Now Reading
‘COVID Toes’: Simptom Luar Biasa Pesakit Coronavirus

‘COVID Toes’: Simptom Luar Biasa Pesakit Coronavirus

‘COVID Toes’: Simptom Luar Biasa Pesakit Coronavirus

Menurut doktor, jari kaki yang berwarna ungu dan bengkak mungkin merupakan salah satu simptom terkini jangkitan Coronavirus.

Digelar sebagai ‘COVID Toes’ oleh komuniti dermatologi, simptom ini mungkin menandakan anda perlu menjalani ujian bagi mengesan COVID-19.

Akademi Dermatologi Amerika telah melancarkan satu pendaftaran pada minggu lalu untuk mengesan kesan dermatologi yang mungkin dialami oleh pesakit COVID-19 dan mereka telah menerima sebanyak 200 balasan daripada pembekal kesihatan.

Dr. Esther Freeman, seorang ahli dermatologi dan epidemiologi di Hospital Besar Massachussets dan seorang ahli fakuliti di sekolah perubatan Harvard mengendalikan pendaftaran itu dengan kerjasama Akademi Dermatologi Amerika. Setakat ini, Freeman memberitahu Business Insider bahawa separuh daripada kes-kes yang dicatat dalam pendaftaran tersebut melibatkan lecet di tangan atau kaki yang menyerupai frostbite

Beliau turut berkata, beliau telah melihat sesetengah kes COVID toes tersebut pada pesakitnya sendiri melalui sesi konsultasi video.

Apakah yang menyebabkan ‘COVID Toes’?

Menurut Freeman, punca sebenar keadaan ini masih tidak diketahui dengan jelas. Beliau menjelaskan terdapat beberapa teori utama yang mengelilingi komuniti medik pada saat ini.

Teori pertama ialah, lecet tersebut mungkin muncul kerana virus itu menyebabkan keradangan umum dalam bada. Sebab lain adalah, virus itu mungkin menyebabkan Vaskulitis yang bermaksud salah satu dinding pembuluh darah meradang. Teori atau sebab yang berkemungkinan yang ketiga ialah lecet tersebut mungkin diakibatkan oleh pembekuan darah dalam pembuluh di bawah kulit.

Namun begitu, mungkin pada saat akhir lebih daripada satu hipotesis tersebut adalah betul. Malah, ia mungkin juga melibatkan kombinasi kesemua keadaan-keadaan tersebut atau segelintir pesakit mungkin mengalami COVID Toes atas sebab tertentu manakala pesakit yang lain mengalaminya akibat punca lain. Adalah tidak mustahil juga jika ia adalah sejenis spektrum.

Schwartz pula memberitahu Business Insider walaupun beliau tidak menjumpai pesakit COVID-19 dengan kuku kaki yang bengkak sepanjang pengalamannya bekerja sebagai doktor. Beliau berkata, segelintir individu telah memberi komen dan menghantar pesanan kepadanya untuk menyatakan pengalaman dengan simptom tersebut.

Dalam webinar terkini di mana Schwartz sedang membentangkan tentang virus tersebut kepada sekumpulan doktor keluarga di Calgary, seorangg penonton turut mengajukan soalan sama ada Schwartz atau doktor-doktor lain menemui kes pesakit COVID yang mempunyai lecet di kaki.

Schwartz berkata walaupun kes tersebut masih awal, beliau berasa yakin bahawa kuku kaki yang kelihatan seperti ‘frostbite’ tersebut, yang dialami oleh segelintir pesakit COVID-19 adalah simptom yang serius bagi penyakit itu.

Pesakit dengan ‘COVID Toes’ cenderung berusia muda dan mungkin tidak mempunyai simptom lain

Kebanyakan pesakit COVID-19 muda mengalami jari kaki yang bengkak dan sakit, menurut Dr. Lindy Fox, seorang profesor dermatologi di Universiti California, yang turut terlibat dalam pendaftaran Akademi Dermatologi Amerika. Namun, majoriti daripada mereka kelihatan sihat dan menunjukkan sedikit atau tiada simptom lain.

Fox mencadangkan semua individu yang mengalami simptom ini perlu menjalani ujian diagnostik untuk memeriksa sama ada mereka dijangkiti dan mendapatkan ujian antibodi untuk menunjukkan jika mereka pernah dijangkitinya.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa jari kaki yang meradang dan berwarna ungu itu tidak semestinya menandakan seseorang mengembangkan simptom COVID-19 lain yang serius.

Menurut Fox lagi, masalah jari kaki tersebut boleh berlaku seiring simptom-simptom lain atau setelah simptom lain berkurang.

Simptom seperti ‘frostbite’ ini boleh berlaku atas sebab yang tidak berkaitan dengan Coronavirus terutamanya sewaktu musim sejuk atau di tempat-tempat yang beriklim sejuk.

Akan tetapi, bilangan kes seperti masalah jari kaki yang digelar Pernio, yang telah dikesan oleh komuniti medik telah membuatkan doktor menganggap kes tersebut berkait dengan Coronavirus.

Malah, kekurangan prosedur pengujian terhadap virus tersebut bermaksud kita tidak begitu tahu berapa ramai individu yang mempunyainya dan sama ada masalah COVID Toes tersebut adalah indikasi lain penyebaran virus itu.

Sumber Gambar:

https://www.forbes.com/sites/judystone/2020/04/27/spots-on-toes-and-rashes-join-weird-new-symptoms-of-coronavirus/#48e4b16557da

SUMBER

https://www.healthline.com/health/covid-toe-rash

https://health.clevelandclinic.org/are-covid-toes-and-rashes-common-symptoms-of-coronavirus/

error: Content is protected !!