Cetaphil UVA/UVB Defense ini apa ya? Ini adalah sunblock atau krim perlindungan cahaya matahari. Nak tahu dengan lebih lanjut jom baca info dibawah ni.
Untuk membeli produk hilang , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.
Cetaphil UVA/UVB Defense Sunscreen ini menggunakan teknologi Mexorly yang dipatenkan, formula yang dipatenkan ini menggunakan sistem 8 penapis untuk memberikan perlindungan yang optimum terhadap sinaran UV, dan memberikan perlindungan yang tinggi kepada kulit wajah selain melembapkan dan menenangkan kulit.
Bagi wanita terutamanya, kaum ini sangat menitikberatkan soal penjagaan kulit wajah mereka terutamanya dari sinaran matahari. Jadi, produk Cetaphil UVA/UVB ini pilihan terbaik yang dapat membantu melindungi pelbagai risiko masalah kulit.
Bukan itu sahaja, pastinya ramai wanita takut kulit mereka menjadi gelap atau kulit terbakar kerana berjemur terlalu lama dibawah cahaya matahari tanpa krim perlindungan ini, bukan? Maka, memiliki krim ini sangat menjadi keperluan untuk anda.
Bukan hanya semata pakai diluar rumah sahaja, krim ini juga boleh dipakai walaupun kita berada di dalam rumah kerana kita juga masih lagi terdedah kepada sinaran UV yang berbahaya seperti UVA dan UVB yang menjadi punca masalah kulit seperti kekeringan, penuaan, dan pigmentasi.
Cetahil UVA/UVB defense ini sangat membantu dan merupakan pilihan yang tepat anda dalam penjagaan kulit wajah juga seluruh tubuh anda. Berbaloi bukan? Jom dapatkan segera.
Dibawah, kami bawakan kepada anda kebaikan atau manfaat produk Cetaphil UVA/UVB defense, cara penggunaan, bahan-bahan yang terdapat di dalamnya dan info yang berkaitan dengannya.
Manfaat Sunscreen Cetaphil UVA/UVB Defense:
- Ia terbukti sesuai untuk semua jenis kulit seperti – kulit kering, kulit berminyak juga kulit normal.
- Boleh digunakan dan sesuai untuk kulit wajah dan juga badan seperti: Leher, tangan dan sebagainya
- Semestinya ia memberikan perlindungan UVA dan UVB spektrum luas kepada kulit anda
- Sangat cepat dan mudah meresap ke kulit
- Tidak melekit
- Tidak meninggalkan kesan putih pada kulit anda
- Krim yang sangat ringan dikulit anda
- Tidak berbau atau tidak mempunyai wangian
- Sangat membantu melembabkan kulit
- Sangat mudah digunakan juga mudah dibawa travelling
- Hypoallergenic
Cara penggunaannya:
Sapukan sahaja pada kulit wajah atau badan dan bahagian kulit anda yang mudah terdedah kepadan sinaran matahari.
Boleh digunakan selepas berpeluh, dan berenang serta anda juga boleh menggunakannya secara kerap atau berkala mengikut berapa lama anda terdedah kepada cahaya matahari.
Selain itu juga ia boleh digunakan ketika anda bermain dalam taman tema air atau ketika anda berenang kerana ia bersifat water resistance. Best kan?
Walaupun anda menggunakan Cetaphil UVA/UVB Defense ini anda dinasihatkan juga untuk tidak terdedah terlampau lama dibawah cahaya matahari kerana ia dipercayai boleh menyebabkan kanser kulit. Jadi hati-hati ya.
Bahan-bahan di dalamnya:
- Bis-Ethylhexyloxphenol
- Methoxyphenly Triazine
- Butly Methoxydibenzoylmethane
- Drometrizole Trisiloxane
- Ethylhexyl Triazone
- Ethylhexyl Salicylate
- Octocrylene
- Terephthalylidene Dicampor Sulfonic Acid
- Titanium Dioxide
Info berkaitan:
Anda sebagai pengguna yang bijak harus tahu sunblock mana yang sesuai dengan kulit anda. Tapi kini, dengan produk dari Cetaphil UVA/UVB Defense Sunscreen ini pastinya ia menjadi pilihan yang terbaik untuk anda. Jom apa kata anda cuba dahulu?
Tahukah anda setiap warna kulit juga memainkan peranan yang berbeza untuk pertahanannya terhadap sinaran UV? Kebiasaanya, bagi anda yang berkulit putih ia boleh bertahan selama 10 minit, bagi kulit kuning langsat pula 15 minit, dan jenis sawo matang pula 20 minit.
Jadinya, semakin gelap kulit wajah anda, maka semakin kuatlah ia mampu bertahan dibawah sinaran UV kerana kulit wajah yang gelap mempunyai kandungan pigmen melanin yang tinggi.
Oh ya, pastikan juga sebelum membeli anda harus lah memastikan produk itu mempunyai perlindungan dari sinaran UV A & B, barulah ia memberi perlindungan yang optimum kepada kulit anda. Jangan risau, Cetaphil UVA/UVB Defense ada keduanya. Jom cuba sekarang!
Kesimpulan
Sampai di sini sahaja perkongsian kami mengenai Cetaphil UVA/UVB Defense ini. Moga sedikit sebanyak ia dapat memberikan panduan untuk anda.
Jom sayangi kulit anda sekarang dengan produk ini. Ia diyakini selamat, berkesan dan sangat sesuai digunakan untuk seisi keluarga anda.