Now Reading
Cetaphil Moisturizing Cream, membantu merawat kulit anda !

Cetaphil Moisturizing Cream, membantu merawat kulit anda !

Cetaphil Moisturizing Cream

Jom ketahui bagaimana Cetaphil Moisturizing Cream dapat membantu anda seisi keluarga mendapatkan kulit yang licin, cantik dan mulus.

Tahukah anda, bahawa kulit ialah organ yang terbesar badan kita? Jadinya, ia kerap terdedah kepada persekitaran seperti penyaman udara dan pancuran air panas yang kemudiannya boleh memberi kesan yang kurang mesra kepada kulit seperti menjadikan kulit anda menjadi kusam dan kering.

Tambahan lagi, sangat penting untuk anda sentiasa mengekalkan kelembapan kulit di seluruh badan setiap hari kerana ia dapat membantu mengelakkan kulit anda dari menjadi kering, kasar, gatal, mengelupas dan sebagainya.

Kini, anda tidak lagi perlu risau. Cetaphil Moisturizing Cream dapat membantu atasi masalah kulit anda sekaligus membantu kulit anda menjadi bertambah sihat. Jom di bawah kami kongsikan kebaikan, cara penggunaan dan info penting untuk anda.

Kebaikan :

  • Dipercayai sebagai produk penjagaan kulit dermatologi no 1 di Malaysia
  • Dipercayai oleh pakar dan sesuai digunakan setiap hari oleh semua golongan dan semua peringkat
  • Sebagai pelembab wajah semalaman yang sangat baik
  • Bertindak untuk memastikan kulit anda kekal dehidrasi selama 48 jam
  • Sangat sesuai untuk kulit sensitif dan kering – Cetaphil Moisturizing Cream ini sangat membantu mengatasi kulit kering dan sensitif. Tambahan ia tidak mempunyai tambahan pewangi yang mempunyai kimia sehingga boleh menyebabkan ruam serta iritasi pada kulit anda.
  • Sesuai digunakan pada tubuh – Tidak hanya digunakan pada kulit wajah anda sahaja, Cetaphil Moizturizing Cream ini juga sesuai digunakan diseluruh tubuh badan anda. Boleh jadi juga, kulit di tubuh badan anda menjadi lebih kering berbanding di kulit wajah anda. Maka, seluruh tubuh badan anda juga memerlukan penjagaan yang menyeluruh. Cream ini membantu melembapkan kawasan kulit yang mudah kering seperti, tumit, lutut hingga siku dan daerah lipatan.
  • Membantu memberi kelembapan secara menyeluruh – Seringkali, kulit kita terdedah kepada sinaran matahari dan juga debu yang mana ia secara tidak langsung membuatkan kulit hilang kelembapannya sehingga menyebabkan kulit menjadi kering. Dengan bantuan Cetaphil Moisturizing Cream yang mengandungi: Extra-strength emollients –  menjadikan kulit anda terasa lembut dan halus. Humectants system – bahan yang mudah larut dalam air dan memiliki kemampuan tinggi untuk menyerap air.
  • Membantu menutrisi kulit anda – Cetaphil Moisturizing Cream ini mempunyai minyak biji almond yang mana ia dapat menutrisi serta menjadi pelembab terbaik untuk kulit anda. Selain itu, minyak almond ini jugak mengandungi vitamin E baik yang bertindak sebagai pelindung kulit anda dari radikal bebas. Juga ia tidak mempunyai bahan kimia yang pastinya membantu membuatkan kulit anda merasa nyaman.
  • Tidak mengakibatkan liang pori anda tersumbat – Cetaphil Moisturizing Cream ini bersifat non-comodogenic. Ini bermaksud, ia tidak akan menyebabkan liang pori anda tersumbat. Bahkan, ia juga dipercayai membantu mencegah timbulnya jerawat di permukaan kulit wajah anda.

Cara penggunaannya:

Caranya sangat mudah, calitkan dan kemudian sapu cream pelembab ini ke bahagian kulit wajah atau tubuh anda secara bebas.

Anda boleh menggunakannya pada waktu pagi dan juga malam. Ataupun ketika anda merasakan kulit anda menjadi kering.

Info penting:

Sudah semestinya, apabila anda sudah selesai membersihkan kulit wajah anda dengan pencuci anda dinasihatkan juga untuk sentiasa mengekalkan kelembapan kulit anda terutama kepada anda yang jenis kurang minum air tu dengan cream yang kami kongsikan ini.

Saranan ini sangat berguna untuk anda bagi mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Penjagaan kulit itu haruslah bermula dari sekarang jika mahukan hasil yang terbaik nanti ni.

Ha, apa kata anda cuba dulu produk ni. Berbaloi tau beli produk yang menguntungkan anda selain dapat memberikan manfaat yang baik kepada kulit wajah dan seluruh tubuh anda.

Ramai wanita di luar sana telah memberikan testimoni mereka dengan mengatakan produk ini adalah yang terbaik dan sesuai untuk kulit wajah mereka terutama mereka yang terdedah dengan aktiviti luar rumah.

Kesimpulan

Sampai disini sahaja perkongsian kami berkaitan Cetaphil Moisturizing Cream ini. Semoga ia dapat memberi manfaat berguna kepada anda sebelum anda menggunakannya.

Selamat mencuba ya. Semoga anda tampil dengan lebih anggun dan mempesonakan selepas menggunakan produk ini.

error: Content is protected !!