Now Reading
Cetaphil Daily Facial Moisturizer With Sunscreen SPF 15

Cetaphil Daily Facial Moisturizer With Sunscreen SPF 15

Cetaphil Daily Facial Moisturizer

Losyen muka Cetaphil Daily Facial Moisturizer With Sunscreen SPF 15 yang menghidratkan adalah bahagian yang terpenting dalam rutin penjagaan kulit setiap pagi. Pelembap  dengan SPF spektrum luas sangat penting untuk membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinar UVA dan UVB.

Untuk penghidratan dan pemulihan semula lapisan kulit yang berkesan, anda harus memastikan bahan-bahan seperti asid hyaluronik,  niacinamide, ceramides  dan formula bukan komedogenik tercatat dalam kandungan pelembab wajah yang anda gunakan. 

Cetaphil Daily Facial Moisturizer With Sunscreen dengan SPF 15 adalah salah satu losyen pelembab yang mengandungi bahan-bahan tersebut dan tidak akan menyumbat liang pori atau menyebabkan jerawat.

Untuk membeli produk hilang , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.

Kebaikan Produk:

  • Losyen muka yang bersifat ringan dengan pelindung cahaya matahari spektrum luas, menyuburkan dan melindungi kulit sensitif.
  • Formulasi Edelweiss Flower dan Vitamin E, B3 & B5 memberi penghidratan segera yang tahan lama sambil menyihatkan kulit  untuk mengembalikan pelindung kelembapan semula jadi kulit.
  • Pelindung matahari SPF 15 melindungi kulit daripada sinar UVA dan UVB yang boleh merosakkan, sementara campuran antioksidan yang unik bertindak untuk mencegah kerosakan akibat radikal bebas.
  • Pelembap wajah bebas minyak dan ringan dengan spf menyerap dengan cepat tanpa meninggalkan sisa berminyak sehingga kulit rasa terhidrat.
  • Penjagaan kulit yang lembut dan tidak menyumbat liang atau merengsakan kulit.

Mengapa menggunakan moisturizer Cetaphil Daily Facial Moisturizer With Sunscreen SPF 15?

Dari nama produk ini sahaja sudah menggambarkan kelebihan pelembab ini yang mengandungi SPF iaitu Zink oksida yang bertindak sebagai anti-keradangan kulit. Selain kandungan SPF, gliserin dan niacinamide juga dapat memberikan kelembapan terhadap wajah anda dan dengan tambahan ceramides sebagai pengekal kelembapan yang lebih lama.

Produk ini juga dipercayai para pengguna kerana di Amazon sahaja sudah mempunyai nilai setinggi 4.5/5 daripada lebih 1555 penilaian. Belum lagi di online marketplace lainnya, pasti lebih ramai pengguna yang berpuas hati bukan? Pengguna Cetaphil sangat gemar akan sifat produk ini yang dwi fungsi.

Cara penggunaan produk:

  • Sapukan secara merata pada kulit kemudian biarkan selama 15 minit sebelum terdedah kepada cahaya matahari.
  • Gunakan pelindung matahari yang tahan air jika melakukan aktiviti seperti berenang atau berpeluh.
  • Gunakan semula losyen sekurang-kurangnya setiap 2 jam.

Terdedah  di bawah sinar matahari yang lama dapat meningkatkan risiko anda mendapat barah kulit dan penuaan awal kulit. Untuk mengurangkan risiko ini, anda perlu kerap menggunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF Broad Spectrum 15 atau lebih tinggi seperti Cetaphil Daily Facial Moisturizer With Sunscreen SPF 15.

Langkah lain daripada perlindungan matahari

  • Hadkan waktu di bawah sinar matahari terutamanya pada waktu 10am sehingga 2pm kerana waktu ini pancaran matahari sangat terik.
  • Pakai kemeja lengan panjang, seluar, topi dan cermin mata hitam apabila keluar dari rumah ketika panas terik matahari.
error: Content is protected !!