Now Reading
Delirium – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

Delirium – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan

delirium

Delirium (kekeliruan mental baru) adalah perubahan mendadak pada keadaan mental, atau kekeliruan mendadak yang berlaku daripada jam kepada beberapa hari. Ia berbeza dengan demensia, seperti penyakit Alzheimer di mana kekeliruan kronik (jangka panjang) berlaku dan bertambah dari satu masa ke satu masa.

Delirium adalah perubahan tiba – tiba di dalam otak yang menyebabkan kekeliruan mental dan gangguan emosi. Ia membuatkan anda sukar untuk berfikir, mengingati, tidur, memberikan perhatian atau fokus dan banyak lagi.

Anda mungkin mengalami delirium ketika mengambil arak, selepas pembedahan atau apabila demensia. Delirium selalunya adalah sementara dan boleh dirawat dengan efektif.

Jenis dan Simptom

Doktor akan mendiagnosiskan seseorang individu dengan salah satu jenis delirium, yang mempunyai simptom berbeza. Jenis berbeza serta simptomnya adalah:

  • Hypoactive delirium : seseorang mungkin berasa penat atau tertekan atau bergerak perlahan daripada biasa, tidak memberikan apa-apa emosi atau perasaan, keadaan fizikal yang tidak normal, kurang bertenaga, kurang memberikan respons
  • Hyperactive delirium : seseorang yang mungkin berada dalam keadaan yang tidak tenang, resah, gemuruh, agresif, emosi berubah dengan cepat, berhalusinasi
  • Mixed Delirium : seseorang berubah keadaan di antara hiperaktif (sangat aktif) dan hipoaktif (tidak aktif – tidur, tidak memberikan respons)

Sesetengah individu yang mengalami delirium tidak mengalami sebarang simptom fizikal. Doktor akan merujuk pada bentuk delirium ini kerana delirium jenis ini tanpa simptom motor (pergerakan).

Semua jenis delirium boleh termasuklah simptom seperti berikut:

  • Kekeliruan atau kebingungan
  • Hilang memori
  • Percakapan yang tidak jelas atau sukar bercakap dengan konsisten
  • Sukar untuk memberikan tumpuan
  • Berhalusinasi
  • Perubahan corak tidur
  • Perubahan emosi dan atau personaliti

Punca

Penyakit yang menyebabkan keradangan dan jangkitan seperti pneumonia boleh menganggu fungsi otak. Tambahan lagi, mengambil sesetengah ubah seperti ubat tekanan darah atau salah guna ubat boleh menganggu bahan kimia di dalam otak.

Ketagihan arak dan makan atau minum bahan yang beracun juga boleh menyebabkan delirium.

Apabila anda mengalami kesukaran bernafas disebabkan oleh asma atau keadaan lain, otak anda tidak akan mendapatkan oksigen yang diperlukan. Sebarang keadaan atau faktor yang berkaitan dengan perubahan fungsi otak ada boleh menyebabkan kekeliruan mental yang teruk.

Punca delirium boleh termasuklah:

  • Jangkitan, seperti jangkitan saluran air kencing
  • Tahap ketidakseimbangan dalam acetylcholine atau dopamine
  • Kanser otak
  • Trauma pada kepala
  • Kegagalan buah pinggang atau hati
  • Sesetengah ubat seperti ubat tekanan darah, ubat tidur dan sedatif
  • Terdedah kepada bahan toksik
  • Kurang tidur yang ekstrem

Faktor Risiko

Individu yang mempunyai risiko yang tinggi mengalami delirium termasuklah individu :

  • menjalani pembedahan
  • ketagih arak dan dadah
  • mereka yang pernah mengalami keadaan yang merosakkan otak (seperti strok dan demensia)
  • yang berada dalam tekanan emosi yang ekstrem

Faktor berkenaan juga mungkin menyumbang kepada delirium :

  • Kurang tidur
  • Sesetengah ubat (seperti sedatif, ubat tekanan darah, ubat tidur dan ubat tahan sakit)
  • Dehidrasi
  • Kurang nutrisi
  • Jangkitan seperti jangkitan saluran air kencing

Diagnosis

Pakar perubatan tertumpu pada simptom fizikal dan psikologi apabila mendiagnosiskan delirium. Mereka boleh menggunakan gabungan penilaian kesihatan kognitif, ujian fizikal dan ujian makmal untuk membantu mereka mendiagnosis delirium dan mengenalpasti punca terlibat.

– Kaedah penilaian kekeliruan

Pakar perubatan boleh menggunakan Confusion Assessment Method (CAM) untuk membantu mereka mendiagnosis delirium. Mereka akan melihat pada petunjuk delirium seperti berikut ketika penilaian CAM :

  • Acute onset : Adakah individu tersebut menunjukkan perubahan tiba – tiba pada keadaan mental mereka?
  • Inattention : Seberapa fokus mereka terhadap apa yang dikatakan oleh orang lain terhadap mereka? Adakah mereka mengalami perubahan dalam kemampuan mereka untuk fokus?
  • Disorganized thinking : Adakah pemikiran mereka mengikut logik atau tidak logik? Individu yang mempunyai pemikiran yang terganggu lebih cenderung untuk melayang, menukar subjek atau topik secara rawak atau membuat kenyataan tak relevan ketika bercakap.
  • Altered level of consciousness : Adakah mereka menunjukkan tanda – tanda yang berwaspada,  terlebih waspada, lesu atau tidak sedarkan diri (comatose)?
  • Disorientation : Adakah mereka menunjukkan tanda – tanda kebingungan atau kekeliruan ketika penilaian?
  • Memory impairment : Adakah mereka mempunyai kesukaran mengingati peristiwa terdekat atau arahan?
  • Perceptual disturbance : Adakah mereka melihat, mendengar atau merasakan sesuatu yang tidak ada di situ?
  • Pschomotor agitation : Adakah mereka melihat ke suatu sudut, duduk pada satu posisi untuk masa yang lama atau bergerak dengan perlahan?
  • Altered sleep-wake cycle : Adakah individu tersebut mengadukan bahawa mereka insomnia (sukar tidur malam) dan keletihan yang ekstrem pada siang hari?

– Ujian fizikal

Bersama dengan penilaian CAM, pakar perubatan mungkin menggunakan ujian lain untuk mengenalpasti punca berkaitan dengan delirium.

Ujian berikut boleh membantu mereka untuk memeriksa ketidakseimbangan unsur kimia dalam otak seseorang  atau tahap elektrolit dan memberikan pengesahan terdapatnya keadaan kesihatan lain :

Rawatan

Adakah delirium boleh dirawat? Bergantung kepada punca delirium, rawatan boleh dilakukan dengan menghentikan atau pengambilan sesetengah ubat.

Di kalangan warga emas, diagnosis yang tepat penting untuk rawatan kerana simptom delirium adalah sama dengan demensia tetapi rawatan adalah sangat berbeza.

– Ubat

Doktor anda akan preskripkan ubat untuk merawat punca delirium. Contohnya, jika delirium anda disebabkan oleh serangan asma yang teruk, anda mungkin memerlukan inhaler atau mesin pernafasan untuk mengembalikan pernafasan anda.

Jika jangkitan bakteria adalah punca simptom delirium, antibiotik akan dipreskripkan.

Dalam sesetengah kes, doktor anda mungkin menyasarkan atau mengesyorkan anda untuk berhenti minum arak atau berhenti mengambil sesetengah ubat (seperti codeine atau ubat lain yang memberi tekanan pada sistem anda).

Jika anda lesu atau tertekan, anda mungkin diberikan dos yang kecil pada salah satu ubat yang berikut :

  • Antidepresan untuk melegakan tekanan
  • Sedatif untuk mengurangkan atau mengawal ketagihan arak
  • Dopamine Blocker untuk membantu keracunan ubat
  • Thiamine untuk membantu menghalang kekeliruan

– Kaunseling

Jika anda berasa bingung, kaunseling mungkin membantu untuk membimbing pandangan atau perkara yang menganggu anda.

Kaunseling juga digunakan sebagai rawatan untuk individu yang delirium disebabkan oleh penggunaan dadah atau arak. Dalam kes ini, rawatan boleh membantu anda menghindari daripada menggunakan bahan yang menyebabkan delirium.

Dalam kebanyakan kes, kaunseling bertujuan untuk membuatkan anda selesa dan memberikan anda tempat yang selamat untuk berbincangkan pandangan dan perasaan anda.

– Proses pemulihan

Pemulihan penuh daripada delirium boleh berlaku dengan rawatan yang betul. Ia boleh mengambil beberapa minggu untuk anda berfikir, bercakap dan rasa secara fizikal diri anda yang dulu.

Anda mungkin mengalami atau mempunyai kesan sampingan daripada penggunaan ubat untuk merawat keadaan ini. Berbincang dan bercakaplah dengan doktor anda tentang apa yang menganggu anda.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/delirium#treatment

https://www.medicalnewstoday.com/articles/326684#diagnosis

error: Content is protected !!