Now Reading
Colace (Sembelit) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Colace (Sembelit) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

colace

Colace (Docusate) adalah pelembut najis. Ia berfungsi dengan meningkatkan jumlah air yang diserap najis di dalam usus, menjadikan najis lebih lembut dan lebih mudah dilalui.

Kegunaan Colace

Ubat ini digunakan untuk merawat masalah sembelit yang berlaku sekali-sekala. Sebilangan ubat dan keadaan boleh menyebabkan masalah sembelit ini.

Pelembut najis seperti docusate selalunya merupakan kaedah pertama yang digunakan untuk mencegah dan merawat sembelit jenis ini. Colace pula sering digunakan untuk mengelakkan tekanan untuk buang air besar (contohnya, selepas serangan jantung atau pembedahan).

Cara menggunakan Colace

Minum ubat ini secara oral, biasanya pada waktu tidur dengan segelas (240 ml) air atau jus, atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Sekiranya anda menggunakan bentuk cecair, ukur dos dengan teliti menggunakan alat / sudu pengukur khas. Jangan gunakan sudu makan kerana anda mungkin tidak akan mendapat dos yang betul.

Jika anda menggunakan jenis penitis, ukur ubat dengan penitis yang disediakan, atau gunakan sudu atau alat pengukur dos untuk memastikan anda menggunakan dos yang betul.

Campurkan sirap, cecair atau titisan dalam 4 hingga 8 aun jus buah, susu atau formula bayi untuk mengelakkan keradangan tekak dan rasa pahit.

Langkah berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Colace

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Jika anda mempunyai masalah kesihatan berikut, berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini: sakit perut yang teruk, mual, dan muntah, perubahan tabiat usus secara tiba-tiba selama 2 minggu sebelumnya.

Ubat ini hanya boleh digunakan apabila diperlukan dengan jelas semasa hamil sahaja. Bincangkan risiko dan faedahnya dengan doktor anda.

Kesan sampingan Colace

Sakit perut, cirit-birit, atau kekejangan mungkin berlaku. Keradangan kerongkong juga boleh berlaku.

Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Ketahuilah jika doktor telah mengarahkan anda untuk menggunakan ubat ini, beliau pastinya telah menilai bahawa faedah ubat terhadap anda adalah lebih besar daripada risiko kesan sampingan.

Ramai individu yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius. Beritahu doktor anda sekiranya kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi serius ini berlaku seperti pendarahan rektum.

Reaksi alergi yang sangat serius terhadap ubat ini juga tidak mungkin berlaku, tetapi dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya ia berlaku. Gejala yang serius mungkin termasuk ruam, gatal / bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), pening teruk, kesukaran bernafas.

Kontraindikasi Colace

Keadaan berikut dikontraindikasikan dengan ubat ini. Bertanyalah pada doktor anda jika anda mempunyai perkara berikut:

  • masalah apendiks
  • penyumbatan perut atau usus
  • ketidakupayaan untuk mengawal pergerakan usus

Interaksi Colace

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius.

Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat. Jadi, pastikan anda menyimpan senarai semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan pada doktor dan ahli farmasi anda.

Dos Colace

Dos Dewasa

  • 50 hingga 300 mg setiap hari dibahagikan dalam 1 hingga 4 dos setiap hari.

Dos Kanak-Kanak untuk Sembelit

  • Kurang daripada 2 tahun: Bertanyalah pada doktor anda tentang dos yang sesuai.
  • 2 hingga 12 tahun: 50 hingga 150 mg setiap hari dibahagikan dalam 1 hingga 4 dos setiap hari.

Sumber:
https://www.drugs.com/colace.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-4576/colace-oral/details

error: Content is protected !!