Now Reading
Compazine (Loya/Mual/Muntah) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

Compazine (Loya/Mual/Muntah) – Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos

compazine

Pengenalan

Compazine (prochlorperazine) adalah ubat anti-psikotik ‘phenothiazine’ yang digunakan untuk merawat gangguan psikotik seperti skizofrenia. Tapi, ia juga digunakan untuk merawat kegelisahan, dan untuk mengawal mual dan muntah yang teruk.

Kegunaan Compazine

Ubat ini digunakan untuk merawat rasa loya, mual dan muntah yang teruk disebabkan hal tertentu (contohnya, selepas pembedahan atau rawatan kanser). Seterusnya, ubat ini tidak digalakkan untuk digunakan pada kanak-kanak yang berumur kurang dari 2 tahun atau pada kanak-kanak yang menjalani pembedahan.

Cara menggunakan Compazine

Ambil ubat ini secara oral dengan atau tanpa makanan seperti yang diarahkan oleh doktor anda, iaitu biasanya 3 hingga 4 kali sehari.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Compazine

Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakaplah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut seperti masalah alahan dan sejarah perubatan anda.

Berunding dengan doktor tentang bagaimana ubat ini boleh mempengaruhi anda dan apa yang harus anda hindari.

Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda gunakan (termasuklah ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi dan produk herba).

Ubat ini boleh membuatkan anda pening, mengantuk atau mengaburkan penglihatan anda. Arak atau dadah (ganja) boleh membuatkan anda lebih pening atau mengantuk.

Jangan memandu, menggunakan peralatan atau mesin berbahaya, atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan tinggi atau penglihatan yang jelas sehingga anda dapat melakukannya dengan selamat. Juga, elakkan minuman beralkohol.

Mungkin terdapat risiko peningkatan kesan sampingan yang serius dan mungkin membawa maut (seperti kegagalan jantung, degupan jantung cepat / tidak teratur, radang paru-paru) sekiranya ubat ini digunakan oleh orang dewasa yang lebih tua dan menghidap demensia.

Ubat ini juga tidak diluluskan untuk rawatan masalah tingkah laku demensia. Bincangkan risiko dan kelebihan ubat ini dengan doktor anda.

Kesan Sampingan Compazine

Mengantuk, pening, pening-pening lalat, penglihatan kabur, sembelit, atau mulut kering mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berlanjutan atau bertambah buruk, beritahu doktor atau ahli farmasi anda dengan segera.

Beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai kesan sampingan yang serius.

Seterusnya, ubat ini jarang menyebabkan keadaan yang sangat serius disebut sindrom malignan neuroleptik (NMS). Segera dapatkan bantuan perubatan jika anda mengalami simptom berikut:

  • demam
  • otot kaku / sakit / lembik / lemah
  • rasa letih yang teruk
  • kekeliruan yang teruk
  • berpeluh
  • degupan jantung yang cepat / tidak teratur
  • warna air kencing yang gelap
  • tanda-tanda masalah buah pinggang (seperti perubahan jumlah air kencing)

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan dengan segera sekiranya anda melihat gejala reaksi alergi yang serius, termasuk:

  • ruam
  • gatal / bengkak (terutamanya pada muka / lidah / tekak)
  • masalah pening yang teruk
  • kesukaran bernafas

Kontraindikasi Compazine

Jangan guna ubat ini dalam keadaan koma atau terdapat jumlah depresan yang banyak pada sistem saraf pusat (alkohol, barbiturat, narkotik, dan lain-lain.) Selain itu, jangan gunakan ubat ini dalam pembedahan pediatrik.

Bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah atau di bawah berat 20 paun, dosnya belum ditentukan lagi.

Interaksi Compazine

Beberapa produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuklah cabergoline, dofetilide, metoclopramide.

Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil produk lain yang menyebabkan rasa mengantuk seperti ubat sakit opioid atau ubat batuk, alkohol, ganja, ubat untuk tidur atau kegelisahan, penenang otot atau antihistamin.

Periksa label pada semua ubat anda (seperti alergi atau batuk dan selesema) kerana ia mungkin mengandungi bahan yang menyebabkan rasa mengantuk.

Tanya ahli farmasi anda mengenai cara penggunaan produk tersebut dengan selamat.

Ubat ini boleh mengganggu ujian makmal tertentu (termasuk fenilketonuria, ujian kehamilan tertentu), yang mungkin menyebabkan keputusan ujian yang salah.

Pastikan kakitangan makmal dan semua doktor yang terlibat mengetahui bahawa anda menggunakan ubat ini.

Dos Compazine

Compazine (Prochlorperazine) 25 mg suppositori ditetapkan untuk mengawal mual dan muntah yang teruk di kalangan orang dewasa.

Dos yang ditetapkan bergantung pada usia, keadaan perubatan dan tindak balas anda terhadap rawatan. Pada kanak-kanak, dosnya juga berdasarkan berat badan.

Jangan tingkatkan dos anda atau mengambil ubat ini lebih kerap daripada yang diarahkan.

– Terlepas dos

Sekiranya anda terlepas dos, ambilnya secepat mungkin sebaik sahaja anda ingat. Sekiranya sudah hampir dengan waktu dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu.

Ambil dos seterusnya pada waktu biasa. Jangan gandakan dos untuk mengejar dos yang terlepas.

Sumber:

error: Content is protected !!