Now Reading
Contoh Ucapan Happy Anniversary Yang Romantis

Contoh Ucapan Happy Anniversary Yang Romantis

Happy Anniversary

Happy Anniversary merupakan salah satu hari yang sering diingati terutama bagi pasangan yang sudah berkahwin, namun ada juga sesetengah pasangan tidak mementingkan anniversary kerana mungkin sahaja perkahwinan sudah mencecah lebih 15 tahun maka romantismenya sudah tidak ada lagi.  

Sebenarnya dengan ucapan happy anniversary boleh membuatkan  anda dan pasangan boleh kembali bernostalgia ke masa-masa awal perkenalan bahkan semasa awal pernikahan.

Dengan happy anniversary juga, boleh menjadi peringatan bahawa dunia atau latar belakang yang berbeza telah bersatu dalam satu ikatan yang baik. Malah lebih elok jika ianya disambut dengan anak-anak supaya menjadi contoh keluarga yang baik dan mencerminkan bahawa betapa bahagianya keluarga anda.

Disini kami sertakan contoh surat yang romantik untuk diberi kepada isteri atau suami anda sebelum memulakan sambutan happy anniversary.

Saya rasa dengan penulisan surat ini ianya adalah suara hati dan ucapan terima kasih kerana telah memberi saya tahun-tahun gembira, jadi saya memutuskan untuk menulis surat ini kerana kad ulang tahun tidak mencukupi dan kiriman whatsapp pun tidak mencukupi untuk menggambarkan perasaan ini. Dengan cara ini saya dapat duduk dan mengumpulkan pemikiran saya dan menyampaikannya kepada awak dengan tanda kecil cinta saya. Saya tahu dahulu awak sangat meminati buku sayap-sayap patah yang ditulis oleh Kahlil Gibran . Namun, setelah kita berkahwin, dan anak-anak kita mula tiba dengan cepat maka hari-hari pembacaan pun semakin terabai lalu kita kurang bercakap kerana sibuk menguruskan anak dan mencari rezeki demi melengkapi isi rumah demi kebahagiaan kita yang mendatang.

Saya tidak berfikir bahawa salah seorang daripada kita terlalu memikirkannya, kerana anak-anak kita selalu memberikan hiburan yang cukup untuk mereka sendiri. Betapa saya mengagumi kemahiran keibubapaan awak selama ini! Saya masih tidak tahu bagaimana anda melakukan semuanya dengan baik, kerana sejak awal lagi anak-anak kecil kita pasti akan menggembirakan kita seadanya. Saya akan sentiasa berterima kasih atas pertolongan yang awak berikan kepada saya ketika saya bekerja mencari sesuap nasi unntuk awak dan anak-anak . Saya mendapat manfaat daripada bimbingan dan kemahiran keibuan awak hampir sama seperti  apa yang dilakukan oleh anak-anak kepada kita hari ini . Sekarang mereka semua telah bahagia menjalani kehidupan mereka, kita perlu gembira harini kerana kita berjaya mendidik mereka mmenjadi anak-anak yang terbaik dan kita tidak perlu mengeluh  lagi mengenai masa kanak-kanak mereka  untuk masa ini, bagaimanapun, kita dapat menghapus air mata kita dengan menarik nafas  lega dan mengalihkan perhatian kita satu sama lain demi kebebasan kita yang baru diperolehi.

Melalui penulisan ini, Saya ingin meyakinkan awak bahawa tahun-tahun yang berlalu tidak sedikit pun mengurangkan cinta saya kepada awak. Sebaliknya, cinta ini hanya bertambah mengiringi masa kerana selalu memberi saya lebih banyak peluang untuk menghargai bagaimana awak berjaya menguruskan setiap cabaran baru yang dihadapi oleh kita. Jangan sekali-kali merasa rendah diri dengan uban di sini atau kerutan di sana, Sayangku. Walaupun kita tidak lagi muda namun awak indah seperti biasa, saya juga mengagumi kecantikan dalaman awak , yang semakin bertambah seiring dengan usia.

Saya akhirnya memahami maksud semua lagu cinta yang berkumandang di radio  yang membincangkan cinta yang tidak berkesudahan. Saya tidak fikir ia hanyalah ungkapan hiperbola atau puitis. Saya percaya sekarang bahawa cinta yang telah bertahan dalam ujian duniawi ini tidak akan pernah berakhir. Saya bersumpah untuk mencintaimu selama-lamanya dan dengan senang hati saya akan melakukannya, Cinta saya. Saya sangat bersyukur kerana awak terus mencintai saya – walaupun saya mengalami kegagalan dan kekurangan. Terima kasih kerana sentiasa berada di sana dan membantu saya untuk menjadi semua yang saya mampu.

Selamat Ulang Tahun!

Percaya atau tidak? Dengan sepucuk surat sahaja boleh menangkan hati yan membaca kerana dengan perkataan dan gaya bahasa yang baik boleh meluluhkan hati.

Disini juga penulis ingin memberi tips bagaimana menyambut happy anniversary dengan sempurna:

  • Mengajak pasangan bersiar-siar dan makan malam romantis di tempat pertama kali anda berkenalan
  • Menjalani sesi hati ke hati sambil yang berceritakan tentang hubungan anda berdua
  • Mendendangkan lagu yang pasangan sukai atau yang mengingatkan tentang hubungan anda berdua
  • Bersiar-siar  atau bercuti ke tempat yang belum pernah anda berdua lawati sebelum ini.
  • Bertukar hadiah dengan pasangan
  • Mengajak anak-anak untuk meraikan sekali
  • Membuat aktiviti yang teringin anda berdua lakukan

Happy anniversary amat penting kerana ianya  mengingatkan kita tentang peristiwa penting, baik peribadi dan budaya. Sama ada kita menandakan hari jadi, perkahwinan atau perkongsian awam, peristiwa penting, atau kematian orang yang disayangi,  setiap ulang tahun haruslah ditanda pada kalendar untuk mengingatkan kita tentang sesuatu yang penting bagi kita. Ini adalah kesempatan untuk merenungkan hubungan atau identiti budaya, untuk berkumpul untuk mengingati orang yang telah meninggal dunia, atau untuk meraikan peristiwa yang menggembirakan terutama perkahwinan.

Melalui happy anniversary, kita boleh mengambarkan emosi gembira atau terharu yang sangat diperlukan oleh manusia Mungkin ada tekanan untuk melakukan sesuatu yang luar biasa untuk menandakan tarikh ulang tahun perkahwinan, misalnya. Tetapi ia boleh menjadi cara yang baik untuk menyatukan semula hubungan anda. Melakukan sesuatu yang sederhana seperti makan bersama dan mengingati hari anda bertemu, bertunangan, berkahwin, atau meraikan perkongsian anda, boleh menjadi cara untuk mengingatkan diri anda mengapa anda jatuh cinta. Adalah penting untuk meluangkan masa untuk satu sama lain dalam hubungan, tetapi tidak dapat dielakkan bahawa kehidupan kadang-kadang menghalangi. Kerja, tugas, persekolahan – kehidupan bersekongkol melawan kita, dan sering kali hubungan kita adalah perkara yang tidak dititik beratkan. Namun tidak salahkan jika sekali sekala untuk meraikan?

Terpulang kepada anda.

Sumber

https://hellosehat.com/mental/hubungan-harmonis/pentingnya-merayakan-anniversary

https://www.writeexpress.com/love24.html

https://theawarenesscentre.com/anniversaries/

error: Content is protected !!