Apabila anda menghidap penyakit kencing manis, aras kandungan gula dalam darah (juga dikenali glukos darah) berkemungkinan tinggi secara konsisten. Masa berlalu, ia boleh merosakkan badan anda dan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
Jadi berapa banyakkah gula dalam darah yang dikatakan banyak? Dan mengapa tinggi glukosa dalam darah tidak elok untuk anda? Lihat di bawah bagaimana kadar yang tinggi memberi kesan pada kesihatan anda.
Berapakah paras gula dalam darah yang dikatakan normal?
Pada waktu siang, aras gula dalam darah akan berada pada tahap paling bawah sebelum makan. Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit kencing manis, aras gula dala darah sebelum makan adalah antara 70-80 mg/dL. Bagi yang lain pula, 60 adalah normal, pada yang lain pula, 90.
Apakah paras gula dalam darah yang rendah?
Ia bergantung secara umum. Ramai yang aras glukos yang tidak turun-turun di bawah 60 meskipun sudah cuba mengurangkannya dengan berpuasa. Apabila anda diet mahupun berpuasa, anggota hati akan meletakkan aras pada normal dengan menukarkan lemak dan otot kepada gula. Ada juga yang aras gula dalam darah berada di tahap rendah.
Diagnosis bagi keadaan tertentu
Doktor-doktor membuat ujian untuk mengenalpasti jika anda menghidap kencing manis.
- Ujian fasting plasma glucose
Doktor akan mengesan aras gula dalam darah selepas berpuasa 8 jam dan jika ia tinggi daripada 126mg/dL.
- Ujian oral glucose tolerance
Selepas berpuasa 8 jam, anda akan diberikan minuman manis istimewa. Dua jam kemudiannya, aras gula dalam darah lebih daripada 200.
- Pemeriksaan secara rawak
Doktor juga akan membuat ujian fasting sugar level atau ujian oral glucose tolerance untuk mengesahkan diagnosisnya.
Apa jua aras gula dalam darah yang tinggi daripada normal adalah tidak sihat. Aras yang tinggi daripada normal, tetapi tidak sampai ke tahap yang melebihi point, dipanggil pra-diabetes.
Menurut Persatuan Diabetes Amerika, 86 juta di Ameriika Syarikat menghidap penyakit ini, yang boleh menyebabkan kepada kencing manis, jika tidak membuat perubahan pada gaya hidup mereka seperti yang disarankan oleh doktor. Ia juga meningkatkan risiko penyakit jantung, meskipun ia tidak sebanyak seperti penyakit kencing manis. Adalah satu perkara yang tidak mustahil untuk mengelakkan mereka dengan pra-diabetes daripada terkena kencing manis dengan mengamalkan diet dan senaman.
Gula dan badan anda
Mengapa aras gula dalam darah yang tinggi tidak baik untuk anda? Glukos adalah ‘minyak yang sangat berharga’ untuk sel-sel dalam badan anda apabila ia di aras normal. Tetapi, ia boleh bertukar menjadi racun yang bertindak secara perlahan-lahan.
Aras gula yang tinggi secara perlahan-lahan merosakkan keupayaan sel-sel dalam pankrea dalam menghasilkan insulin. Organ pankrea akan bertugas lebih dari keupayaan dan aras insulin akan menjadi tinggi. Masa berlalu, pankrea akan menjadi rosak selama-lamanya.
Aras gula dalam darah yang tinggi akan menjadi punca perubahan yang menyebabkan kepada kekerasan saluran darah, apa yang dipanggil oleh doktor sebagai atherosclerosis.
Hampir semua anggota dalam badan anda akan terjejas disebabkan oleh terlalu banyaknya gula dalam darah. Saluran darah yang rosak menjadi punca pada penyakit-penyakit seperti:
- Penyakit buah pinggang atau kegagalan buah pinggang, yang memerlukan dialysis
- Strok
- Sakit jantung
- Kabur pandangan mata atau buta
- Sisitem imun lemah, berisiko tinggi terhadap jangkitan
- Kegagalan fungsi ereksi
- Kerosakan saraf, juga dipanggil neuropathy yang menyebabkan rasa semut-semut, sakit, atau kurang deria rasa di tumit, kaki dan tangan
- Kurang peredaran darah pada kaki dan tumit
- Luka lambat sembuh dan berpotensi dipotong pada kes-kes yang jarang terjadi
Pastikan aras gula dalam darah anda pada tahap normal untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi ini terjadi. Matlamat Persatuan Diabetes Amerika adalah mengawal aras gula dalam darah pada pengidap kencing manis pada 70 hingga 130 mg/dL sebelum makan, dan kurang daripada 180 mg/dL selepas makan.
SUMBER
https://www.medicalnewstoday.com/articles/317220
https://www.webmd.com/diabetes/high-blood-pressure
https://www.healthline.com/health/type-2-diabetes/hypertension