Bagi golongan yang ingin membuat penstrukturan semula kewangan ekoran kesan kemerosotan ekonomi akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia, anda mungkin akan terfikir untuk terminate ASB Loan yang anda buat sebelum ini bagi menolong anda dari segi kewangan untuk menampung kehidupan harian yang semakin sukar ini.
Seperti yang sedia maklum, ini bukanlah langkah yang terbaik, tetapi jika keadaan mendesak anda diberi pilihan untuk kekalkan atau terminat ASB Loan anda.
Ada tiga bank yang menawarkan ASB Loan iaitu Maybank, RHB dan CIMB, berikut adalah cara tutup ASB loan kepada tiga bank seperti di bawah.
Pinjaman ASB
Pinjaman dan dana ASB terbuka kepada Bumiputera. Anda perlu menyerahkan segala dokumen yang berkenaan untuk membuka akaun ASB. Setelah diluluskan oleh pihak bank, bank akan mengkreditkan elaun pinjaman kepada akaun ASB anda.
Setiap bulan, pelabur (iaitu peminjam) bertanggungjawab untuk membayar semula pinjaman dalam bayaran bulanan. Perlu diingat bahawa sesetengah bank akan mengenakan yuran pengurusan dan dokumentasi apabila memohon pinjaman ASB.
Bagi sesetengah bank, mereka akan mengenakan yuran pengurusan dan dokumentasi apabila memohon pinjaman ASB. Pinjaman ini adalah pinjaman berjangka asas, dan faedah yang dikenakan ke atas pinjaman ASB dikira menggunakan kaedah pengurangan baki (sama seperti yang digunakan oleh Pinjaman Perumahan dan Deposit Tetap). Kebanyakkan pinjaman ASB hari ini menggunakan kadar faedah terapung.
Disebabkan itu, kadar faedah sentiasa berubah mengikut kaedah faedah asas (Base Lending Rate atau BLR). Begitu juga dengan insurans hartanah, anda boleh memilih untuk membeli insurans bagi melindungi pinjaman ASB anda sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal (Permanent Total Diability atau PTD)
Cara Terminate ASB Loan Maybank
Cara terminate pinjaman ASB loan Maybank mudah sahaja, apa yang perlu dilakukan ialah dengan berikut ;
- Pertama, anda perlu membawa kad pengenalan (IC) dan nombor akaun ASB loan anda.
- Selepas itu, pergi ke cawangan Maybank terdekat, dan maklumkan pada pegawai bank bahawa anda ingin terminat ASB loan.
- Kemudian, pegawai bank akan menyemak status akaun anda dan akan memberikan satu borang untuk anda isi.
- Setelah selesai, anda perlu menunggu dalam 2 bulan untuk mendapatkan balik bayaran anda.
Cara Terminate ASB Loan RHB
- Pertama sekali, pastikan anda membawa kad pengenalan (IC) dan pergi ke cawangan RHB terdekat.
- Maklumkan pada pegawai bank bahawa anda ingin terminate ASB loan anda dan mereka akan menyemak status pinjaman anda.
- Sekiranya ASB loan anda kurang dari 36 bulan bayaran, pihak bank tidak menggalakkkan anda untuk terminate kerana denda akan dikenakan. Tetapi jika ia lebih dari 36 bulan, maka anda boleh terminat loan tersebut.
- Selepas itu, pegawai bank akan memberikan satu borang pembatalan ASB untuk diisi.
- Setelah selesai, anda perlu menunggu selama tempoh 2 bulan untuk mendapatkan bayaran anda kembali.
Cara Terminate ASB Loan CIMB
Sebenarnya, kaedah untuk terminate ASB loan untuk kebanyakan bank adalah sama.
- Anda perlu membawa Kad Pengenalan (IC) dan pergi ke cawangan terdekat.
- Maklumkan pada pegawai bank bahawa anda ingin terminate pinjaman ASB anda, dan mereka akan menyemak status pinjaman anda dahulu.
- Seterusnya, pegawai bank akan memberikan satu borang untuk diidi.
- Setelah selesai, anda perlu menunggu selama tempoh 2 bulan sehingga anda mendapatkan kembali bayaran tersebut.
Begitulah cara untuk menutup ASB loan dengan tiga bank berkenaan iaitu Maybank, CIMB dan RHB bank. Anda juga dikehendaki untuk menyemak baki akaun CIMB, Maybank dan RHB secara online untuk melihat wang ASB sudah masuk atau belum dari tempoh permohonan. Jika terdapat sebarang kesulitan, anda disarankan untuk berurusan dengan pihak pegawai bank berkenaan.
Sumber :
https://akaunbank.xyz/terminate-asb-loan/
https://kekandamemey.com/cara-terminate-asb-loan.html
https://therohani.com/cara-terminate-asb-loan-pinjaman/