Produk-produk Cetaphil diformulasikan dan dibuktikan secara klinikal bahawa mereka adalah sesuai untuk kulit yang sensitif termasuk kulit bayi. Jenama ini terkenal dengan produk-produknya berkesan menghilangkan lebihan minyak dan kekotoran di kulit tanpa pengeringan sambil memberikan perlindungan, penghidratan yang berpanjangan dan mencegah kehilangan kelembapan dalam kulit.
Jika artikel ini berguna untuk anda, pertimbangkanlah untuk membuat pembelian barangan ini dari stor atau pautan kami. Pembelian anda membantu menyumbang kepada misi kami untuk menyediakan maklumat berguna kepada semua.
Cetaphil Baby Wash & Shampoo 400ml
RM46.50
Cetaphil Baby Wash & Shampoo dirumus khas dengan ekstrak calendula organik yang berasal dari bunga marigold dan telah digunakan selama berabad-abad untuk menenangkan kulit yang kering dan sensitif. Produk ini membasuh, melembapkan dan memberikan kulit dan rambut bayi anda wangian yang lembut dan segar. Ia sesuai digunakan di rambut dan badan sambal melindungi serta menjaga kulit bayi anda secara keseluruhan. Ia tidak mengandungi paraben, minyak mineral dan telah diujikan oleh pakar dermatologi.
Offspring Gentle Head-To-Toe Wash 250ml
RM39.50
Offspring Gentle Head To Toe Wash ini sesuai untuk pembersihan untuk bayi anda, daripada kepala sehingga kaki. Ia membersih sambil melembapkan kulit termasuk kulit yang sensitif dan lembut seperti kulit bayi. Mengandungi bahan-bahan semula jadi dan minyak pati yang diperakui organik untuk membersihkan dan menenangkan kulit dan kulit kepala bayi yang sensitif. Produk ini bebas dari sulfat, paraben, wangian sintetik atau parfum, warna sintetik, T.E.A, D.E.A, Glycols, Silicones, PEGS, Ethoxylates, Formaldehyde atau derivatifnya.
Cetaphil Moisturizing Cream 100g
RM 38.90
Cetaphil Moisturizing Cream ini melembapkan dan menghidratkan kulit dengan serta-merta selama 24 jam dengan penuh kelembapan untuk kulit yang lebih lembut, licin dan sihat. Disertakan dengan sistem emolien yang unggul untuk mengembalikan penghalang kelembapan semula jadi kulit dengan memberikan kelegaan yang tahan lama dan menenangkan kulit yang sangat kering. Produk ini dibuktikan secara klinikal bahawa ia menyuburkan kulit kering dalam 1 hari, berkesan mengikat air ke kulit dan mencegah kehilangan kelembapan kulit. Krim yang tidak berminyak ini sesuai untuk keseluruhan badan yang memerlukan pelembapan intensif.
Derma Health’s SkinLabs Gentle Vitamin E Face & Body Cleanser
RM39.90
Produk ini diformulasikan dengan Vitamin E dan ɣ-Oryzanol serta diperkayakan dengan betaine semula jadi. ɣ-Oryzanol merupakan antioksidan yang kuat untuk perlindungan dan kelembapan kulit. Formulanya tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan sesuai digunakan setiap hari. Ia tidak mengeringkan, hypoallergenic dan mempunyai pH yang seimbang, oleh itu ia sesuai digunakan untuk muka dan keseluruhan badan termasuk kulit yang sensitif dengan meningkatkan perlindungan kulit. Ia bebas daripada paraben, wangian dan telah diujikan secara klinikal yang ia tidak akan merengsakan kulit atau menyumbat liang pori kulit.
Cetaphil Redness Relieving Night Moisturizer
RM79.00
Cetaphil Redness Relieving Night Moisturizer dirumus khas untuk kulit yang sensitif. Pelembap ini memberikan kelembapan semalaman dengan serta-merta secara berterusan untuk mengurangkan penampilan kemerahan kerana kekeringan. Ia merawat dan memperbaiki tekstur kulit dengan menghidratkan semula kulit yang kering dan sensitif. Krim yang kaya tetapi tidak berminyak ini berasa lembut di kulit, menjadikan kulit berasa tenang dan seimbang. Produk ini diformulasi dan diujikan oleh pakar dermatologi berserta bebas daripada paraben dan wangian supaya tidak merengsakan kulit.
The INKEY LIST Vitamin B, C and E Moisturizer 50ml
RM 35.00
The Inkey List Moisturizer ini merupakan pelembap harian ringan yang memberikan setiap vitamin yang penting untuk kulit kelihatan sihat. Kandungannya terdiri daripada B3 (Niacinamide) untuk membantu menyeimbangkan minyak, Vitamin C sebagai antioksidan untuk mencerahkan kulit yang kusam dan Vitamin E pula untuk menenangkan kulit. Ia meningkatkan kandungan air pada kulit yang kering dan membantu menutupkan kelembapan ke dalam kulit serta mengurangkan kekeringan atau kemerahan kulit.
Cetaphil Oily Skin Cleanser 125ml
RM 35.90
Cetaphil Oily Skin Cleanser memberikan pembersihan yang berkesan untuk kulit yang berminyak, kombinasi atau yang cela. Ia diformulasi untuk menghilangkan minyak tanpa menjejaskan penghalang kulit kerana kulit bertindak sebagai penghalang dan penjaga kelembapan. Oleh itu, ia adalah penting untuk pembersih berfungsi tanpa menjejaskan penghalang kulit. Produk ini melembapkan kulit sambil tidak menyumbat liang pori dan boleh digunakan bersama dengan ubat jerawat, jika perlu.
Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser 100gm
RM 10.07
Aiken Tea Tree Oil Facial Cleanser diformulasikan dengan ekstrak semula jadi Tea Tree Oil (Melaleuca Alternifolia) untuk membantu melindungi kulit dari jerawat secara semula jadi. Ia diperkayakan dengan Vitamin C yang boleh membantu pemutihan kulit, antioksidan dan perlindungan daripada UV. Ia membersihkan pori-pori yang tersumbat dengan mendalam tanpa membiarkan kulit menjadi kering dan tegang. Produk ini dirumus khas untuk merawat kulit yang mudah berjerawat dan menghilangkan minyak berlebihan, mengawal kulit berminyak dan memperbaiki liang pori.
Cetaphil UVA/UVB Defence SPF50+ 50ml
RM 68.70
Cetaphil UVA/UVB Defense adalah gel perlindungan cahaya yang sangat tinggi serta memberikan pelindung matahari 100% aktif untuk kegunaan harian pada muka dan badan. Vitamin E sebagai antioksidan di dalam produk ini membantu melindungi kulit dari radikal bebas di atas permukaannya dan formula lembut Microbiome pula membantu menyuburkan kulit yang sensitif. Kandungannya bebas daripada minyak dan bebas daripada pengemulsi, diterapkan dengan mudah dan tidak meninggalkan rasa melekit yang menyenangkan. Rumusannya cepat diserap dan menghasilkan kemasan yang matte.
BIO Essence Bio Water Sensitive pH Sunscreen SPF50+PA ++ /40ml
RM43.00
Bio Essence Bio Water Sensitive pH Sunscreen memberi kulit perlindungan yang tinggi daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya. Ia mengandungi Asid Hyaluronik yang boleh mengisi dan mengunci kelembapan kulit secara intensif supaya kulit anda sentiasa menjadi terhidrat dan kenyal. Diperkaya dengan mineral surih, menjadikan pelindung matahari ini memberikan kesan penyejukkan dan pelembapan dengan serta-merta kepada kulit. Teksturnya halus dan ringan menyebabkan kulit tidak rasa berminyak dan melekit. Ia sesuai untuk kulit yang sensitif dan ia adalah bebas daripada alkohol, minyak mineral dan wangian.