Now Reading
Cyberjaya Hotel untuk Pengembara di Bawah RM250

Cyberjaya Hotel untuk Pengembara di Bawah RM250

cyberjaya hotel

Berita baik buat pengambara! Ini ialah senarai Cyberjaya hotel bawah RM250. Juga untuk mereka yang ingin melawat atau masuk ke uni di Cyberjaya.

Di Cyberjaya ada Multimedia Universiti, Limkokwing, UM dan Herrriot-Watt Universiti. Tambahan lagi, ada juga Kolej Cyber Putra dan Kolej Internasional Kirkby. Semua terlatak di Cyberjaya ataupun berdekatan dengannya.

Untuk tempat bermalam, anda mestilah perlukan penginapan yang baik dan selesa. Jom tengok hotel apa yang tersenarai hari ini.

Tune Hotel – DPulze Cyberjaya hotel

Tune Hotel terletak berdekatan dengan Pusat Membeli-belah DPulze dan mempunyai bilik yang dekorasinya menarik dan berpenghawa dingin. Biliknya bertemakan warna merah terang. Terdapat televisyen skrin rata, meja kerja dan peti simpanan komputer riba di setiap bilik.

Hotel bajet terletak di seberang Terminal Pengangkutan Cyberjaya yang hanya 400 meter manakala Putrajaya hanya 15 minit perjalanan. Pilihan yang sesuai untuk pengembara solo.

Lokasi: Block D, Cyberjaya CBD, Persiaran Multimedia, Cyber 12, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM92/semalam

Monaco Hotel cyberjaya hotel

Monaco Hotel juga berada di Cyberjaya, dan kurang 1 batu dari Pusat Membeli-belah DPULZE. Beberapa unit di sini terdapat balkoni dengan bilik air persendirian.

Di meja pendaftaran, pegawai hotel di sini sedia membantu anda. Bilik yang ditawarkan memounyai reka bentuk dalaman yang bakal mengujakan para tetamu, selain dari lokasinya yang strategik.

Lokasi: Suite 4801-0-02, Jalan Perdana, CBD Perdana, Cyber 12, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM78/semalam

EV World Hotel @ DPulze Cyberjaya hotel

EV World Hotel @ DPulzze Cyberjaya hanya 2 minit dari Pusat Membeli-belah DPULZE dan 1.1 kilometer dari Shaftsbury Square di Cyberjaya.

Terdapat cerek, penghawa dingin dan televisyen skrin rata disediakan di setiap bilik. Bilik mesyuarat dan penyewaan function room juga tersedia 24 jam di pendaftaran buat pelancong yang mempunyai urusan perniagaan.

Location: Persiaran Flora, CBD 1 Suite 4803-01-03, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM89/semalam

Dash Box Hotel Cyberjaya hotel

Dash Box Hotel Cyberjaya mempunyai kolam mandi outdoor juga restoran dan bar di mana tetamu boleh menikmati juadah yang lazat. DPULZE dan Shaftsbury Square keduanya hanya 2.7 kilometer dari hotel.

Sekiranya bertuah, anda akan mendapat bilik berbalkoni dengan pemandangan yang indah di luar. Pusat senaman, kelab kanak-kanak dan stesen mengecas kereta elektrik juga merupakan kemudahan tersedia di sini.

Location: Dash Box Hotel @ MaGIC Village, Cyver 8, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM111/semalam

COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya hotel

COOP Hotel Putrajaya & Cyberjaya menyediakan penginapan yang selesa di samping terdapat restoran di dalam hotel. Setiap hari, ada sarapan yang halal buat tetamu.

Hotel ini merupakan pilihan yang bagus buat tetamu yang mencari tempat bermalam yang berbaloi dan mesra bajet kerana ada pelbagai pilihan makanan tempatan yang berdekatan.

Lokasi: NO. 65- 67 Jalan Cyber Valley 1B/3 Cyber Valley Commercial Centre, 43800 Kapung Dengkil.

Harga: RM81/semalam

Tan’Yaa Hotel by Ri-Yaz Cyberjaya hotel

Tan’Yaa Hotel ada sebuah restoran dan pusat senaman. Adakah anda ke Cyberjaya untuk urusan perniagaan? Jika ya, terdapat pusat perniagaan, Wi-Fi percuma di kawasan awam dan perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang tersedia untuk anda.

Tambahan lagi, tempat letak percuma dan perkhidmatan ulang-alik awam juga ada okay.

Lokasi: Block 3520, Jalan Teknorat 6, Cyber 5, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM156/semalam

Tamarind Suites Cyberjaya

Tamarind Suites adalah sebuah penginapan bebas asap rokok, 8 buah restoran, kolam mandi outdoor dan pusat senaman. Selain itu, mereka ad ataman, pasaraya atau kedai runcit dan sebuah perpustakaan.

15 buah bilik tetamu di sini diberikan kemudahan peti sejuk, dapur memasak serta tempat tidur bersama bantal, televisyen LCD dengan saluran satelit. Ada lagi! mereka ada ruang tamu, ruang makan dan juga cadar kapas Mesir. Perkhidmatan housekeeping boleh pun ada.

Lokasi: Tamarind Square, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM147/semalam

Cyberjaya Resort & Spa

Di Cyberjaya Resort & Spa, anda akan jumpa perkhidmatan penuh spa, 3 buah restoran dan kolam mandi outdoor. Dengan kelab kanak-kanak dan kolam renang kanak-kanak, resort ini adalah sesuatu yang sesuai untuk semua orang, siap ada perkhidmatan dobi lagi.

Nikmati pusat senaman berserta Wi-Fi percuma dan perkhidmatan ulang-alik ke pusat membeli-belah. 112 buah bilik dengan Wi-Fi dan internet berwayar percuma, juga televisyen LCD dengan siaran bersatelit. Jubah mandi dan selipar sebagai kemudahan sampingan.

Lokasi: The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM227/semalam

Citadines DPulze Cyberjaya

Sebuah kolam mandi outdoor dan kelab kesihatan tersedia di aparthotel ini. Nikmati kelebihan seperti Wi-Fi percuma di kawasan awam, servis mendobi dan perkhidmatan pickup di lapangan terbang di anda mengembara atau urusan perniagaan.

Wi-Fi percuma, pendiangan dan peti besi juga tersedia di apartment kalis bunyi ini. Lantai yang dipanaskan dan dapur dengan peti sejuk dan dapur memasak adalah kemudahan kelas atas. Perkhidmatan housekeeping disediakan setiap minggu.

Lokasi: Lingkaran Cyber Point Timur, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM143/semalam

Beryll Boutique Hotel Cyberjaya

Beryll Boutique Hotel menawarkan perkhidmatan Wi-Fi percuma di sekitar hotel, juga tempat penyimpanan bagasi dan perkhidmatan penjaga pintu disediakan buat pengunjung yang ingin bermalam di sini.

Mandian dengan pancuran air, televisyen skrin rata juga tersedia di dalam 25 bilik tetamu. Bilik mandi, telefon dan papan menggosok adalah antara kemudahan yang ada.

Lokasi: Suite 4803-02-05 CBD Perdana 1, Jln Perdana, 63000 Cyberjaya.

Harga: RM84/semalam

Anda akan terkejut apabila tahu harga Cyberjaya hotel ada je yang berpatutan. Selain dari hotel-hotel yang menarik ini, anda juga boleh menjumpai tempat makan yang sedap macam Salam Noodle dan Saba Restaurant.

Cyberjaya bukan hanya taman sains, malah sebuah tempat yang menyeronokkan untuk diteroka dan dilawati.

Sumber:

https://www.letsgoholiday.my/p/cyberjaya-hotel

https://www.travelocity.com/Cyberjaya-Hotels.d6049751.Travel-Guide-Hotels

error: Content is protected !!