelanggan.
Cara order mcd melalui app Mcdelivery.
- Pertama yang anda perlu buat ialah muat turun aplikasi app McDelivery Malaysia di Playstore untuk Android atau App Store untuk iOS
- Tekan pilihan butang “Order Now”
- Masukkan alamat rumah anda dimana tempat anda berada sekarang ia adalah bagi tujuan penghantaran.
- Tekan pilihan butang “McD”
- Kemudian pilih jenis pembayaran (Cash on Delivery atau Credit Card/Debit Card)
- Selesai, tekan “Confirm Order”
- Tunggu pesanan Anda tiba di rumah atau pejabat anda seperti yang anda ingin semasa memilih alamat tadi
Malas untuk muat turun Aplikasi Mcdelivery?
Sini kami kongsikan cara pesan/order melalui laman web mereka.
Cara pesan Mcdelivery melalui web
- Masuk laman rasmi mereka ataupun klik pada link ini https://www.mcdelivery.com.my/my
- Klik pilihan butang “Pesan Sekarang”
- Sila daftar atau buat akaun baru
- Masukkan alamat rumah/pejabat atau tempat semasa anda sekarang alamat ialah tujuan penghantaran
- Tekan butang pilihan “McD”
- Pilih jenis pembayaran (Cash on Delivery atau Credit Card/Debit Card)
- Jika selesai, tekan “Confirm Order”
- Sekarang anda hanya perlu menunggu pesanan anda tiba sahaja.
Nota: caj penghataran akan dikenakan termasuk gst.
Soalan lazim mengenai Mcdelivery
Q1: Bagaimana cara menambah alamat baru ke akaun saya?
A: Alamat baru boleh ditambahkan di bahagian “Buku Alamat Saya” pada menu “Akaun Saya”, atau klik “Tambah Alamat” pada awal pesanan anda.
Q2: Bagaimana saya menukar alamat penghantaran saya?
A: Alamat pengiriman yang tersimpan dapat diubah dengan mengklik “Ubah / Tambahkan Alamat”, Anda dapat menambahkan hingga maksimum 5 alamat. Sekiranya anda memerlukan alamat tambahan, hapus satu.
Q3: Bolehkah alamat e-mel di akaun saya ditukar?
A: Maaf, buat masa ini tidak mungkin. Sila daftarkan alamat e-mel baru dan mula membuat pesanan.
Q4: Saya lupa kata laluan saya, bagaimana saya menetapkan semula kata laluan saya?
A: Klik “Lupa Kata Laluan” di sudut kanan atas skrin anda. Masukkan alamat e-mel yang anda daftarkan dan arahan selanjutnya akan dihantar melalui e-mel kepada anda
Q5: Sekiranya ahli keluarga saya membuat pesanan dalam talian, bolehkah kami menggunakan akaun yang sama?
A: Ya, anda boleh menggunakan akaun yang sama. Namun, untuk keselamatan dan keamanan, kami mengesyorkan agar setiap ahli mempunyai akaun yang berbeza. Tidak ada bayaran untuk membuka akaun baru.
Q6: Adakah menu McDelivery sama dengan menu di restoran McDonald?
A: Kecuali untuk menu yang tidak boleh dihantar, kebanyakan menu yang disajikan di restoran tersedia melalui perkhidmatan McDelivery. Anda boleh melihat menu McDelivery mereka dengan mengklik “Lihat Menu”.
Q7: Kaedah pembayaran apa yang dapat dibuat untuk membuat pesanan melalui web?
A: Pada masa ini, McDelivery hanya dapat menerima pembayaran secara tunai atau kad kredit.
Q8: Saya mempunyai kupon promosi McDonald, bagaimana saya menggunakannya?
A: Maaf, kupon promosi pada masa ini tidak sah untuk perkhidmatan penghantaran(delivery). Kupon promosi boleh ditebus terus di restoran mereka, tertakluk kepada Terma dan Syarat.
Q9: Bagaimana saya boleh membuat pesanan untuk nanti?
A: Klik “Pesan Kemudian” dan pilih alamat dan masa penghantaran. Pilih menu yang diingini dan klik “Selesai” apabila anda selesai. Sekiranya anda tidak log masuk, anda perlu log masuk terlebih dahulu.
Sekiranya anda telah membaca keseluruhan artikel, selepas ini anda bolehlah membuat pesanan dengan Mcdelivery. Jadi anda tidak perlu beratur ramai-ramai di McD, hanya melalui jari anda hidangan McDonald anda akan tiba. Semoga bermanfaat!
SUMBER: