Now Reading
Cara Renew Lesen di Pejabat Pos Malaysia Berhad

Cara Renew Lesen di Pejabat Pos Malaysia Berhad

renew lesen di pejabat pos

Renew lesen di pejabat pos telah diperkenalkan sejak tahun 2016 lagi. Ia boleh dilakukan diseluruh pejabat Pos seluruh Malaysia. Untuk lebih mudah, anda boleh melakukannya secara online.

Disini kami akan menunjukkan cara renew lesen anda di pejabat Pos Malaysia Berhad berdekatan anda. Urusan renew lesen anda juga boleh dilakukan di beberapa lokasi berikut. Antaranya ialah: .

  • Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri /Cawangan
  • Pusat Urban Transformation Centre (UTC)
  • Pejabat Pos Malaysia Berhad
Urusan pembaharuan LKM di Pejabat Pos dihentikan buat sementara waktu |  Careta

Sebelum anda ke pejabat pos, pastikan segala dokumen lengkap supaya anda tidak perlu pulang ke rumah semula. Antara dokumen yang perlu anda bawa ialah:

  • MyKad atau Pasport yang asal, ataupun salinan MyKad atau Pasport sekiranya wakil melakukannya untuk anda.
  • MyKad atau Pasport asal milik wakil anda.
  • Lesen memandu asal dan salinan milik anda.
  • Dokumen pengenalan asal milik wakil.
  • 1 gambar warna yang berlatarkan belakang putih dan berukuran 25mm x 32mm atau mengambil gambar baru di kaunter atau menggunakan gambar anda yang terdapat di MyKad.
  •  Untuk warga asing sahaja, mereka perlu memegang pasport yang masih berkuat kuasa

Bayaran Untuk Renew Lesen

Bagi yang telah lupa harga bayaran lesen ini, disini kami sertakan sekali harganya.

  • Kelas A/A1: Bayaran RM2.00/tahun
  • Kelas B2, B & C: Bayaran RM20.00/tahun
  • Kelas D & ke atas: Bayaran RM30.00/tahun (Warganegara)
  • Semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara): Bayaran RM120.00 / tahun
  • Lesen LDL – Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.

* Terdapat RM2.00 caj servis dari Poslaju

Sila rujuk dibawah, jika anda telah lupa maksud kelas-kelas diatas:

  • Kelas A –Kenderaan Orang Cacat (Motorsikal) BTM tidak melebihi 450kg
  • Kelas A1 – Kenderaan Orang Cacat (Motokar) BTM tidak melebihi 3500kg
  • Kelas B –Motorsikal melebihi 500 cc (Motorsikal besar)
  • Kelas B2 – Motorsikal tidak melebihi 250 cc (Motor kapcai)
  • Kelas C –Motorsikal Tiga Roda (Kenderaan Menjual Aiskrim atau Roti)
  • Kelas D –Motokar BTM (Berat Tanpa Muatan) Tidak Melebihi 3500kg
  • Kelas DA – Motokar Tanpa Pedal Klac BTM tidak melebihi 3500 kg
  • Kelas E –Motokar Berat BTM melebihi 7500kg
  • Kelas E1 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 7500kg
  • Kelas E2 –Motokar Berat BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas F –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Beroda) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas G –Traktor/Jentera Bergerak Ringan (Berantai) BTM tidak melebihi 5000kg
  • Kelas H –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Beroda) BTM melebihi 5000kg
  • Kelas I –Traktor/Jentera Bergerak Berat (Berantai) BTM melebihi 5000kg

Cara – Cara Untuk Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Malaysia Berhad

  • Sila ke mana-mana pejabat pos yang terdekat dengan anda. Sila layari link laman web ini untuk mengetahuI pejabat pos terdekat https://www.pos.com.my/personal/financial-services/pos-outlet-finder
  • Sila ambil nombor giliran setelah tiba di kaunter pejabat pos dan tunggu sehingga nombor giliran anda tiba.
  • Setibanya giliran anda, maklumkan kepada pegawai di kaunter bahawa anda ingin memperbaharui lesen CDL anda.
  • Sila maklumkan tempoh perbaharui lesen anda. Untuk makluman, maksimum adalah untuk 5 tahun sahaja. Harga adalah berbeza untuk setiap 1 tahun bagi setiap kelas lesen.
  • Untuk yang bukan warganegara, bayaran sebanyak RM120 dikenakan untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H dan I.
  • Kemudian, serahkan kad pengenalan atau pasport anda. Serahkan juga lesen memandu anda, sama ada yang asal atau salinan.
  • Serahkan sekeping gambar anda berlatar belakang putih dan berukuran 25mm x 32mm. Jika anda ingin mengambil gambar baru di kaunter, sila maklumkan kepada pegawai bertugas di kaunter.
  • Kemudian, bayar caj untuk memperbaharui lesen mengikut kelas lesen anda seperti yang dinyatakan di nombor (4).
  • Sila tunggu sehingga kad lesen memandu anda siap.
Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos: Harga & Dokumen Perlu Dibawa

Sekiranya wakil melakukan proses memperbaharui lesen untuk anda, wakil perlu serahkan kad pengenalan atau pasport yang asal atau salinan kad pengenalan atau pasport. Wakil juga perlu serahkan kad pengenalannya yang asal berserta dengan dokumen pengenalan dirinya yang asal. Semoga bermanfaat!

SUMBER

https://therohani.com/cara-renew-lesen-pejabat-pos/

https://ecentral.my/renew-lesen-di-pejabat-pos-memandu/

error: Content is protected !!