Pengenalan
Darah dalam air kencing atau Hematuria, boleh dilihat dengan mata kasar atau mikroskopik (sel-sel darah hanya boleh dilihat melalui mikroskop). Hematuria kotor boleh bervariasi dari segi penampilan, yang bermula dari warna merah muda hinggalah merah gelap bersama dengan gumpalan. Walaupun jumlah darah dalam air kencing mungkin berbeza, jenis keadaan yang boleh menyebabkan masalah ini adalah sama dan memerlukan rawatan atau penilaian yang serupa.
Individu yang mengalami hematuria kotor akan berjumpa doktor dengan keadaan darah dalam air kencing sebagai aduan utama. Sebaliknya, individu yang mempunyai hematuria mikroskopik sebaliknya tidak menyedari masalah ini dan keadaan mereka hanya akan dikesan sebagai sebahagian daripada pemeriksaan berkala oleh seorang doktor penjagaan primer.
Penerangan
Hematuria kotor menghasilkan air kencing berwarna merah jambu, merah atau seperti air kola kerana kehadiran sel darah merah. Hanya sedikit darah diperlukan untuk menghasilkan air kencing yang berwarna merah, dan pendarahan ini biasanya tidak menyakitkan. Walau bagaimanapun, bekuan darah yang melalui air kencing anda boleh jadi menyakitkan.
Di samping itu, air kencing berdarah biasanya berlaku tanpa tanda atau gejala lain.
Penyebab yang berkemungkinan
Jika anda mengalami hematuria, buah pinggang atau bahagian saluran kencing yang lain membenarkan kehadiran sel darah ke dalam air kencing. Pelbagai masalah boleh menyebabkan kebocoran ini, termasuklah:
- Jangkitan saluran kencing. Ini berlaku apabila bakteria memasuki badan anda melalui uretra dan berlipat ganda dalam pundi kencing. Gejala boleh merangkumi keinginan untuk kencing, kesakitan dan rasa terbakar apabila kencing, serta air kencing dengan bau yang sangat kuat.
Bagi sesetengah individu terutamanya orang dewasa yang lebih tua, satu-satunya tanda penyakit mungkin melibatkan darah mikroskopik dalam air kencing.
- Jangkitan buah pinggang (pyelonephritis). Ini boleh berlaku apabila bakteria memasuki buah pinggang dari aliran darah atau bergerak dari ureter ke buah pinggang anda. Tanda dan gejala biasanya serupa dengan jangkitan pundi kencing walaupun jangkitan buah pinggang lebih cenderung menyebabkan simptom demam dan diiringi dengan kesakitan.
- Batu pundi kencing atau batu karang. Mineral dalam air kencing yang pekat kadangkala membentuk kristal di dinding buah pinggang atau pundi kencing anda. Lama kelamaan, kristal tersebut boleh menjadi batu-batu kecil yang halus.
Seterusnya, batu-batu ini pada umumnya tidaklah menyakitkan, jadi anda mungkin tidak menyedari akan kehadirannya kecuali jika mereka menyebabkan penyumbatan atau dikeluarkan. Ia biasanya tidak menyebabkan kesakitan yang teruk. Sebaliknya, batu pundi kencing atau batu karang boleh menyebabkan pendarahan yang kotor dan mikroskopik.
- Pembesaran prostat. Kelenjar prostat iaitu di bawah pundi kencing dan di sekeliling bahagian atas uretra sering membesar apabila individu lelaki semakin berumur. Ia kemudian akan memampatkan uretra, lalu menghalang sebahagian aliran air kencing. Tanda-tanda pembesaran prostat (hiperplasia prostatic benign, atau BPH) termasuklah kesukaran untuk membuang air kencing, keperluan yang mendesak atau berterusan untuk membuang air kencing dan kehadiran darah yang kelihatan atau mikroskopik dalam air kencing. Jangkitan pada prostat (prostatitis) juga boleh menyebabkan tanda dan gejala yang sama.
- Penyakit buah pinggang. Pendarahan kencing mikroskopik adalah gejala umum bagi glomerulonefritis, iaitu keradangan sistem penapisan buah pinggang. Glomerulonephritis mungkin menjadi sebahagian daripada penyakit sistemik seperti diabetes atau boleh berlaku dengan sendirinya. Jangkitan virus atau strep, penyakit saluran darah (vaskulitis) dan masalah imun seperti nefropati IgA, yang menjejaskan kapilari kecil yang menapis darah dalam buah pinggang (glomeruli) juga boleh mencetuskan keadaan sama.
- Kanser. Pendarahan dalam air kencing yang boleh dilihat mungkin menandakan kanser buah pinggang, pundi kencing atau kanser prostat. Malangnya, anda mungkin tidak mempunyai tanda atau gejala pada peringkat awal apabila kanser ini masih boleh dirawat.
- Gangguan yang diwarisi. Anemia sel sabit iaitu kecacatan hemoglobin keturunan dalam sel darah merah boleh menyebabkan kehadiran darah dalam air kencing, iaitu bagi kedua-dua jenis hematuria biasa dan mikroskopik. Begitu juga dengan sindrom Alport, yang menjejaskan membran penapisan di glomeruli buah pinggang.
- Kecederaan buah pinggang. Pukulan atau kecederaan lain pada buah pinggang yang berpunca daripada kemalangan atau sukan boleh menyebabkan kehadiran darah dalam air kencing anda.
- Ubat-ubatan. Ubat anti-kanser Cyclophosphamide dan penisilin boleh menyebabkan pendarahan dalam air kencing. Kadangkala, ini berlaku jika anda mengambil antikoagulan seperti aspirin dan heparin yang menipiskan darah, dan juga mempunyai keadaan yang boleh menyebabkan pundi anda berdarah.
- Latihan berat. Senaman berat jarang mengakibatkan hematuria kotor dan puncanya masih tidak diketahui. Ia mungkin dikaitkan dengan trauma, dehidrasi atau pecahan sel darah merah yang berlaku pada pundi kencing dengan latihan aerobik yang berterusan.
Pelari biasanya sering terjejas walaupun keadaan ini boleh menjejaskan sesiapa sahaja selepas melakukan senaman yang agresif. Jika anda melihat darah dalam air kencing anda selepas bersenam, jangan menganggap ia sebagai kesan sampingan bersenam. Sebaliknya, segera berjumpa dengan doktor anda.
Bila perlu menghubungi doktor
Oleh sebab sesetengah punca yang menyebabkan kehadiran darah dalam air kencing adalah serius, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan selepas kali pertama melihatnya. Anda tidak boleh mengabaikan keadaan ini walaupun hanya terdapat sedikit darah sahaja dalam air kencing anda.
Pastikan anda juga berjumpa dengan pakar perubatan anda sekiranya tiada darah yang kelihatan dalam air kencing anda tetapi anda mengalami keadaan seperti kencing yang kerap, sukar atau menyakitkan, sakit perut atau sakit buah pinggang. Ini adalah penting kerana semua tanda ini mungkin menunjukkan simptom bagi hematuria mikroskopik.
Dapatkan bantuan kecemasan jika anda tidak boleh membuang air kecil, mengesan adanya pembekuan darah semasa buang air kencing atau darah dalam air kencing anda bersama gejala seperti:
- Loya
- Muntah
- Demam
- Menggigil
- Sakit di bahagian belakang, atau abdomen
Apa yang boleh diharapkan di klinik
Sekiranya anda berjumpa dengan doktor untuk hematuria, mereka akan bertanyakan tentang jumlah darah dan bila anda melihatnya semasa membuang air kecil. Di samping itu, doktor juga ingin tahu berapa kerap anda buang air kencing, apa tanda-tanda kesakitan yang anda alami, atau jika terdapatnya darah beku serta ubat apa yang anda ambil.
Kemudian, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mengumpul sampel air kencing anda untuk diuji. Analisis air kencing anda dapat mengesahkan kehadiran darah dan mengesan jika jangkitan bakteria adalah penyebabnya.
Doktor boleh meminta anda melakukan ujian pengimejan seperti imbasan CT, yang menggunakan sinaran untuk mencipta imej badan anda.
Satu lagi ujian yang mungkin dilakukan oleh doktor ialah cystoscopy. Ini melibatkan penggunaan tiub kecil untuk menghantar kamera ke uretra dan ke dalam pundi kencing anda. Dengan bantuan kamera, doktor anda boleh memeriksa bahagian dalam pundi kencing dan uretra untuk menentukan punca hematuria tersebut.
Rawatan
Punca hematuria anda akan menentukan jenis rawatan yang anda akan terima.
Jika jangkitan seperti UTI bertanggungjawab menyebabkan kehadiran darah dalam air kencing anda, pakar perubatan akan menetapkan antibiotik untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan itu.
Selain itu, keadaan hematuria yang disebabkan oleh batu karang yang besar boleh jadi menyakitkan jika tidak dirawat. Pengambilan ubat-ubatan dan rawatan preskripsi boleh membantu anda menghancurkan batu tersebut. Pakar perubatan anda juga mungkin mencadangkan anda melakukan prosedur gelombang kejutan lithotripsy extracorporeal (ESWL) untuk memecahkan batu-batu.
ESWL melibatkan penggunaan gelombang bunyi untuk memecahkan batu karang menjadi kepingan kecil yang boleh dikeluarkan melalui air kencing. Prosedur ini biasanya mengambil masa sekitar satu jam dan boleh dilakukan di bawah anestesia ringan.
Mereka juga boleh menggunakan skop untuk mengeluarkan batu karang itu. Untuk melakukan ini, mereka akan memasukkan tiub nipis yang dipanggil ureteroskop melalui uretra dan pundi kencing ke dalam ureter anda. Skop ini dilengkapi dengan kamera untuk mencari lokasi batu-batu berkenaan.
Kemudian, pakar perubatan akan menggunakan alat khas untuk mengambil batu dan mengeluarkannya. Sekiranya batu-batu itu besar, mereka akan memecahkannya sebelum dibuang.
Seperkara lagi, sekiranya pendarahan ini terjadi kerana pembesaran prostat, pakar perubatan anda boleh menetapkan ubat seperti penghalang alfa atau perencat reduktase 5-alpha. Dalam sesetengah kes, pembedahan mungkin menjadi pilihan yang sesuai.
SUMBER
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/blood-in-urine/symptoms-causes/syc-20353432
https://www.healthline.com/health/urine-bloody#treatment
https://www.medicinenet.com/blood_in_urine/article.htm#blood_in_the_urine_facts_and_pictures