Now Reading
Daging BBQ Korea

Daging BBQ Korea

Daging BBQ Korea

Ia merujuk kepada daging diperap, (biasanya daging lembu ), dimasak menggunakan teknik memanggang tradisional seperti kekisi besi atau kubah serabi berlubang yang terletak di atas perapian, tidak seperti menggoreng atau merebus. Istilah ini juga digunakan untuk variasi seperti dak bulgogi (yang dibuat dengan ayam) atau dwaeji bulgogi (dengan daging babi), bergantung pada jenis daging dan perasa yang digunakan

Resepi terbaik untuk hidangan Daging BBQ Korea. Nikmati hidangan BBQ Korea yang lazat ini dengan hanya 3g karbohidrat bersih/ hidangan. Jom ikuti langkah demi langkah yang cepat dan mudah untuk menyediakannya.

  • Masa persediaan – 5 minit
  • Masa memasak – 5 minit
  • Tempoh perapan – 1 hari
  • Tahap – Mudah
  • Saiz hidangan: 2 orang

Peralatan yang diperlukan:

  • Beg plastik berzip
  • Kuali berdatar / pan
  • Kertas kerajang aluminium
  • Pemanggang

Bahan-bahan:

Bahan untuk daging:

  •  400g daging dipotong kecil 
  • 1 batang daun bawang
  • 1 sudu besar biji bijan dipanggang
  • 1 sudu besar minyak bijan untuk gorengan

Bahan untuk perapan:

  • 1/2 bawang kuning bersaiz sederhana
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/4 keseluruhan jalapeno (pilihan)
  • 1/4 cawan kicap soya
  • 2 sudu besar pemanis Monkfruit atau Erythritol
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1/8 sudu kecil lada hitam

Cara penyediaan:

Cara membuat perapan:

  1. Potong ayam ke dalam kepingan saiz kecil, kira-kira 1/2 x 1/2 inci dan masukkan ke dalam beg plastik berzip.
  1. Gunakan pengisar atau pemproses makanan untuk mencampurkan bahan-bahan (kicap, pemanis, minyak bijan, 1/2 bawang, jalapeno, bawang putih dan lada hitam) bersama-sama untuk menghasilan perapan. Kemudian, masukkan perapan ke dalam beg plastik berzip.
  1. Letakkan beg plastik berzip dengan rata di dalam peti sejuk selama 24 jam.

Cara memasak:

  1. Potong daun bawang dalam 1 inci dan ketepikannya.
  1. Jika anda menggunakan kuali menggoreng, tambah 1 sudu minyak bijan ke dalam kuali goreng dan panaskannya hingga mencecah suhu tinggi, biasanya ini mengambil masa sekitar 1 minit.
  1. Sebaik sahaja sudah panas, rendahkan suhu ke medium rendah dan masukkan ayam dan daun bawang yang dicincang.
  1. Masak selama 4 hingga 6 minit sehingga selesai. Pindahkan ke dalam pinggang hidangan dan hiaskan dengan benih bijan panggang. Rasanya adalah terbaik jika dinikmati dengan sayur-sayuran hijau!

Arahan tambahan:

  1. Jika anda memanggang, panaskan pemanggang terlebih dahulu sehingga mencapai suhu sekitar 177 °C. Pada sekeping kertas kerajang aluminium, tambahkan daun bawang dan ayam.
  1. Apabila pemanggang sudah mencapai suhu yang sesuai, panaskan suhu ke medium rendah, pindahkan kertas kerajang secara terus ke atas pemanggang, tutupnya dan masak selama 4 hingga 6 minit dengan sesekali menterbalikkan makanan sehingga selesai.
  1. Setelah dimasak, pindahkan ke dalam pinggan hidangan dan hiaskan atasnya dengan benih bijan panggang. Ia terbaik dinikmati bersama sayur-sayuran hijau!

Selamat mencuba!

Tefal Cookware Natura Frypan 20cm

RM54.00

Lapisan tidak melekat MINERALIA menawarkan ketahanan yang tinggi terhadap calar dan ketahanan yang sangat baik dari masa ke masa. Bukan sahaja ianya tahan lasak, malahan tahan calar dan selamat digunakan untuk semua jenis dapur atau induction cooker. Diiktiraf selamat oleh FDA USA, anda boleh menyediakan segala jenis hidangan dengan menggunakan kuali non-stick ini. Tidak perlu lagi menggunakan minyak apabila anda menggunakan kuali ini.

Panasonic Electric Oven

RM689.00

Ketuhar elektrik bersaiz padat ini dilengkapi dengan pemanggang berganda dan fungsi perolakan di mana ia membolehkan anda memasak makanan dengan mudah dalam keselesaan rumah anda. Ketuhar juga dilengkapi dengan fungsi rotisserie yang dapat memanggang sekeping daging dengan baik dan teliti sambil perlahan-lahan memutarnya.

Oven ini mempunyai pelbagai jenis fungsi, antara fungsi utamanya ialah baking dan grilling. Fungsi grilling menggunakan komponen besi pemanggang didalam oven yang terdapat pada oven bagi mengenakan haba dengan cara yang sedikit berbeza berbanding baking. Baking pula menggunakan pemanas dari bahagian bawah oven dimana habanya akan kena pada bahan masakan secara beransur-ansur, konsep ini sebenarnya sama dengan konsep baking dahulukala yang menggunakan kayu api atau arang. Apa-apa pun, oven ini mempunyai keupayaan pemindahan haba yang sangat baik sekaligus mampu menghasilkan kek yang kena dengan kehendak anda.

error: Content is protected !!