
Chia Seed Bioplus Sebagai Bijian Penawar Penyakit~ Chia seed atau nama saintifiknya Salvia Hispanica L. adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat namun hanya segelintir orang yang tahu tentangnya!
Biji chia atau nama komersialnya chia seed ini sudah pun digunakan sejak 5500 tahun dulu. Bahkan, ia dikatakan telah diperkenalkan pada zaman tamadun Mesopotamia lagi! Menarik bukan?!
Untuk pengetahuan anda, Mexico Selatan dan Guatemala Utara adalah negara yang menjadi origin utama Chia Seed ini.
Dan, kalau anda nak tahu lagi, sebenarnya, pokok Chia dan pokok Pudina adalah berasal daripada keluarga tumbuhan yang sama. Bagi spesies Chia ini sahaja, terdapat lebih kurang 900 spesies! Banyak kan?
Fuh. Mari teruskan membaca.
Pelbagai Kegunaan Chia Seed Yang Mengagumkan!
Chia telah banyak digunakan dalam industri makanan dan farmasi sejak dahulu lagi. Dalam industri makanan, chia dikeluarkan dalam pelbagai bentuk atau jenis. Antaranya, biji-bijian, bijirin, tepung, minyak dan gel.
Memakan biji chia yang direndam dalam air dapat berfungsi untuk menyejukkan tubuh badan. Tepung chia pula, dapat digunakan dalam pembuatan kek, biskut, dan keropok. Manakala, minyak chia yang kaya dengan omega-3 semakin mendapat perhatian industri makanan komersial kerana mempunyai lebih banyak khasiat berbanding minyak lain. Selain itu, chia seed yang telah diproses pula boleh dijadikan minuman kesihatan dan tenaga. Serbaguna betul chia seed ni!
Banyak kajian yang telah dilakukan oleh para saintis mengenai chia seed ini dan mereka berjaya membuktikan bahawa komposisi di dalam chia seed adalah sangat menakjubkan. Chia Seed juga dikenali sebagai ‘Super Seed’ kerana kegunaannya yang pelbagai.
Kandungan
Chia seed Bioplus mempunyai 16-26% protein, 31-34% lemak, 37-45% karbohidrat secara keseluruhan dan 23-35% serat diet.
Selain itu, ia juga kaya dengan mineral (kalsium, fosforus, potasium dan magnesium), vitamin (tiamin, riboflavin, niasin, asid folik, asid askorbik dan vitamin A), dan antioksidan. Chia seed mengandungi jumlah tenaga sebanyak 459-495 kcal setiap 100g.
Kelebihan
Seperti yang kita tahu, chia seed mempunyai banyak kelebihan. Maka, dengan mengamalkan chia seed Bioplus dalam pemakanan anda, anda boleh:
- Mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan imuniti badan
- Membantu mencerdaskan fungsi otak
- Mencegah dan merawat penyakit di sistem penghadaman dan peredaran darah, diabetes, kanser kolorektal (usus besar dan rektum), batu di buah pinggang, buasir dan gangguan metabolik.
- Mengurangkan kolesterol
- Mengurangkan keradangan
- Mengawal hormon, pengaturan pertumbuhan dan pembezaan sel dan tisu dengan optimum.
- Melindungi sel-sel dalam badan daripada tekanan oksidatif yang boleh berlaku akibat daripada ketidakseimbangan oksigen.
- Mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer dan Parkinson.
Bagaimana untuk mendapatkan nutrisi Chia Seed?

Berita baik buat anda! Anda kini boleh mendapatkan nutrisi Chia Seed dengan begitu mudah tanpa perlu menanam pokoknya.
Bioplus Chia Seed 80g+chlorophyll 80ml adalah produk yang paling sesuai yang menyajikan ke semua khasiat yang telah disebutkan di atas. Anda tidak perlu lagi bersusah payah mencari ubat atau jamu yang mahal, atau juga membeli pelbagai jenis produk sampingan lain yang meragukan.
Bioplus Chia Seed 80g+chlorophyll 80ml ini sudah pastinya mengandungi Chia Seed sebagai bahan utamanya yang dihasilkan dari Mexico. Dijamin berkhasiat seperti chia seed yang original daripada pokok!
Ia kaya dengan protein, omega-3, serat, dan antioksidan serta bebas daripada gluten yang dapat memberi keseimbangan dalam sel-sel badan dan paling penting, ia menyeimbangkan kandungan oksigen dalam badan terutamanya di otak.
Tambahan pula, ia datang bersama 80ml Chlorophyll perisa pandan yang sedap dimakan dan juga berkhasiat. Chlorophyll perisa pandan mengandungi magnesium, vitamin, mineral dan antioksidan yang akan membantu pembekuan darah, menyihatkan kulit dan membantu penglihatan.
Cara penggunaan Chia Seed Bioplus
Dengan Bioplus Chia Seed 80g+chlorophyll 80ml ini, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah sahaja untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Sangat mudah, ringkas dan cepat.
Langkahnya adalah seperti berikut:
- Chia Seed organik :
- Campurkan 2 sudu besar dengan air kosong dan kacau.
- Amalkan minum setiap hari.
B. Pandan Chlorophyll:
- Campurkan 1 sudu kecil (5ml) dengan air kosong dan kacau sehingga sebati.
- Amalkan minum sehari sekali selepas makan.
Selain daripada minum, anda juga boleh cuba beberapa kaedah lain dalam mengamalkan chia seed dalam kehidupan anda. Antara idea-idea menarik untuk anda cuba ialah;
- Smoothies
Campurkan chia seed ke dalam minuman berkhasiat anda seperti jus buah-buahan atau sayur-sayuran atau minuman coklat dan kisar ke semua bahan. Jangan lupa masukkan ais!
- Salad Dressings
Campurkan chia seed ke dalam resepi salad anda. Mudah dan kaya dengan serat!
- Biskut
Percaya atau tidak, anda boleh menggantikan cip coklat dengan Chia seed dalam resepi biskut anda.
- Jam
Taburkan chia seed ke atas roti dan jem anda semasa sarapan pagi.
Akhir Kata
Kesimpulannya, Chia seed adalah bijian yang sarat dengan nutrisi baik yang diperlukan dalam badan manusia. Pengambilan Bioplus Chia Seed 80g+chlorophyll 80ml adalah amat disyorkan kerana mudah didapati dan diamalkan. Khasiatnya juga tidak dapat dinafikan lagi.
Jom amalkan Chia Seed Bioplus! Selamat mencuba!