Keunikkan negeri Perak dapat dinilai dari segi lanskap Bukit Kapur yang mengelilingi kota, reka bentuk bangunan yang berkonsepkan ‘English’, mempunyai pantai yang pasirnya lembut dan juga hutan simpanannya yang selamat untuk acara aktiviti riadah lasak
Selamat datang ke daerah di PERAK : Negeri paling SYOK! di Malaysia
Terdapat pelancong yang telah klasifikasikan 10 aktiviti terbaik yang harus dilakukan di Perak :
1. Seni Reka Bangunan di Perak
Perak sangat terkenal semasa zaman pemerintahan colonial British kerana aktiviti perlombongan biji timah tertumpu sepenuhnya di Ipoh dan juga Taiping. Oleh itu, seni bina bangunan di sekitarnya sangatlah dipengaruhi oleh reka bentuk vintaj daripada negara British, seperti di Stesen keretapi , Mercu Tanda Jam Birch dan bangunan Makhkamah Tinggi Negeri, British-Inspired center, Lake Garden , Maxwell Hill dan 24 monumen yang lain. Semua nya ‘instagramable-worthy’ .
2. Pulau Pangkor – pulau yang paling ‘’underrated’ di Malaysia
Biarpun ‘’underrated’’ , pulau pangkor masih didatangi pengunjung yang lari daripada kesibukkan kota atau tempat pelancongan yang sesak di sekitar pesisiran Selat melaka yang lain kerana Pulau pangkor menyalurkan suasana yang tenang , pasirnya yang gebu lembut, di kelilingi keindahan bukit hutan , terdapat chalet / resort tersergam indah menyambut tetamu mahu menginap di sana dan pulaunya juga dihuni oleh ratusan spesis Burung Kenyalang. Selain daripada menikmati Sunset di pantai, pengunjung berpeluang untuk ke The crumbling Dutch Fort dan rumah tempatan yang konsepnya warna warni sesuai untuk sesi fotografi sebagai kenangan
3. Rumah Agam ‘’ Kelle’s Castle ‘’ yang SERAM
Kelle’s Castle telah melalui zaman kegemilangan sejak abad ke-20 sehingga pemiliknya Willam Kellie dan keluarga meninggalkan seluruh Rumah Agam yang renovasi nya terbengkalai. Struktur seni bina gabungan konsep Moorish , Roman dan British India yang terbengkalai, dimamah waktu dan dijamah alam itu telah menaikkan aura misterinya sebagai tarikan pelancongan di daerah Batu Gajah ( 21 km daripada bandar utama ipoh).
Pada pengunjung yang suka akan suasana misteri seram boleh melawat masuk ke dalam Rumah agam Kelle’s Castle kerana di percayai terdapat roh-roh yang masih berkeliaran dikoridor dan gelanggang tenis dibahagian teratas rumah.
4. Kuil Gua terbesar di Perak, Kuil Gua Sam Poh Tong
Bukan hanyalah sebuah Kuil untuk ritual keagamaan, ianya penuh dengan sejarah dan seni reka yang menakjubkan, juga kuil gua terbesar di Perak. Oleh itu, Kuil Sam Poh tong ini mampu menyediakan ruang dalaman untuk pengunjung melawat sambil mengenali sejarah agama Buddha yang sudah bertapak di situ sejak abad ke-10.
Tarikan utama; pameran patung-patung relik Buddha, suasana damai dengan laungan lembut sami kuil dan 246 anak tangga untuk menikmati ‘’rooftop view’’.
5. Aktiviti lasak Whote water rafting di Hutan Gopeng
Kelasakkan impak aliran sungai Kampar diklasifasikan dari kelas I ke kelas III sepanjang 14 jaluran sungai menjadikan ianya tempat tarikan pelancong. Pelancong yang belum mahir akan dibantu oleh yang professional dan disusuri di aliran sungai yang kurang lasak. Aktiviti tersebut mempunya hanya 2 slot , iaitu pada jam 9am dan 1pm setiap hari.
6. Movie Animation Park Studios (M.A.P.S)
Taman tema M.A.P.S ini adalah antara yang pertama wujud di seluruh negara asia. Ianya taman tema yang meyediakan 40 elemen tarikan dan 6 zon aktiviti mengikuti tema yang dapat dinikmati oleh kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Tema-tema yang dipamerkan merangkumi tema animasi asal Malaysia sehinggalah ke peringkat antarabangsa seperti boboiboy , Croods, The smurfs dan sebagainya. Pengunjung juga berpeluang bertemu & bergambar dengan watak animasi kegemaran mereka disekitar lokasi.
7. Menara Condong Teluk intan, Perak
Di negara Itali ada Leaning Pisa Tower , di Malaysia kita ada Leaning tower of Teluk Intan, secara illusi bangunan seperti mempunyai 8 tingkat tetapi sebenar nya hanya ada 3 tingkat pengunjung boleh masuk melihat reka seni dalamannya., terletak dipertengahan kota Perak.
8. Zoo Taiping & Night Safari
Zoo yang tertua di Malaysia, dibuka pada tahun 1961. Tidak usah untuk melancong jauh-jauh ke afrika kerana di Zoo Taiping terdapat banyak haiwan liar yang juga hampir pupus seperti harimau , singa afrika , zirafah dan sebagainya untuk dikenali. Sekiranya melawat Night Safari , tidak digalakkan menyuluh haiwan mengguna flash kamera mahupun lampu picit.
9. Hutan simpanan Royal Belum
Nak yang lebih teruja lagi? Ayuh melawat Perkampungan Orang asli, di sekitar Hutan simpanan yang tertua di Malaysia berada di Perak , sambil menjejaki keindahan alam dimana pengunjung akan terjumpa dengan bunga rafflesia liar, haiwan liar yang jinak dan berpiknik di Kawasan air terjun.
10. ‘’Street Food’’
Salah satu cara untuk mengenali budaya sesebuah tempat adalah melalui makanan. Di sekitar jalanan kota daerah Perak, terdapat banyak gerai yang menjual makanan khusus dari Perak seperti, Chee Cehong Fun, Mi Hakka, Mi Goreng, Satay ayam/babi, Roti Kaya, Tau Fu Fah , Karamel Tart Telur dan sebagainya. Jadi, pengunjung tidak akan berlapar sepanjang perjalanan melawat daerah-daerah di sekitar Perak. Bila kenyang, hatipun girang.
Berikut sedikit perkongsian yang menarik mengenai daerah di negeri Perak. Semoga bermanfaat untuk anda semua!
Sumber:
https://trip101.com/article/things-you-must-do-perak
https://www.thecrazytourist.com/25-best-things-to-do-in-perak-malaysia/