Pengenalan
Dermatix Ultra adalah satu formula parut yang canggih dan terbukti berkesan dalam menguruskan masalah parut. Ia mempunyai teknologi inovatif CPX (cyclopentasiloxane) untuk memberikan kesan lebih baik dalam menipiskan dan melembutkan parut. Malah, ia juga mengandungi bahan unik Vitamin C, yang memberikan manfaat perlindungan terhadap cahaya dan pencerahan kulit.
Agen pelembut kulit bergred tinggi ini dapat menyembuhkan parut anda tanpa rasa berminyak atau melekit semasa digunakan. Ia akan memberikan rasa lembut, dan bersih seperti sutera apabila digunakan.
Kegunaan Dermatix Ultra
Gel Dermatix Ultra berfungsi pada parut yang terjadi disebabkan oleh pelbagai kejadian. Ini mungkin termasuk parut disebabkan oleh pembedahan, kebakaran, luka, calar, gigitan serangga dan lain-lain. Parut sebegini boleh menjadi besar, tebal, kering dan timbul serta boleh kelihatan gelap atau merah. Malah, ia juga mungkin menggatalkan atau mungkin menyakitkan.
Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Dermatix Ultra
Sebelum menggunakannya, beritahu doktor sekiranya anda:
- Anda hamil atau menyusu. Ini adalah kerana, semasa anda menunggu waktu kelahiran atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas saranan doktor sahaja.
- Anda mengambil sebarang ubat lain. Ini termasuklah apa-apa ubat yang anda ambil dan boleh dibeli tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan suplemen.
- Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif yang terdapat dalam Dermatix Ultra atau ubatan lain.
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
Ianya tidak boleh digunakan pada luka terbuka atau basah, membran mukus atau berhampiran mata. Elakkan terdedah kepada suhu ekstrem dan cahaya matahari yang terik. Selain itu, ia juga tidak boleh digunakan bersama ubat-ubatan kulit yang lain.
– Adakah penggunaannya selamat semasa hamil atau menyusu?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakannya semasa kehamilan dan menyusukan bayi. Sentiasa rujuk dengan doktor untuk mempertimbangkan manfaat dan risiko yang boleh terjadi sebelum mengambilnya.
Kesan Sampingan Dermatix Ultra
Ia mungkin menyebabkan kemerahan, kesakitan atau kegatalan pada kulit. Namun, ia tidak terjadi pada semua orang. Justeru itu, jika berlaku simptom-simptom sebegitu, hentikan penggunaannya dan rujuk pada doktor anda.
Kontraindikasi Dermatix Ultra
Hipersensitiviti adalah satu kontraindikasi terhadap gel Dermatix Ultra.
Interaksi Dermatix Ultra
– Apakah ubat yang boleh berinteraksi dengan Dermatix Ultra?
Ia mungkin berinteraksi dengan ubatan lain yang anda sedang ambil, yang mana ia boleh mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda mendapat kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi ubat yang berkemungkinan berlaku, anda perlu menyimpan semua senarai ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi dan produk herba) dan berikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, hentikan atau mengubah sebarang dos ubat tanpa kelulusan daripada doktor anda.
– Adakah makanan atau alkohol boleh berinteraksi dengan Dermatix Ultra?
Dermatix Ultra boleh berinteraksi bersama makanan atau alkohol dengan mengubah fungsi ubat atau meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang apa-apa potensi makanan atau interaksi alkohol yang boleh berlaku sebelum menggunakan ubat ini.
– Apakah keadaan kesihatan yang boleh berinteraksi dengan Dermatix Ultra?
Dermatix Ultra mungkin berinteraksi dengan keadaan kesihatan anda. Interaksi ini boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Jadi, ianya adalah penting untuk memaklumkan pada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan anda sekarang.
Dos Dermatix Ultra
Maklumat yang diberikan ini bukanlah pengganti bagi mana-mana nasihat perubatan. Anda perlu sentiasa merujuk dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Dermatix Ultra.
– Apakah dos Dermatix Ultra yang sesuai untuk orang dewasa?
Dos yang disyorkan adalah 2 kali penggunaan setiap hari. Tempoh rawatan yang disyorkan pula adalah selama 2 bulan.
– Apakah dos Dermatix Ultra yang sesuai untuk kanak-kanak?
Dos tertentu tidak ditetapkan untuk pesakit kanak-kanak. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Jadi, ia adalah penting untuk sentiasa memahami keselamatan ubat sepenuhnya sebelum anda menggunakannya. Sila rujuk kepada doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
SUMBER
https://www.mims.com/malaysia/drug/info/dermatix%20ultra?type=full
https://www.medisave.ca/DrugMoreInfo6087.aspx
https://www.sampleroom.ph/dermatix-ultra-advanced-scar-formula
https://www.tabletwise.com/malaysia/dermatix-ultra-gel?#contraindications