Selepas anda tamat SPM, pasti anda ingin mencari tempat dalam pasaran pekerjaan selain menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tidak perlu merasa rendah diri kerana terdapat banyak tempat atau syarikat yang menawarkan kerja baru dengan kelayakan SPM.
Untuk menarik perhatian majikan, di sini kami akan kongsikan contoh resume terbaik bagi lepasan SPM.
Terdapat beberapa maklumat penting yang perlu diletakkan di dalam Resume anda, susunannya adalah seperti berikut:
1. Masukkan maklumat butiran diri yang ringkas dan tepat
- Pastikan anda meletakkan gambar formal bagi mengekalkan profesionallity anda
- Gunakan emel dengan nama sebenar. Elakkan mengguna emel seperti; teddybear98@gmail.com
- Letakkan nombor telefon yang aktif supaya mudah untuk majikan menghubungi anda.
- Letakkan umur dan status yang benar
- Gunakan tulisan yang besar dan maklumat yang lengkap
- Maklumat ini termasuklah nama penuh, no kad pengenalan, alamat, no telefon, emel, umur, warganegara, kaum, jantina, agama dan status
2. Masukkan latar belakang pendidikan/ akademik
- Mulakan dengan tahap pendidikan yang tertinggi iaitu Sekolah Menengah dan diikuti Sekolah Rendah, bagi lepasan SPM.
- Letakkan aliran yang diambil semasa SPM dengan jelas
- Letakkan tahun, institusi belajar dan juga pencapaian seperti 6A SPM, 5A PMR dan sebagainya. Jika pencapaian tidak memuaskan, letak sahaja SPM, PMR tanpa gred atau pangkat.
3. Letakkan pencapaian kokurikulum dan akademik
- Letakkan kedua-dua penglibatan iaitu penglibatan akademik dan juga kokurikulum (kelab, persatuan, sukan)
- Penglibatan ini amatlah penting untuk menunjukkan anda seorang yang aktif dan berkepimpinan
- Antara contoh penglibatan akademik adalah seperti pengawas, tokoh pelajar dan sebagainya
- Penglibatan kokurikulum melibatkan pencapaian dan penglibatan dalam sukan atau kemahiran seperti olahraga, pertandingan forum, bola sepak dan sebagainya.
- Kelaskan mengikut bahagian menggunakan kotak supaya nampak lebih kemas dan mudah dinilai.
- Susun mengikut tahun aktiviti/ program dan jawatan/pencapaian tertinggi.
- Utamakan penglibatan dan pencapaian peringkat tertinggi seperti antarabangsa dan kebangsaan
4. Selitkan kemahiran dan kekuatan
- Kelebihan ini merujuk kepada diri seperti mudah belajar, senang menyesuaikan diri dan sebagainya
- Kemahiran lain yang boleh difokuskan adalah kemahiran komputer (bonus jika anda perincikan kemahiran dalam seuatu aplikasi, sistem atau software yang berkaitan seperti microsoft excel, adobe photoshop dan sebagainya) dan kemahiran bahasa.
- Kelaskan kemahiran bahasa anda, tahap menulis & tahap bercakap (Speaking & Writing).
5. Rujukan
- Letakkan nama rujukan, jawatan dan nombor yang mudah dihubungi sekiranya anda mempunyai pengalaman.
- Jika tidak pernah bekerja, letakkan saja nama dan butiran guru anda
- Tujuan rujukan ini adalah supaya bakal majikan boleh menelefon rujukan ini terlebih dahulu untuk mengetahui sikap, cara bekerja dan sebagainya.
Tips Penting Untuk Resume Ringkas Dan Terbaik
- Butiran yang diberikan perlu mengikut tarikh/bulan/tahun yang terkini diikuti bulan/tahun yang berikutnya
- Semak semula ayat, tanda bacaan seperti noktah dan koma
- Anda perlu kreatif agar nampak lebih menonjol. Anda boleh gunakan template percuma yang ada di internet, bagi menampakkan resume anda lebih menarik.
Contoh Resume Sebagai Rujukan
Berikut adalah contoh resume yang lengkap yang boleh anda jadikan rujukan. Perhatikan penyusunan maklumat berikut untuk pastikan resume anda kelihatan kemas dan padat dengan maklumat yang penting untuk menjelaskan tentang diri anda secara ringkas dan benar.
![](https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume1.jpg 487w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume1-213x300.jpg 213w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume1-128x180.jpg 128w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume1-14x20.jpg 14w)
![](https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume3.jpg 529w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume3-222x300.jpg 222w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume3-133x180.jpg 133w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume3-15x20.jpg 15w)
![](https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume4.jpg 478w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume4-196x300.jpg 196w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume4-118x180.jpg 118w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume4-13x20.jpg 13w)
![](https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume5.jpg 528w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume5-247x300.jpg 247w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume5-148x180.jpg 148w, https://www.ceriasihat.com/wp-content/uploads/2021/04/resume5-16x20.jpg 16w)
Semasa anda melengkapkan resume ini, bayangkan anda sebagai majikan, apa yang anda ingin lihat di dalam resume bakal pekerja anda. Letakkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap bagi memudahkan urusan majikan anda nanti. Tidak perlu resume yang terlalu panjang, masukkan perkara penting dan satu muka surat juga sudah memadai.
Tidak mustahil jika resume menjadi punca anda gagal dipanggil ke temuduga ataupun mendapat kerja. Sama ada anda sedar atau tidak kadangkala kesilapan dalam menulis menjadi punya resume anda ditolak. Pastikan anda teliti dengan perkongsian format membuat resume di atas supaya resume anda diterima majikan. Selepas dipanggil temuduga, pastikan anda membuat persiapan dengan baik. Semoga bermanfaat dan selamat berjaya!
Sumber :
https://webpendidikan.my/cara-buat-resume-terbaik-bagi-lepasan-spm/
https://resumego.blogspot.com/2006/08/cara-buat-resume-untuk-lepasan-spm.html