Now Reading
CEO Nokia Sasar Kita Guna 6G Menjelang 2030 – Tetapi Bukan Melalui Telefon Pintar

CEO Nokia Sasar Kita Guna 6G Menjelang 2030 – Tetapi Bukan Melalui Telefon Pintar

6G

CEO Nokia kini menyasarkan rangkaian 6G akan tersedia kepada pengguna umum menjelang 2030 kelak, iaitu sekitar 8 tahun lagi. Apa pun, menariknya juga berkenaan perkongsian beliau adalah orang ramai dijangka akan mengaksesnya dengan peranti berbeza dan bukannya melalui telefon pintar seperti hari ini.

Dengan rangkaian internet lebih pantas, 6G dijangka akan membawa kepada interaksi melalui peranti seperti kaca mata pintar dan sebagainya yang dipakai terus pada wajah – sekaligus memudahkan lagi proses interaksi.

CEO Nokia turut menyasarkan pada ketika itu, kita akan mula memakai pelbagai peranti berhubung pada badan untuk berinteraksi terus – dan bukannya melalui telefon pintar seperti pada hari ini.

Pelbagai syarikat pada hari ini telah memulakan proses pembangunan peranti boleh-pakai dan kaca mata pintar tersendiri, termasuk Meta, Apple, Google dan juga Microsoft. Melengkapkan ini juga adalah masing-masing melakukan pelaburan tinggi pada arena realiti-terimbuh selain pembantu maya pintar.

Dengan kelajuan yang dicapai melalui 5G hari ini, mungkin ia akan menjadi penggerak sebelum kita beralih ke peranti pasca telefon selepas ini melalui 6G. Sama-sama kita nantikan apa akan berlaku dalam dekad seterusnya.

error: Content is protected !!