Now Reading
Daftar Kelahiran: Cara Daftar Kelahiran Online JPN

Daftar Kelahiran: Cara Daftar Kelahiran Online JPN

daftar kelahiran

Berita baik untuk semua yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), anda kini boleh membuat pelbagai urusan secara atas talian, terutamanya dalam tempoh PKP ini termasuklah untuk urusan daftar kelahiran.

Setiap anak yang dilahirkan perlu didaftarkan dalam tempoh 60 hari dilahirkan, atau jika tidak, anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM50 sebagai denda di atas kelewatan pendaftaran. Bagi anda yang pertama kali melahirkan, berikut adalah cara daftar sijil kelahiran anak sebagai panduan anda.

Syarat permohonan sijil kelahiran

Bukan semua orang boleh pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendaftarkan kelahiran seorang bagi. Berikut adalah beberapa syarat permohonan pendaftaran kelahiran yang wajib dipenuhi:

  • Ibu atau bapa kanak-kanak tersebut
  • Penjaga kanak-kanak yang sah
  • Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak
  • Ibu dan bapa kanak-kanak bagi pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara daftar kelahiran online (secara atas talian) melalui Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) https://www.jpn.gov.my

Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN

Cara Daftar Kelahiran Online JPN & Semakan Status MyKid
  • Layari Portal JPN : https://www.jpn.gov.my
  • Klik pada pautan Permohonan Pendaftaran Kelahiran Dalam
    Talian di bawah menu Perkhidmatan “Dalam Talian”
  • Pilih Pendaftaran Kelahiran Online (atau terus scan QR code dalam poster di atas).
  • Pengguna akan dibawa ke alamat https://osldftrhr.jpn.gov.my
  • Paparan utama laman sesawang sistem adalah seperti yang tertera di bawah.
  • Pengguna perlu mendaftar di Portal MyGovernment terlebih dahulu sebelum dibenarkan log masuk ke sistem.
    • Klik butang Daftar Pengguna Baru untuk mendaftar bagi kali pertama; atau
    • Klik Log Masuk jika sudah mendaftar

*(Rujuk panduan bergambar di bawah untuk mendaftar)

  • Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan.
  • Pengguna baru perlu mengisi dengan lengkap dan tepat semua maklumat yang diperlukan bagi proses pendaftaran
    • Pastikan ruangan nama penuh di lengkapkan dengan nama sama seperti di kad pengenalan dan;
    • Alamat emel yang di berikan adalah wujud untuk tujuan penghantaran notifikasi pengaktifan pendaftaran akaun.
  • Pengguna akan menerima emel dari mygovernment@malaysia.gov.my.
  • Sila klik pada butang yang tertera bagi mengaktifkan akaun anda.
  • Setelah klik pada pengesahan pendaftaran yang diemelkan, pemohon akan dipaparkan ke halaman utama web, di sini pemohon perlu mencipta kata laluan, mengesahkan kata laluan dan teks pengesahan (CAPTCHA) bagi proses pengaktifan akaun pengguna.
  • Pemohon akan dipaparkan ke notifikasi pengaktifan kata laluan perjaya, di sini pemohon klik seterusnya untuk log masuk kali pertama.
  • Sebagai pengguna baru sistem, pengguna perlu memasukkan No MyKad atau emel dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Pengguna akan dibawa ke laman utama sistem setelah pengguna berjaya log masuk.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

PANDUAN BERGAMBAR DAFTAR KELAHIRAN ONLINE JPN

Langkah 1

Mula-mula pergi ke laman web JPN atau klik terus ke pautan ini : https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kelahiran

Paparan pop-up ni akan keluar. Tekan je OK.

Langkah 2

Nanti akan keluar satu lagi pop-up macam di bawah. Klik butang ‘Always Show’ tu.

Nota: Jangan tekan pangkah tau! Kalau pangkah nanti tak boleh nak akses portal tu.

Langkah 3

Bila kita dah tekan ‘Always Show’ tu nanti baru akan keluar menu ‘Daftar Pengguna Baru’. Klik situ.

Nanti kita akan dibawa ke Portal MyGovernment.

Langkah 4

Kat sinilah kita kena daftarkan maklumat untuk akses Portal JPN tu.

Jangan risau, portal myGovernment ialah Portal Kerajaan Malaysia yang selamat ok!

Langkah 5

Bila dah siap isikan maklumat, akan dapat notis macam ni.

Jadi, kita kena buka e-mel untuk aktifkan pendaftaran.

Dalam e-mel akan dapat macam ni. Klik je kat kotak biru tu.

Kemudian bolehlah aktifkan ID kita yang didaftarkan tadi.

Masukkan no IC dan password.

OK! Sekarang baru boleh klik ‘Log Masuk’ dekat website JPN tadi.

Langkah 6

Cuba login menggunakan password tadi.

Guna no IC dan password yang kita daftar tadi ok.

Dah dapat QR code ni maksudnya dah berjaya daftar ID.

Ok sekarang bolehlah login ke Portal JPN tadi tu semula.

Rujuk step kat bawah ni pula untuk isi borang.

Cara Isi Borang Daftaran Kelahiran Online JPN

Langkah 1

Pergi semula ke laman web JPN tadi atau terus ke pautan https://osdftrlhr.jpn.gov.my/indexi.php

Sila baca semua terma & syarat yang telah disenaraikan.

Jika setuju dengan terma yang disenaraikan, sila klik pada butang ‘Setuju’ untuk meneruskan permohonan.

Langkah 2

Pengguna perlu melengkapkan borang tersebut, dan klik butang “Seterusnya”.

Teruskan dan klik butang “Daftar”.

Lengkapkan status Taraf Perkahwinan dan klik butang “Daftar”.

Seterusnya anda perlu mengisi maklumat kelahiran yang akan dipaparkan seperti di bawah:

Setelah mengisi semua maklumat, anda akan menerima notifikasi PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA.

Berikut adalah paparan bagi permohonan yang berjaya didaftarkan, sila klik butang Cetak Slip Permohonan.

Sila simpan / screenshot no slip permohonan yang diberikan untuk ditunjukkan kepada pegawai di Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara yang berdekatan.

Cetak slip permohonan yang diberikan.

Anda perlu hadir ke Jabatan Pendaftaran negara yang berdekatan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran.

*Rujuk manual oleh Jabatan Pendafataran Negara JPN di SINI.

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

Sepanjang tempoh ini, JPN akan melaksanakan pematuhan SOP yang ketat dengan hanya menerima Pelanggan yang telah mempunyai janji temu Sahaja.

Permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/.

Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada myjanjitemu@jpn.gov.my.

Sumber:

1) https://harianpost.my/daftar-kelahiran-online-jpn/

2) https://bidadari.my/cara-daftar-sijil-kelahiran-anak/

3) https://limaminit.com/cara-mudah-daftar-sijil-kelahiran-anak/

error: Content is protected !!