Now Reading
Citra Fresh White UV Gel

Citra Fresh White UV Gel

citra fresh white gel

Citra Fresh White UV gel ini berlainan dan lebih berkualiti produknya kerana intipati kandungan masih di kekalkan dengan menggunakan bahan semula jadi. Sekarang zaman dah moden, produk penjagaan kulit juga telah formulasikan gel aloe vera sebagai losyen gel yang mudah di bawa kemana sahaja.

Sungguhpun sudah moden dan kadar penyerapan kelembapan 5 kali ganda lebih cepat berbanding produk yang lain atas dasar teksturnya yang secair air dapat menembusi jauh ke dalam lapisan lapisan kulit.

Teringat zaman waktu masih kanak-kanak, masa baru belajar naik basikal tayar dua , habis tercalar lutut , tapak tangan dan siku kerana selalu sangat terjatuh rebah. Kalau tak pun, petang-petang main ke padang dengan jiran sebelah, balit daripada muka naik merah kerana panas , lepas tu badan pulak tercalar sana sini gara-gara terkena daun Lalang. Sungguhpun tercalar merata-rata tubuh masa kecik dulu, bersyukur pulak kita sampai ke peringkat umur sekarang tak da pulak Nampak bekas calar dah.

Ini semua kerana penawar organik orang tua dulu-dulu, potong jer batang aloe vera, sapu terus lendiran gel ke bahagian luka di badan. Memang terasa sakit kerana lendiran aloe vera tersebut tetapi tidak lama selepas itu, luka calar terus mongering dan kulit ‘’tertutup’’ tidak lagi berdarah.

Keunikan Tentang Citra Fresh White UV Gel

Citra Fresh White UV Gel mengandungi 230ml. Ia akan menjadikan kulit lebih cerah, tetapi juga segar. Rumusannya ringan, tidak melekit, dan menyerap hingga lapisan dalam kulit, memberikan hasil 5x lebih lembap dan cerah sejak pertama kita. 100% pati semula jadi Aloe Vera segar yang kaya dengan multivitamin dan aroma mawar putih, menyediakan nutrien dan kelembapan tahan lama, mengandungi penapis UV untuk perlindungan dari sinar UVA / UVB.

Apa yang anda perlu tahu aloe vera adalah sumber antioksidan dan vitamin yang kaya yang dapat membantu melindungi kulit anda. Sebatian penting dalam lidah buaya juga terbukti dapat meneutralkan kesan sinaran ultraviolet (UV), memperbaiki kulit anda dari kerosakan UV yang ada, dan membantu mencegah garis-garis halus dan kedutan.

Tahukah Anda Citra Fresh White UV Gel boleh sejukan badan?

Selepas sahaja selesai aktiviti di luar pasti kulit terasa panas , untuk menyejukkan kulit badan dengan cepat , boleh la gunakan Citra Fresh White Gel. Kulit yang tidak disejukkan secara langsung selepas berpanas, akan menyebabkan kulit kita mudah kusam. Ianya juga mengadungi kandungan alcohol 0%, tidak akan memberikan reaksi menyengat ke atas kulit yang lagi ‘’sunburn’’.

Wangian aroma intipatinya di peroleh daripada mawar putih dan size yang cukup molek itu semestinya menjadikan ianya produk ‘’on-the-go’’ di dalam tas tangan setiap wanita. Wanita menjadikan ianya rutin untuk menggunakan citra fresh gel sebagai penaik haruman badan dan pelembap di mata pun mereka berada.

error: Content is protected !!