Now Reading
Cara Topup Celcom Anda Dengan Mudah

Cara Topup Celcom Anda Dengan Mudah

cara topup Celcom

Anda kehabisan kredit? Adakah anda sejenis yang sudah beli topup tapi bingung tentang cara topup Celcom anda? Ataupun anda malas keluar rumah dan ingin topup online sahaja tanpa perlu mengeluarkan peluh untuk beli kad topup Celcom di 7 Eleven?

Jangan risau, mari mari kita belajar cara-cara untuk topup nombor Celom secara online mahupun offline. Sebelum itu, jika anda ingin semak baki, sila dail *124# di kekunci telefon bimbit anda.

Cara topup Celcom menggunakan pin

Pin Celcom yang datang dalam bentuk kad topup mahupun kertas yang dicetak mempunyai kod pin 16 digit. Namun, kad top up ini tidak seperti kertas yang dicetak serta merta on-demand. Ia boleh dibeli di mana mana termasuklah kedai runcit. Namun, cara untuk topup menggunakan kad topup dan kertas yang dicetak mudah sahaja.

  1. Anda boleh mendapatkan pin ini di kedai serbaneka seperti 7Eleven. Ia datang dalam bentuk kad ataupun kertas.

2. Pastikan pin yang anda beli mempunyai kod pin 16 digit dengan nilai yang anda beli seperti RM5, RM10 ataupun RM30.

3. Kemudian, dail *122* beserta kod pin 16 digit dan tekan # di telefon bimbit anda. Contohnya seperti *122*1234567891011123#. Tekan butang call.

4. Setelah berjaya, anda akan menerima SMS menandakan transaksi anda berjaya.

5. Pastikan nilai yang telah dimasukkan adalah sama dengan nilai yang anda beli.

Cara topup Celcom menggunakan SMS

Kad topup mahupun kertas yang dicetak boleh digunakan untuk topup dengan menggunakan SMS.

  1. Anda hanya perlu beli kad topup mengikut nilai yang anda inginkan.

2. Kemudian, taip REC16 <jarak> <masukkan kod pin 16 digit> dan hantar ke 28882.

3. Setelah berjaya, anda akan menerima SMS yang menandakan transaksi anda berjaya.

4. Sila pastikan nilai yang telah dimasukkan adalah sama dengan nilai yang anda beli.

Cara topup Celcom menggunakan aplikasi Celcom Life

Anda boleh topup dengan menggunakan aplikasi Celcom Life di telefon pintar anda. Namun pastikan anda sudah memuat turun aplikasi ini di Playstore bagi pengguna Android dan di App Store bagi pengguna IOS. Pastikan juga anda mempunyai rangkaian internet untuk topup menggunakan cara ini. Cara caranya ialah:

  1. Sekiranya belum mendaftar, sila buat pendaftaran menggunakan Prepaid Self-Registration.

2. Apabila anda sudah mendaftar, anda boleh terus topup dengan hanya klik Get More dan kemudia klik Reload.

3. Masukkan jumlah amaun untuk tambah nilai kredit dan ikuti tatacara selanjutnya sehingga selesai.

4. Setelah selesai, cek baki anda di paparan utama Celcom Life App.

Cara menggunakan transaksi online bank

Jika anda mempunyai perkhidmatan online bank tidak kiralah apa jenis bank sekalipun seperti Bank Islam, Maybank, CIMB Bank dan lain-lain lagi, jadi sangat senang untuk anda topup Celcom anda. Berikut merupakan contoh menggunakan CIMB Clicks.

  1. Log masuk ke akaun bank anda menggunakan ID dan kata laluan yang betul.

2. Klik pada palang 3 itu untuk membuka paparan baru.

3. Klik Top Up.

4. Pada “To”, sila masukkan nombor yang anda ingin tambah nilai.

5. Pada “Product”, sila pilih Celcom.

6. Pada “From” pula, pilih akaun yang ingin digunakan untuk membuat bayaran pembelian topup.

7. Pada “Amount” pilih nilai topup yang anda mahukan. Kemudian, terus tekan topup.

8. Klik “Approve” untuk menyelesaikan transaksi.

Ha, mudahkan? Semoga ianya bermanfaat.

SUMBER:

https://therohani.com/cara-masukkan-topup-celcom-reload/

https://www.celcomcentre.xyz/6-cara-top-up-celcom-online-offline/

https://www.youtube.com/watch?v=4x0u0colZjo

error: Content is protected !!