Hand sanitizer adalah antara keperluan yang penting pada masa kini terutamanya apabila tiada akses kepada air dan sabun. Apatah lagi di musim pandemik Covid-19, kepentingan untuk menjaga kebersihan permukaan yang melibatkan sentuhan perlu dititikberatkan. Pelbagai jenama hand sanitizer terdapat di pasaran termasuklah Dettol hand sanitizer dan anda sebagai pengguna, perlu bijak membuat pilihan berdasarkan keberkesanan membunuh kuman dan harga berpatutan. Di sini kami senaraikan 10 jenis hand sanitizer yang boleh anda pertimbangkan.
Untuk membeli produk hilang , sila layari healthmart.co, penaja kami yang menjual produk kesihatan yang bermutu and asli. Terima kasih atas sokongan anda.
Dettol Hand Sanitizer (50ml)
RM5.85
Bersaiz kompak dan mudah dibawa, produk ini mampu untuk membunuh 99.9% kuman. Mempunyai tekstur yang tidak melekit dan mudah digunakan tanpa memerlukan bilasan air. Diformulakan dengan aloe vera untuk memberikan kelembapan pada kulit. Mudah untuk digunakan, hanya perlu mengaplikasikan sedikit pada tangan dan ratakan pada permukaan kulit.
Lifebuoy Total 10 Hand Sanitizer (50ml)
RM4.70
Mempunyai kandungan 80% alkohol dan berkesan untuk membunuh kuman dan bakteria. Diformulasikan dengan Vitamin E yang dapat membuatkan permukaan kulit lembut dan licin. Mempunyai tekstur yang mudah kering apabila diaplikasikan pada kulit menjadikan produk ini sesuai dibawa dan dipakai di mana-mana. Sangat mudah untuk digunakan. Hanya perlu mengaplikasikan pada permukaan tangan dan gosok sehingga meliputi permukaan kulit.
Antabax Hand Sanitizer Gel (50ml)
RM4.20
Membunuh sehingga 99.9% kuman di permukaan tangan dan mengelakkan penyebaran kuman. Diformulakan dengan aloe vera, vitamin untuk kulit dan Micro Moisture Serum untuk mengekalkan kelembutan dan kelembapan tangan dan memberi haruman yang menyenangkan. Diuji secara dermatologi yang sesuai untuk kulit yang lembut.
21st Century Hand Sanitizer (60ml)
RM5.50
Produk berasaskan alkohol (70%) yang berkesan untuk membunuh kuman pada permukaan tangan. Mempunyai kandungan aloe vera yang membantu untuk memberi kelembapan pada kulit. Kandungan 60 ml dan saiz yang kecil sesuai untuk dibawa ke mana-mana.
Applecrumby Gel Sanitizer (50ml)
RM9.90
Diformulakan secara organik melalui ekstrak Triple Citrus yang disahkan oleh Ecocert & Kosher. Mempunyai tekstur yang tidak melekit dan tidak berminyak. Berkesan untuk membunuh 99.9% kuman. Mempunyai kandungan yang mampu memberi tiga kali ganda kelembutan pada kulit. Kandungan alkohol (76%) yang berasaskan makanan menjadikan produk ini sesuai digunakan pada bayi.
AIKEN Antibacterial Hand Sanitizer (50ml)
RM5.00
Mampu menyahkuman sehingga 99.9% dan meninggalkan haruman pada tangan selepas digunakan. Tekstur yang tidak melekit dan mudah digunakan tanpa perlu bilasan air. Saiz yang kompak mudah untuk dibawa ke mana-mana. Hanya perlu aplikasikan sedikit pada permukaan tangan dan ratakan pada keseluruhan kulit.
Summerie Power Action Spray Hand Sanitizer (50ml)
RM5.90
Didatangkan dalam bentuk spray, hand sanitizer ini mudah digunakan dengan hanya spray jumlah yang kecil di tangan. Spray sedikit pada permukaan tangan dan gosok pada tangan sehingga kering. Berkesan untuk membunuh sehingga 99.9% bakteria dan kuman. Dirumus khas dengan minyak bunga matahari organik dan aloe vera yang memberi kelembapan pada kulit.
Vaseline Healthy Plus Hand Sanitizer (50ml)
RM6.00
Mengandungi 70% alkohol yang berkesan untuk membunuh sehinggan 99.9% bakteria tanpa bilasan air. Diformulasikan dengan aloe vera yang memberikan kelembapan pada kulit dan meninggalkan haruman. Dipek dalam tiub dengan saiz yang kompak memudahkan untuk di bawa ke mana-mana.
Skin Cottage Hand Sanitizer (50ml)
RM6.29
Diformulasikan dengan pelembap yang juga dapat membantu memberikan kelambapan pada kulit dan membunuh sehingga 99.9% kuman. Produk adalah bebas paraben dan selamat untuk kulit. Tesktur yang tidak melekit dan mudah digunakan tanpa perlu bilasan air.
VINDA Protect Antibacterial Hand Sanitizer (50ml)
RM6.00
Mengandungi agen antibakterial yang berkesan membunuh sehingga 99.9% kuman dan bakteria. Diformulasikan dengan 62% denatured alcohol yang cepat kering pada permukaan kulit. Tekstur yang cepat kering. Tidak perlukan bilasan, tidak melekit serta mudah dibawa ke mana-mana kerana saiz yang kompak.