Now Reading
Charger Durian – Bolehkah Ini Dilakukan?

Charger Durian – Bolehkah Ini Dilakukan?

charger durian

Perkembangan dunia teknologi yang canggih, lebih banyak penemuan hebat ditemui oleh pakar saintis di seluruh dunia, termasuk charger durian.

Ada yang mungkin tidak menyukainya kerana baunya yang sangat kuat tetapi jika anda sememangnya penggemar buah ini, baunya itu tidak menjadi masalah lagi. Malah, ia hanya boleh didapati dalam musim buah tersendiri menjadikan ia lebih ekslusif.

Para saintis di Universiti Sydney diketuai oleh Vincent G. Gomes telah menjumpai satu cara yang berpotensi untuk menukarkan buah-buahan seperti durian menjadi superkapasitor elektrokimia. Malah, ia juga berkemungkinan menjadi alat penyimpan tenaga bagi peranti elektronik dan pengangkutan yang semakin hari semakin canggih.

Charger Durian Untuk Mengecas Peranti Elektronik

Hal ini boleh direalisasikan kerana tekstur kulit durian yang berduri membolehkah ia menyimpan tenaga secara efektif. Ini diterangkan dalam kertas kajian para saintis ini yang baru sahaja diterbitkan pada awal bulan Mac.

Salah satu informasi yang ditekankan adalah “Ketepatan struktur biomas semulajadi berserta liang hierarki buah durian yang telah dibangunkan selama berjuta-juta tahun melalui evolusi biologi memberikan sumber yang luar biasa sebagai tapak bagi proses sintesis bahan berasaskan karbon”.

Jika penyelidikan ini berjaya, bukankah ini dikira sebagai satu penemuan yang sangat mengagumkan? Buah yang biasanya dimakan kini boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar anda!

Pada masa hadapan, pastinya lebih banyak penemuan baharu akan dibuat yang boleh mengagumkan kita semua.

Di samping itu, pasti lebih ramai syarikat yang berpusu-pusu mendapatkan bekalan buah durian untuk menggantikan superkapasitor sedia ada kerana harganya yang lebih murah.

Namun, ini mungkin menjadi berita buruk buat penggemar buah durian kerana buah ini mungkin semakin sukar didapati. Tambahan lagi, ini mungkin mendorong individu tidak bertanggungjawab untuk menjual durian pada harga yang melampau demi keuntungan mereka sendiri.

Tuntasnya, penyelidikan sebegini memerlukan kajian yang menyeluruh bagi melihat keberkesanan dan kesan sampingannya terhadap ekonomi sesebuah negara.

SUMBER

  1. https://www.thestar.com.my/tech/tech-news/2020/03/04/scientists-in-australia-say-durian-has-potential-to-charge-devices-in-the-future
  2. https://murai.my/2020/74297/durian-boleh-cas-bateri-telefon-pintar-dengan-cepat-ini-kata-profesor/
  3. https://www.popularmechanics.com/technology/design/a31114696/durian-fruit-stinky-electric-chargers/
error: Content is protected !!