Now Reading
Cocoa Butter Lotion Himalaya Merawat Kulit Kering

Cocoa Butter Lotion Himalaya Merawat Kulit Kering

Cocoa Butter Lotion

Cocoa butter lotion yang dimaksudkan adalah cocoa butter intensive body lotion daripada Himalaya. Losen adalah perkara utama dalam merawat kulit kering. Kulit kering sering terjadi kepada sesiapa sahaja dan masalah ini berpunca akibat lapisan kulit paling atas (epidermis) tidak mendapatkan kelembapan yang cukup.

Anda boleh tahu kulit anda dalam keadaan kering sekiranya kulit anda berasa kasar, bersisik, mengelupas, serta pecah-pecah. Ianya jelas kelihatan kerana ia berlaku pada lapisan kulit terluar (epidermis) kekurangan cecair dan minyak semula jadi. Kulit kering boleh berlaku dimana-mana permukaan kulit dan selalunya akan terjadi pada lengan, tangan, dan kaki.

Masalah utama sekiranya mengalami masalah kulit kering adalah kulit akan menjadi lebih sensitif dan gatal dengan mudah. Hal ini kerana akibat kulit kering boleh menyebabkan kemunculan ruam atau luka pada kulit.

Masalah kulit kering dan kegatalan sudah pastinya menghadirkan rasa yang tidak selesa dan kurang keyakinan diri. Antara penyumbang kepada penyakit kulit kering adalah berpunca daripada pemilihan sabun yang salah hingga menyebabkan penyakit kulit tertentu. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, setiap penyakit pasti ada ubatnya, kulit kering dan gatal masih boleh dirawat dengan pelbagai cara. Antara cara mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan losen badan sebagai intensif melembapkan kulit selepas mandi.

Anda alami kulit kering? Ingin mencari solusi untuk kulit kering tersebut? Cocoa Butter Intensive Body Lotion dari Himalaya adalah solusi sempurna untuk anda! Dirumus khas untuk kulit kering, kulit mengelupas atau kulit sensitif bagi merawat masalah anda dengan segera.

Cocoa Butter Intensive Body Lotion Himalaya dirumus khas untuk kulit kering. Ia melembapkan, melembutkan dan menghaluskan kulit anda. Bahan-bahan semula jadi yang menembusi Cocoa Butter membantu memperbaiki dan menyuburkan kulit serta menjadikannya lembut. Pelembap Cocoa Butter Intensive Body Lotion diperkaya dengan kebaikan Cocoa Butter dan Wheat Germ Oil, yang mengisi kelembapan yang hilang pada kulit kering. Bahan-bahan yang dihasilkan secara semula jadi mengembalikan keanjalan kulit, menjadikannya lebih lembut dan lebih kencang daripada sebelumnya.

Kebaikan Cocoa Butter Intensive Body Lotion

  • Bau menenangkan
  • Kelembapan tahan lama, boleh bertahan sehingga 5 – 6 jam.
  • Harga yang berpatutan, lebih murah daripada losyen mentega koko dan kualiti produk yang lebih baik.
  • Mampu bertahan sehingga 2 bulan penggunaan.
  • Pembungkusan yang baik
  • Berasaskan Cocoa Butter dan Wheat Germ Oil

Bahan Rahsia Dalam Cocoa Butter Intensive Body Lotion

Cocoa Butter

Cocoa Butter juga dikenali sebagai minyak theobroma, adalah emolien berkualiti tinggi dan agen pelembut dan pelembab kulit. Ia mendorong penyembuhan dan mencegah kulit kering dan retak. Cocoa butter mengandung asam lemak tinggi yang dapat melembapkan dan memberi nutrisi pada kulit sehingga dapat meningkatkan kekenyalan kulit. Lemak dalam cocoa butter membentuk pelindung untuk menahan kelembapan. Kandungan vitamin A, C, dan E juga dapat menjaga kelembapan kulit yang dibutuhkan saat kulit kering.

Wheat Germ Oil

Wheat Germ Oil adalah sumber Vitamin E semulajadi yang kaya, yang menyuburkan dan meningkatkan keanjalan kulit. Ia membantu memberi kulit yang sihat untuk anda kerana dapat mencegah banyak masalah kulit seperti psoriasis, eksim, dan kulit kering. Anda boleh menggunakannya secara berkala – ia akan membantu dan memperbaiki kulit anda. Ia mengandungi minyak vitamin E, yang dianggap sangat baik untuk kulit. Selain itu, Wheat Germ Oil juga kaya dengan magnesium. 

Cara Menggunakan Cocoa Butter Intensive Body Lotion

Cocoa Butter Intensive Body Lotion mesti digunakan pada kulit kering yang cenderung sangat kering. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk menggunakan losen ini yang perlu anda ketahui, sehingga hasilnya maksimum. Ini caranya:

  • Cocoa Butter Intensive Body Lotion boleh disapu pada badan setelah mandi pada waktu pagi dan petang, dan sebelum tidur pada waktu malam, kerana masa itu adalah masa terbaik untuk menggunakan Cocoa Butter Intensive Body Lotion pada kulit, ramuan formula Cocoa Butter Intensive Body Lotion memberikan manfaat kepada kulit badan dalam menjana semula sel.
  • Sapukan losen badan ke kawasan kering badan anda, seperti siku, lutut, kaki, jari, dan kawasan kering yang lain.
  • Cocoa Butter Intensive Body Lotion juga boleh dilakukan pada parut atau kesan regangan pada badan anda. Ya, Cocoa Butter Intensive Body Lotion juga dapat membantu menghilangkan parut atau kesan regangan dan menyokong pertumbuhan sel kulit baru.

Simptom Kulit Kering

Antara simptom yang berkaitan dengan permasalahan ini adalah:

  • Kulit terasa tegang (terutamanya selepas mandi dan berenang)
  • Kulit kelihatan kasar
  • Gatal-gatal
  • Kulit mengelupas
  • Kulit berwarna seakan kekelabuan
  • Kemerahan (keradangan kulit)

Sekiranya anda mengetahui punca mengapa anda mengalami kulit kering, cegahlah perkara tersebut daripada berulang lagi. Bagi anda yang sedang mengalami masalah kulit kering atau simptom-simptom masalah kulit, Cocoa Butter Intensive Body Lotion merupakan penyelesaian terbaik anda. Dapatkan hari ini untuk meringankan penderitaan yang dialami!

error: Content is protected !!