Now Reading
Demam: Simptom, Punca, Kesan, Cara Mengatasi & Rawatan

Demam: Simptom, Punca, Kesan, Cara Mengatasi & Rawatan

Demam: Simptom, Punca, Kesan, Cara Mengatasi dan Rawatan

Demam merupakan satu keadaan di mana berlakunya peningkatan suhu badan disebabkan beberapa faktor. Suhu badan yang normal secara purata adalah 98.6°F (37°C) dan ada segelintir pihak yang mengambil kira jurang 97°F (36.1°C) to 99°F (37.2°C) sebagai suhu normal.

Demam kini menjadi satu isu atau topik hangat yang kerap kali dikaitkan dengan pandemic COVID-19 yang melanda seluruh dunia. Jadi, harus diketahui punca dan rawatan demam bagi mengelakkan stigma masyarakat.

Simptom-Simptom Demam

Tiada simptom atau gejala yang spesifik merujuk kepada demam. Namun demikian, terdapat beberapa simptom lain yang boleh dialami oleh pesakit bergantung kepada punca demam tersebut. Antaranya termasuklah :

  1. Berpeluh
  2. Menggigil atau seram sejuk
  3. Sakit kepala
  4. Kurang selera makan
  5. Kehausan
  6. Perubahan sikap dan kuat merengek bagi bayi
  7. Kekurangan tenaga/ letih dan berasa lesu

Punca-punca Demam

  1. Jangkitan kuman (virus, bakteria mahupun parasit)
  2. Keradangan disebabkan penyakit kronik (Rhemautoid, auto-immune)
  3. Kanser atau ketumbuhan
  4. Ubatan (seperti ubatan yang digunakan untuk merawat darah tinggi dan penyakit sawan)
  5. Kesan sampingan disebakan vaksin

Kesan/ Komplikasi

Demam jarang menyebabkan komplisasi serius kepada pesakit melainkan pesakit tersebut adalah mereka yang tergolong dalam lingkungan umur 6 bulan – 5 tahun. Hal ini akan menyebabkan keadaan sawan disebabkan suhu badan yang terlampau panas. Antara komplikasi atau kesan buruk yang mungkin boleh berlaku termasuklah :

  1. Sawan yang berpanjangan
  2. Kerencatan tumbesaran dan kecederaan kepada otak disebabkan sawan

Cara Untuk Mengatasi

Pencegahan adalah lebih baik dari merawat. Justeru itu, langkah pencegahan yang efektif perlulah diambil untuk mengelak daripada terkena jangkitan kuman yang merupakan punca utama kepada demam. Langkah ini adalah seperti berikut :

  1. Sentiasa basuh tangan menggunakan sabun dan mengikut teknik yang betul
  2. Tutup mulut ketika batuk atau bersin
  3. Elakkan dari sentiasa menyentuh bahagian muka selepas memegang alatan di sekeliling
  4. Pakai pelitup muka
  5. Sentiasa menggunakan alat pembersih tangan (hand sanistizer)

Rawatan

  • Rawatan yang diberikan adalah berdasarkan punca demam tersebut. Hanya terdapat satu ubat yang bertindak secara terus untuk mengurangkan demam iaitu Paracetamol. Dos dan kekerapan ubatan ini perlulah berdasarkan konsultasi doctor atau ahli farmasi berdaftar bagi mengelakkan kesan-kesan yang tidak diingini.
  • Sekiranya ibu bapa atau penjaga menyedari suhu badan kanak-kanak atau bayi panas, mereka digalakkan untuk tuam air di bahagian-bahagian badan seperti dahi, bawah pelipat ketiak dan paha.

Oleh itu, anda sebaiknya dapatkan rawatan doktor sekiranya demam anda tidak semakin baik atau semakin teru. Dapatkan ubat dan preskripsi dari doktor. Semoga perkongsian artikel dari kami kali ini, memberi manfaat buat anda semua yang membaca.

Sumber :

https://medlineplus.gov/ency/article/001982.htm#:~:text=Normal%20body%20temperature%20varies%20by,F%20(37.2%C2%B0C).

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/fever/symptoms-causes/syc-20352759

https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/fever


error: Content is protected !!