Now Reading
Delsym (Batuk) – Kegunaan, Kesan sampingan, Interaksi

Delsym (Batuk) – Kegunaan, Kesan sampingan, Interaksi

Delsym

Pengenalan

Delsym adalah sejenis sirap batuk yang dibuat dengan formulasi ubat yang disebut sebagai dextromethorphan. Dextromethorphan terdapat dalam banyak ubat batuk  dan selesema termasuk Robitussin, Dimetapp dan Theraflu. Ia digunakan untuk menghilangkan masalah batuk sementara disebabkan kerengsaan tekak dan bronkus ringan serta perengsa yang disedut.

Kegunaan Delsym

Ubat ini digunakan untuk melegakan batuk sementara tanpa kahak disebabkan oleh jangkitan saluran udara tertentu (seperti sinusitis, selesema). Produk ini biasanya tidak boleh digunakan untuk batuk yang berterusan akibat merokok atau masalah pernafasan jangka panjang (contohnya, bronkitis kronik, emfisema) kecuali jika diarahkan oleh doktor.

Selain itu, produk ini juga mengandungi dextromethorphan. Ini adalah penekan batuk yang berfungsi dengan mengurangkan perasaan perlunya untuk batuk.

Produk ini tidak dapat menyembuhkan atau memendekkan tempoh selesema biasa dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Bagi mengurangkan risiko kesan sampingan yang serius, ikuti semua arahan dos dengan teliti. Jangan gunakan ubat ini untuk membuatkan kanak-kanak mengantuk. Serta, jangan berikan ubat batuk dan selesema lain yang mungkin mengandungi bahan yang sama atau serupa.

Bertanyakan kepada doktor atau ahli farmasi mengenai cara lain untuk menghilangkan gejala batuk dan selesema (seperti minum cecair yang mencukupi, menggunakan pelembap atau titisan hidung/ semburan hidung masin).

Kesan sampingan Delsym

Walaupun Delsym dianggap selamat jika digunakan seperti yang diarahkan oleh doktor, ia masih dapat menyebabkan kesan sampingan, yang mana kebanyakannya adalah ringan dan membataskan diri sendiri. Antara kesan sampingan yang paling biasa adalah:

  • Mengantuk
  • Pening
  • Keletihan
  • Loya
  • Sakit perut
  • Muntah
  • Sembelit
  • Rasa gelisah
  • Gatal
  • Ruam

Interaksi Delsym

Sekiranya doktor telah mengarahkan anda untuk menggunakan ubat ini, doktor atau ahli farmasi anda mungkin sudah mengetahui kemungkinan adanya interaksi ubat dan mungkin akan mengawasi anda. Jangan mula, henti atau ubah dos ubat sebelum berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu.

Mengambil perencat MAO tertentu dengan ubat ini boleh menyebabkan interaksi ubat yang serius (mungkin membawa maut). Elakkan mengambil isocarboxazid, methylene blue, moclobemide, phenelzine, procarbazine, rasagiline, safinamide, selegiline atau tranylcypromine semasa rawatan dengan ubat ini. Sebilangan besar perencat MAO juga tidak boleh diambil selama dua minggu sebelum memulakan rawatan dengan ubat ini. Tanya doktor jika ada keperluan untuk memulakan atau menghentikan pengambilan ubat ini.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda tentang semua produk preskripsi dan bukan preskripsi/ herba yang mungkin anda gunakan, terutamanya ubat batuk lain yang ada di pasaran.

Dokumen ini tidak mengandungi semua interaksi Delsym yang boleh berlaku. Oleh itu, sebelum menggunakan produk ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda tentang semua produk yang anda gunakan. Simpan senarai semua ubat anda dengan anda, dan berikan senarai tersebut dengan doktor dan ahli farmasi anda.

Kontraindikasi Delsym

Sebelum mengambil Delsym, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya; atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Seterusnya, sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai masalah paru-paru.

Ubat ini juga boleh membuat anda pening atau mengantuk. Alkohol atau ganja (kanabis) boleh membuatkan anda berasa lebih pening atau mengantuk. Jangan memandu, menggunakan mesin atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan sehingga anda dapat melakukannya dengan selamat. Elakkan pengambilan minuman beralkohol serta maklumkan pada doktor anda jika anda menggunakan ganja (kanabis).

Ubat ini mungkin mengandungi aspartam. Sekiranya anda mempunyai phenylketonuria (PKU) atau keadaan lain yang memerlukan anda mengehadkan pengambilan aspartam (atau phenylalanine), berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda mengenai penggunaan ubat ini dengan selamat.

Delsym dan kehamilan

Beritahu doktor jika anda hamil atau merancang untuk hamil. Anda perlu membincangkan faedah dan risiko penggunaan Delsym (penggantungan pelepasan dextromethorphan) semasa anda hamil.

Selain itu, maklumkan juga pada doktor jika anda menyusukan bayi. Anda perlu membincangkan sebarang risiko yang boleh berlaku kepada bayi anda.

Dos Delsym

Delsym boleh digunakan pada orang dewasa dan kanak-kanak berusia lebih dari empat tahun. Ambil perhatian bahawa ia tidak boleh digunakan pada kanak-kanak di bawah empat tahun kecuali jika diarahkan oleh doktor.

Dos yang disyorkan adalah seperti berikut:

  • Dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas: Dua sudu teh (10 mL) setiap 12 jam, tidak melebihi empat sudu teh (20 mL) dalam 24 jam.
  • Kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun: Satu sudu teh (5 mL) setiap 12 jam, tidak melebihi dua sudu teh (10 mL) dalam 24 jam.
  • Kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun: Satu setengah sudu teh (2,5 mL) setiap 12 jam, tidak melebihi satu sudu teh (5 mL) dalam 24 jam.

SUMBER

https://www.verywellhealth.com/what-is-delsym-and-should-you-take-it-770589

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-13570/delsym-oral/details

https://www.drugs.com/cdi/delsym.html

error: Content is protected !!