Now Reading
Citra Lotion: 4 Produk Citra UV Hand and Body Lotion

Citra Lotion: 4 Produk Citra UV Hand and Body Lotion

Citra Golden White UV

Memang sifat semulajadi seorang wanita Asia yang inginkan kecantikan seperti kulit cerah, halus dan berseri. CITRA telah mula terbina sejak tahun 1984 dan sehingga kini, masih kekal berinovasi menyediakan produk inspirasi daripada rahsia kecantikan asli wanita Asia yang berasaskan kekayaan sumber alam.

Kini, CITRA menyediakan produk penjagaan kulit yang penuh khasiat rahsia kecantikan. CITRA diperkayakan kandungan bahan semulajadi di Asia yang diyakini turun temurun seperti Mutiara Korea, Bengkoang, Mulberi, Sakura serta Teh Hijau, mereka terus komited untuk memenuhi hasrat wanita yang ingin kelihatan cantik serta memiliki kulit yang sihat.

Apakah rahsia kecantikkan wanita jawa ?

Wanita jawa sangat menitik beratkan kesehatan dalaman dengan mengamalkan minuman jamu yang bahan utama nya bahan organik seperti kunyit, daun sirih, serai, halia, akar kayu tradisional dan sebagainya.

Untuk mandian pula , sejak turun menurun nenek moyang , mereka mengamalkan mandian lulur dan mandian susu untuk mengekalkan kelembapan kulit. Sungguhpun mempunyai kulit tona sawo matang tetapi mereka masih tampak berseri.

Citra Golden White UV Lotion

citra golden white UV

Citra losyen telah terinspirasi daripada rahsia asal nenek moyang wanita jawa dengan menghasilkan Citra Body Lotion Golden White UV.

Citra Golden White UV mengandungi ekstrak kunyit seperti di dalam ramuan minuman jamu yang mampu mencegah bakteria berkembang di dalam kulit. Kulit yang terdedah dengan pelbagai pencemaran udara, kekotoran daripada aktiviti di luar dan berpeluh seringkali mengundang bakteria hinggap di kulit.

Makanya , citra body lotion Golden white ini sangat sesuai digunakan setiap pagi selepas mandi sebelum turun ke tempat kerja mahupun keluar daripada rumah.

Sungguhpun anda berkulit sawo matang mahupun gelap, tidak bermaksud anda tidak dapat menaik seri wajah. anda kerana Citra Golden ini juga mempunya pati vitamin C yang digunakan untuk elemen pencerahan kulit.

Ditambah lagi dengan kandungan sari minyak kelapa untuk memperolehi kelembapan kulit secara maksimum dan membuatkan kulit tampak lebih licin.

Keistimewaan Citra Golden White UV

  • Mengandungi vitamin yang daripada bahan semulajadi dengan diproses dengan teknologi yang canggih
  • Mempunyai UVA/UVB Protection
  • Menjadikan kulit cerah, halus dan berseri

Apa Yang Ada Selain Golden White UV?

Rangkaian losyen dari Citra bukan hanya terhad pada bauan jenis ini sahaja. Terdapat beberapa bauan menarik yang lain, pastinya sesuai dengan pelbagai jenis situasi. Jom kita tengok!

Citra Pearly White UV

citra golden white UV
  • Kulit bertambah cerah, lembut dan berkilau dari sebelum pemakaian ke atas kulit.
  • Selain cepat meresap, formulasinya juga sangat ringan.

Citra Sakura Fair UV

  • Memberi nutrisi tambahan kepada kulit kering sambil melindunginya dari cahaya matahari
  • Kulit 5 kali ganda lebih cerah

Citra Night Whitening

  • Minyak biji anggur yang kaya dengan vitamin E dan kandungan AHA yang terdapat di dalam yogurt memberi kelembapan tanpa rasa berminyak
  • Sesuai untuk dipakai sebelum waktu tidur

Bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya ramai wanita menyukai Citra Golden White UV ini, banyak betul manfaat yang diberikan kepada pengguna. Tips untuk mendapatkan khasiat secara optimum dari losyen badan ini, pakai sejurus selepas mandi kerana badan masih lembap dan mampu menyerap produk dengan lebih baik.

error: Content is protected !!