Now Reading
Cara Semak Permohonan BSH Bujang/BPR 2021

Cara Semak Permohonan BSH Bujang/BPR 2021

bsh bujang

BSH bujang ataupun Bantuan Sara Hidup bujang atau isi rumah pada tahun 2021, telah ditukarkan kepada Bantuan Prihatin Rakyat sejak pembentangan Belanjawan 2020. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin untuk Bantuan PKP 3.0. BPR akan ditambah bagi penerima yang layak.

Bantuan ini diberi secara berperingkat. Bantuan fasa 1 telah diagihkan sejak bulan Februari 2021, bantuan ini telah banyak membantu ramai penerima. Ianya dapat mengurangkan beban kewangan setiap keluarga dan individu.

Kategori Yang Layak Mendapat BPR 2021

Kategori kelayakan bagi permohonan BPR 2021 adalah seperti berikut:

1. Isi Rumah

  1. Kahwin
  2. Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  3. Bujang [termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU)] berumur 60tahun dan ke atas

2. Bujang

  • Bujang atau Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur: 21 tahun hingga 59 tahun; atau 18 tahun hingga 59 tahun bagi kategori OKU

Kriteria Kelayakan BPR 2021

Pemohon BPR 2021 perlulah memenuhi kelayakan mengikut kategori seperti berikut

Isi Rumah

1. Pemohon

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja.
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

2. Pasangan

  • Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
  • Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR / MyKAS)

3. Anak (jika mempunyai anak)

  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja, anak tiri tidak dibenarkan.
  • Warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid) sahaja; dan
  • Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan; dan
  • Had umur:
  • 17 tahun dan ke bawah; atau
  • 18 tahun dan ke atas bagi pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta

Bujang

  • Warganegara Malaysia (MyKad) yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah
  • Lelaki atau wanita yang berumur: 21 tahun hingga 59 tahun atau 18 tahun sehingga 59 tahun bagi ketegori OKU

Perlukah penerima BSH, BPN dan BPN 2.0 Mendaftar BPR Lagi Sekali?

Jika anda pernah menerima bantuah seperti BSH dan BPN, anda tidak perlu lagi membuat pendaftaran untuk BPR.

Bagi yang layak, untuk terima Bantuan Prihatin Rakyat 2021 yang terbaru ini, anda hanya perlu mengemaskini maklumat anda. Ini adalah untuk memastikan data dan maklumat peribadi anda adalah yang terkini agar mudah diproses oleh pihak LHDN.

Contoh perkara yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Jika dulu bujang, sekarang berkahwin, anda perlu kemaskini. Kenapa? Ini kerana amaun bantuan sudah tidak sama.
  • Jika dulu sudah berkahwin dan belum ada anak, manakala sekarang sudah ada anak, anda perlu buat kemaskini.
  • Jika dulu anak 1, sekarang anak 2; anda juga perlu membuat kemaskini.
  • Dulu nombor telefon lain, sekarang nombor telefon lain
  • Dulu nombor akaun bank lain, sekarang nombor akaun bank lain

Jumlah Bantuan BPR Jun 2021

  • Kategori isi rumah pendapatan bawah RM2500 – BPR tambahan sebanyak RM500
  • Kategori isi rumah pendapatan RM2501 – RM5000 – BPR tambahan sebanyak RM300
  • Bujang – BPR tambahan RM100

Pembayaran dijangka akan mula dibayar kepada penerima pada hujung bulan Jun 2021.

Untuk makluman, penerima bayaran BPR Fasa Pertama telah menerima jumlah bayaran berikut:

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Kategori Bujang: RM150

Bagi yang masih belum menerima bayaran BPR Fasa Pertama tempoh hari, anda boleh membuat panggilan terus ke LHDN.

Cara Mendaftar BPR 2021 Secara Online

  1. Layari portal rasmi BPR: bpr.hasil.gov.my
  2. Anda akan tiba ke laman utama bpr.hasil.gov.my Log Masuk
  3. Masukkan No MyKad
  4. Tekan butang Semak
  5. Jika anda masih belum mendaftar BPR, akan keluar ralat ini “ID pengenalan anda belum didaftarkan. Sila ke halaman Daftar Akaun untuk mendaftar”
  6. Klik Daftar Akaun
  7. Anda akan dipaparkan dengan beberapa Soalan Keselamatan untuk memastikan anda adalah pemilik akaun yang sah
  8. Sila jawab semua soalan yang diberikan
  9. Antara Soalan Keselamatan tersebut ialah:
    • Soalan pertama: Apakah poskod yang telah didaftarkan?
    • Soalan kedua: Apakah nombor pengenalan pasangan anda yang telah didaftarkan?
  10. Jika soalan tidak berkaitan dengan permohonan, sila masukkan TIADA
  11. Selepas menjawab dua (2) Soalan Keselamatan ini, anda boleh teruskan proses dan cara daftar BPR
  12. Di bahagian PENDAFTARAN BPR, sila semak dan masukkan maklumat berikut:
    • Nama
    • No Pengenalan
    • Kata Kunci Keselamatan
  13. Untuk Kata Kunci Keselamatan, masukkan apa-apa sahaja kata kunci yang mudah untuk anda kenal atau identify apabila masuk login BPR nanti. Ini bukan Kata Laluan atau password.
  14. Seterusnya, anda perlu menjawab lima (5) soalan lagi yang akan diberikan
  15. Antara soalan tersebut ialah:
    • Apakah tahun kelahiran ayah anda?
    • Apakah tahun kelahiran ibu anda?
    • Apakah warna kegemaran anda?
    • Apakah haiwan kegemaran anda?
    • Apakah lagu kegemaran anda?
    • Apakah buku kegemaran anda?
    • Apakah nama panggilan anda ketika kecil?
    • Apakah sukan kegemaran anda?
    • Apakah buah kegemaran anda?
  16. Soalan dan jawapan ini penting apabila anda mahu reset password jika terlupa. Jadi, jangan main-main di bahagian ini.
  17. Sila screenshot dan simpan untuk rujukan akan datang
  18. Tekan butang Teruskan
  19. Sekarang, masukkan Kata Laluan
  20. Untuk kekuatan password yang tinggi, masukkan gabungan huruf kecil, huruf besar, nombor dan simbol; sehingga indikator di bawah itu bertukar menjadi hijau
  21. Seterusnya, tekan butang Daftar
  22. Akan keluar makluman “Akaun telah berjaya didaftarkan. Sila ke halaman Log Masuk untuk ke menu BPR”
  23. Pendaftaran BPR anda kini sudah berjaya

Sila Log Masuk BPR untuk mula buat permohonan BPR atau kemaskini BPR 2021 anda dengan maklumat terkini.

Semakan Status BPR Tambahan

i. Untuk membuat semakan status, anda boleh layari : https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semakan . Anda akan dibawa kepada laman untuk login. Masukkan password anda.

Jika ada sebarang masalah, anda boleh hubungi nombor dibawah

  • Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00petang); atau
  • Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi –5.00 petang); atau
  • Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Soalan Yang Sering Ditanya (FAQ)

  • Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan DALAM PROSES PENGKREDITAN?


DALAM PROSES PENGKREDITAN adalah merujuk kepada pembayaran BPR 2021 dalam proses pengkreditan ke akaun bank. Anda boleh membuat semakan pada penyata akaun bank penerima mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

  • Saya telah membuat semakan dan maklumat pembayaran yang dipaparkan pada Status Kredit adalah Gagal Kredit. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Bayaran BPR 2021 berkenaan?


Sekiranya Status Kredit yang dipaparkan adalah Gagal Kredit, penunaian boleh dibuat oleh pemohon di kaunter BSN dengan membawa MyKad mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan status permohonan PEMBAYARAN SECARA TUNAI?


PEMBAYARAN SECARA TUNAI adalah merujuk kepada pembayaran BPR 2021 secara tunai di Kaunter BSN. Anda boleh hadir untuk penunaian BPR 2021 di Kaunter BSN mengikut tarikh pembayaran yang telah ditetapkan.

  • Saya telah menerima SMS yang memaklumkan status Permohonan BPR 2021 tidak lulus. Bagaimanakah saya boleh mengetahui maklumat lanjut tidak lulus berkenaan?


Keterangan Kod Tidak lulus akan dipaparkan pada semakan status berkenaan.

  • Saya adalah penerima Geran Khas Prihatin. Adakah saya layak untuk menerima BPR 2021?


Pemohon atau pasangan yang telah menerima Geran Khas Prihatin tidak layak untuk menerima BPR 2021.

  • Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan TIDAK LAYAK?


Sila hubungi cawangan LHDNM berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

  • Permohonan BPR 2021 saya berstatus TIDAK LULUS. Bilakah tempoh untuk permohonan Rayuan BPR 2021?


Rayuan BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk pada pindaan).

  • Permohonan BPR 2021 saya berstatus TIDAK LULUS kerana telah menerima Geran Khas Prihatin. Saya telah membuat pemulangan Geran Khas Prihatin kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Adakah saya layak untuk membuat rayuan dan menerima BPR 2021?


Pemulangan semula Geran Khas Prihatin [GKP 1.0 / GKP 2.0 / GKP Tambahan (Permai)] yang dibuat kepada Kementerian Kewangan Malaysia sehingga 31 Mei 2021 layak untuk membuat Rayuan BPR 2021 dan semakan semula akan dibuat berdasarkan kelayakan BPR 2021 yang telah ditetapkan bagi penentuan kelulusan.

SUMBER:

https://mypt3.com/semakan-bantuan-sara-hidup

https://bpr.hasil.gov.my/Download/book/Brochure%20BPR.pdf

https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)SemakanStatus.pdf

error: Content is protected !!