Now Reading
Cefpodoxime (Jangkitan Bakteria) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Cefpodoxime (Jangkitan Bakteria) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Cefpodoxime

Pengenalan

Cefpodoxime adalah antibiotik cephalosporin. Ia berfungsi dengan menghentikan pembiakan dan melawan bakteria di dalam badan anda.

Kegunaan Cefpodoxime

Ubat cefpodoxime ini digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria. Antibiotik ini hanya digunakan untuk merawat jangkitan bakteria. Ia tidak berfungsi untuk jangkitan virus (seperti selesema biasa, selesema).

Menggunakan antibiotik apabila tidak diperlukan boleh menyebabkan ubat tidak berfungsi untuk jangkitan yang boleh berlaku kelak.

Cara menggunakan Cefpodoxime

Ikuti semua arahan pada label preskripsi anda. Jangan ambil cefpodoxime dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Ambil ubat ini, biasanya bagi setiap 12 jam atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Sekiranya anda menggunakan cefpodoxime dalam bentuk tablet, ambilnya bersama makanan untuk membantu meningkatkan penyerapan ubat.

Sekiranya anda menggunakan jenis suspensi, ambil bersama atau tanpa makanan. Sebelum makan, goncangkan botol dengan baik bagi setiap pengambilan dos.

Ukur ubat cecair dengan picagari (syringe) yang disediakan, atau dengan sudu pengukur dos khas atau cawan ubat. Sekiranya anda tidak mempunyai alat pengukur dos, dapatkannya daripada ahli farmasi anda.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Cefpodoxime

Sebelum mengambil cefpodoxime proxetil, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah terhadapnya. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain.

Bertanyalah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut. Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda mengenai sejarah perubatan anda juga.

Ubat ini boleh menyebabkan vaksin bakteria hidup (seperti vaksin tipoid/kepialu) menjadi tidak berfungsi juga.

Jangan dapatkan sebarang imunisasi / vaksin semasa menggunakan ubat ini melainkan jika diarahkan oleh doktor.

Warga emas mungkin mempunyai risiko lebih besar untuk mendapat kesan sampingan semasa menggunakan ubat ini. Malah, bincangkan tentang risiko dan kelebihannya bersama doktor sekiranya anda hamil atau menyusu badan.

Kesan Sampingan Cefpodoxime

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alergi (gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada muka atau tekak anda).

Reaksi kulit yang teruk adalah seperti (demam, sakit tekak, rasa terbakar pada mata anda, sakit kulit, ruam kulit berwarna merah atau ungu yang merebak dan menyebabkan melecet dan mengelupas).

Hubungi doktor secepatnya jika anda mempunyai:

  • sakit perut yang teruk, cirit-birit yang cair atau berdarah
  • demam, kelenjar membengkak, ruam atau gatal-gatal, sakit sendi, atau terasa tidak sihat
  • jantung berdegup kencang atau terasa berdebar di dada anda
  • sesak nafas
  • sawan

Kesan sampingan yang biasa termasuk:

  • kegatalan faraj atau keputihan
  • ruam lampin pada bayi yang menggunakan cefpodoxime
  • loya, muntah, cirit-birit
  • sakit perut
  • sakit kepala

Kontraindikasi Cefpodoxime

Hipersensitiviti terhadap cefpodoxime, mana-mana komponen (bahan) formulasi, atau cephalosporin yang lain.

Dokumentasi kereaktifan silang alergenik bagi beta-laktam (contohnya, penisilin dan sefalosporin) adalah terhad.

Namun, kerana terdapat persamaan struktur kimia dan/ atau tindakan farmakologi, kemungkinan berkenaan kepekaan terhadapnya tidak dapat dipastikan.

Interaksi Cefpodoxime

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius.

Jadi, simpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Ubat ini boleh mengganggu ujian makmal tertentu (termasuk ujian Coombs, ujian glukosa air kencing tertentu), yang mungkin menyebabkan keputusan ujian yang salah.

Pastikan kakitangan makmal dan semua doktor yang terlibat mengetahui bahawa anda menggunakan ubat ini.

Ubat lain yang akan mempengaruhi cefpodoxime

Beritahu doktor tentang semua ubat semasa anda dan apa sahaja yang anda mulakan atau hentikan penggunaannya, terutamanya:

  • probenecid
  • ubat antivirus atau antibiotik yang lain
  • kemoterapi, atau ubat untuk mencegah penolakan pemindahan organ
  • diuretik atau “pil air”
  • ubat untuk gangguan usus
  • ubat osteoporosis yang boleh disuntik
  • pengurang asid perut (Pepcid, Zantac, Tagamet, dan lain-lain)
  • ubat sakit atau artritis (termasuk aspirin, Tylenol, Advil, dan Aleve)

Dos Cefpodoxime

Jangan ambil cefpodoxime dalam jumlah yang lebih besar, lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Maklumat eksipien (Bahan yang tidak mempengaruhi kesan terapeutik) dinyatakan jika ada (terhad, terutama untuk generik), jadi rujuk label pada produk tertentu.

Bancuhan suspensi, oral (boleh diambil dengan atau tanpa makanan):

  • Generik: 50 mg / 5 mL (50 mL, 100 mL); 100 mg / 5 mL (50 mL, 100 mL)

Tablet, oral (harus diambil bersama makanan):

  • Generik: 100 mg, 200 mg

– Apa yang berlaku jika saya terlepas dos?

Ambil dos yang tidak diambil sebaik sahaja anda ingat. Abaikan dos yang tidak terlepas jika sudah hampir masanya untuk dos berjadual anda yang seterusnya.

Jangan ambil ubat tambahan untuk menggantikan dos sebelumnya.

Sumber:

error: Content is protected !!